Kifarah An4k Kesayangan

Sebelum ni saya pernah share kisah tajuk Kifarah Pilih Kasih (https://iiumc.com/kifarah-pilih-kasih/) yang berkisar kifarah yang arwah nenek aku terima.

Kali ni aku nak share sikit tentang kifarah anak kesayangan arwah nenek aku terima. Aku namakan arwah makcik aku ni sebagai makcik Jemah.

(P/s : maaf andai Garapan aku tidak menarik sebab aku bukan penulis dan penulisan ini aku taip pukul 3 pagi.)

Aku ceritakan serba sikit pasal makcik Jemah aku ni.

Makcik Jemah aku ni anak yang tengah, kira mak aku kakak dia la. Walaupun dia anak tengah, arwah nenek aku ni memang sayang sangat kat dia lebih dari anak yang bongsu.

Mak aku kata mungkin kerana sifat makcik Jemah kot yang pandai berbicara dengan orang sekeliling menyebabkan arwah nenek aku sayang lebih kat dia.

Tapi bagi aku, dia umpama pepatah orang zaman sekarang “bila sembang oink oink pun terbang”.

Bagi aku perangai Makcik Jemah ni perangai dia boleh tahan. Pakej lengkap. PHD, Mami Jarum, suka WWF dan lain-lain lagi. Jenuh la kalau nak cerita perangai dia yang aku hadap selama 30 tahun ni.

Dan dari cerita mak aku juga memang dari kecik perangai sudah urmmmmm… Oh by the way dia ada suami dan suami dia pun perangai 2×5 je dengan bini.

Beberapa tahun lepas Makcik Jemah di sahkan mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Tapi masa tu dia tak percaya dia cakap ni semua sebab dia tak tidur dan baru lepas pekena teh Tarik. Yelah masa tu umur dia baru 30an, dia cakap dia masih muda so dia tak percaya.

Lagipun masa tu laki dia pun geng-geng antivax. Memang dia tak ada pergi hospital ke apa ke sampailah mata dia start rosak akibat kencing manis, baru la dia start rawatan.

Itu pun laki tak nak hantar dia pergi hospital, dia hanya harapkan adik-beradik sdan anak no 2 dia yang hantar dia ke hospital.

Pernah aku tolong hantar dia ke hospital semasa aku balik bercuti di kampung, dia ucap terima kasih kat aku siap cakap yang anak-anak dia tak buat macam ni kat dia.

Aku macam pelik la sebab aku rasa apa yang aku buat benda biasa.

Yelah Makcik Jemah kan tak Nampak so aku pimpin dia masa jalan, pergi daftarkan nama, pergi ambil ubat tu saja.

Rupanya dia cakap kalau anak dia hantar, mereka turunkan dia di pintu utama lepas tu pandai-pandai la dia hidup.

Aku terkedu. Balik aku cerita kat Mak aku, mak aku cakap “tu la dulu taknak anak perempuan kata menyusahkan, sekarang tengok”.

Untuk pengetahuan semua, dulu pernah masa dia mengandung dia bagitahu semua orang kalau anak dia ni anak perempuan dia tak nak.

Dia cakap anak perempuan ni menyusahkanlah apa la. Then ditakdirkan anak dia tu lahir perempuan tapi sebab dia selalu cakap tak nak anak tu, Allah makbulkan permintaan dia. Anak meninggal masa umur 3 ke 4 bulan.

Makin lama penyakit Makcik Jemah makin teruk sampai ke suatu tahap membawa kepada penyakit jantung.

Entah berapa kali dia kena admit dekat hospital tapi setiap kali admit pasti ada saja aral yang membuatkan adik-beradik dia tak boleh nak jaga dia di hospital.

Tapi Alhamdulillah bila di rumah dapat la adik-beradik dengan anak-anak sedara perempuan la yang tolong jaga dia.

Manakala Laki dan anak-anak dia alasan macam biasa “SIBUK KERJA” kecuali yang bongsu je yang rajin jaga Makcik Jemah lepas balik dari sekolah.

Entah berapa kali juga pembedahan dia terpaksa di tangguhkan atas pelbagai factor hingga hujung hayat dia pembedahan tu tak dapat dijalankan. Bila ingat balik mungkin ini kifarah dia.

Sebab semasa arwah nenek aku ada, dia sentiasa tak nak bawak arwah nenek aku terima rawatan.

Selalu juga gaduh dengan adik beradik lepas tu cakap dia takkan bergantung harap kat adik beradik, cakap takkan pernah menumpang jasa adik beradik la ape la.

Lama Makcik Jemah sakit. Bertahun lamanya. Dari arwah nenek aku sihat sampailah arwah nenek tak ada. dari boleh berjalan sampailah terlantar. Dari berisi sampai tinggal kurus kering. Tapi dalam dia sakit-sakit macam tu mulut dia boleh tahan.

Sifat mami jarum dia pun tak pernah berubah sampailah hujung-hujung hayat dia.

2 bulan sebelum dia meninggal, mulut dia tetiba jadi banyak ulser. Ubat dah makan tapi tak baik-baik. Sampai satu tahap dia hanya boleh makan bubur segera saja. Nak bercakap pun tak mampu.

Suami dia? suami dia melayan Makcik Jemah macam kain buruk. Sentiasa di marah dimaki di bentak-bentak.

Dari cerita family aku, sebulan sebelum Makcik Jemah meninggal dia sepatutnya ada appointment di hospital tapi dia tak pergi sebab anak dia yang selalu hantar tu demam teruk dan suami dia tak nak hantar alasan KERJA, walhal laki makcik Jemah tu bekerja sendiri.

Tapi lepas dari itu boleh pula Laki makcik Jemah pergi bercuti ke Thailand dan tinggalkan Makcik Jemah yang sakit. Yang lagi menyedihkan makcik aku cerita masa Makcik Jemah nazak laki dia boleh bantai tidur buat tak tahu.

Even setelah Makcik Jemah meninggal, laki dia masih lagi berkasar dengan jenazah Makcik Jemah. Adik aku cerita masa nak angkat jenazah laki dia buat secara kasar sambil merungut dan ada la beberapa pekara lagi dia buat.

Mak aku cakap dia nampak keluar air mata dari jasad kaku Makcik Jemah. Mungkin air mata kekecewaan atas tindakkan laki dia, mungkin juga tanda penyesalan. Tiada siapa tahu. Al-fatihah buat arwah.

– PakmaBakawali (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *