Kifarah Bapa Narsisis

Bapaku dulu sorang yang dihormati masyarakat. Mempunyai bisnes dan pernah diangkat menjadi wakil rakyat suatu ketika dulu.

Namun, ada sisi gelap pada beliau…

Beliau pernah curang terhadap ibuku dengan hampir 10 orang perempuan. Itu yang diketahui. Yang tidak diketahui?

Kifarah itu aku hadap sebagai anak perempuan di mana aku dipermainkan lelaki. Waktu tu aku muda dan juga agak bodoh.

Bila dapat tahu daripada ibuku bapaku pernah menjadi kaki perempuan, baru aku faham apa yang terjadi pada diri aku kemungkinan besar adalah kifarah bapa sendiri.

Selain culas nafkah, beliau banyak menganiaya keluarga sendiri.

Di luar beliau dipandang hebat, di rumah beliau tipu duit keluarga dan saudara mara untuk kepentingan sendiri.

Duit yang ibuku simpan bertahun tahun juga dicuri untuk menaikkan namanya di medan politik.

Ketika anak berjaya di sekolah dan universiti, beliau tidak datang merai. Malah menghina pula. Ini tak cukup baik, itu tidak cukup baik.

Kalau dapat B dimarah kenapa tidak dapat A. Kalau dapat A, dimarah kenapa tidak dapat tempat pertama.

Kalau dapat tempat pertama, tidak diucap tahniah malah dihina kenapa pakai baju buruk dan kotor. Baju yang dia sendiri tidak ambil kisah untuk belikan.

Ketika menjadi wakil rakyat juga, beliau tidak menjalankan tanggungjawab. Sekadar bergambar dan memberi duit.

Jika rakyat ke pejabat membawa masalah, beliau sekadar buat2 dengar. Tiada tindakan akan diambil.

Tapi rakyat mula sedar lalu bermula lah kejatuhan beliau. Menjadi bahan kutukan orang.

Kini beliau cuma orang tua yang menyendiri. Ada hari, aku risau beliau mati sebatang kara dan tiada siapa yang menjumpai.

Bila anak cuba mendekatkan diri, beliau cuba tipu duit anak2 untuk kepentingan diri. Bukan ratus2 ringgit tapi ratus-ratus ribu yang diminta.

Bila tak mahu tolong, dihina pula. Padahal anak2 ni ada kehidupan masing2 yang perlu ditanggung.

Kasihan kan beliau, mahu rapat tapi sakit. Moga Allah permudahkan.

– Daughter (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Mengikut apa yang telah dapat dikumpulkan daripada orang-orang tua di Sabak Bernam, bahawa nama Sabak Bernam ini adalah berpunca dari perkataan ‘Sahabat Berenam’. Menurut ceritanya, adalah diketahui bahawa terdapat seramai enam (6) orang yang bersaudara telah mudik ke hulu Sungai Bernam dan mereka dapati ada sebatang kayu yang tumbang dan menghalang laluan sungai. Mereka telah bertindak memotong kayu tersebut dan meneruskan perjalanan ke hulu sungai. Sungguhpun kesahihan cerita ini tidak dapat dibuktikan, namun terdapat sedikit sebanyak bukti yang berkaitan dengan Sahabat Berenam ini iaitu kubur-kubur mereka dikatakan masih boleh dijumpai hingga hari ini, iaitu di kawasan yang dikenali sebagai keramat-keramat berikut :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *