Kifarah Family Pakcik Kerana Menzalimi Anak Dara Orang Lain

Assalamualaikum, aku Zul, selama ini aku hanyalah suka membaca confession di sini melihat pelbagai jenis perangai-perangai berbeza setiap individu. Sejak menjak ini banyak pula muncul topik-topik berkenaan suami berlaku curang.

Kebanyakannya adalah daripada pihak isteri-isteri yang tersakiti tapi tiba-tiba ada juga daripada pihak orang ketiga. Kasihan aku lihat bagaimana perempuan yang harus dibimbing dan dijaga habis hancur kehidupan mereka kerana lelaki dayus seperti ini.

Aku ini lelaki berusia 30-an yang sudah ada 2 anak kecil, 1 laki dan 1 perempuan, dan alhamdullilah hidup aku rasa serba cukup. Aku dulu pun dayus juga sebelum kahwin, tangan ini cukup gatal nak pegang anak dara orang.

Kalau bukan dengan cara memujuk, aku akan mencari kesempatan untuk menyentuh mereka. Alhamdullilah selepas kahwin, aku istiqamah memang elakkan diri aku untuk berduaan dengan perempuan lain.

Ada kisahnya yang menjadikan aku cukup takut untuk menghampiri zina (dulu pun takut juga cuma sekarang lebih extra) adalah sebab KIFARAH. Tuhan itu maha adil.

Aku dengar cerita ini daripada ibu ku tentang relative aku (dengan persetujuan mereka). Masa itu aku umur 26 dan baru sahaja selepas bertunang.

Biasalah, bila sudah bertunang, tercari-cari juga dimana kelibat seorang relative aku ini sebab sudah lama tidak nampak. Dia, anak perempuan kepada makcik aku, telah dimasukkan ke rumah perlindungan remaja yang rosak akhlak.

Time aku tahu itu, terkejut beruk jugalah sebab perempuan itu kalau nak dikatakan, macam yang antara paling elok akhlaknya dalam keluarga besar aku yang masuk air ini.

Ibu aku terpaksa membuka cerita kerana nampak aku sibuk tanya relative lain tentang keberadaan dia sampai awkward jadi suasana gathering.

Time itu aku rasa mostly semua orang sudah tahu, aku sahaja yang terlambat. Maklumlah, duduk busy dengan persiapan nak bertunang.

Kakak aku buka lagi cerita yang pakcik dan makcik aku pun ada bagitahu, ini mungkin balasan mereka selepas menzalimi dan mengabaikan seorang perempuan. Dosa zina pakcik aku dengan seorang anak dara.

Kita mungkin lihat dari segi salah penyondol itu lah, tidak tahu malu, apa kena mengena sampai balasan ke anak perempuan pula!? Bawa bersabar. Masa aku dengar pun macam.. okay.. ada penyondol nak rosakkan family, selepas tu Allah nak balas balik kat family itu juga?

Macam tak kenakan ceritanya. Tapi selepas aku lama fikir, Allah ini memang maha adil.

Semua dalam situasi ini salah, perempuan ketiga yang masuk campur, isteri yang kurang beri perhatian (tak semestinya sebab kadang-kadang lelaki memang tak bersyukur) dan paling utama lelaki dayus yang tidak respect perempuan.

Masa kejadian, pakcik aku baru umur pertengahan 30-an dan perempuan simpanannya baru awal 20-an.

Hahaha sah-sah sungguh pakcik akulah yang mempermainkan perempuan itu. Jarang perempuan semuda itu tiba-tiba boleh sayang dengan lelaki tua secara serius kalau tak bukan dengan kata-kata manis dan harapan menggunung.

Aku tahu perempuan umur macam itu memang mudah tertipu dan melting dengan ayat-ayat jiwang.

Bukan semua, tapi bedasarkan pengalaman aku, perempuan ini rupa lelaki mereka kurang pandang, asal mulut manis (ada duit sikit) on sahaja. Aku yang rupa katak ini pun dapat isteri lawa.

Sumpah aku cakap, aku lebih kasihan dekat budak itu berbanding mak cik aku. Tambahan lagi, bila aku ada anak perempuan sekarang, memang aku kungfu pakcik yang mendajalkan anak aku.

Mungkin nafkah zahir dan batin pak cik terabai, tapi jalan penyelesaian bukanlah dengan curang tetapi dengan berkomunikasi dengan isteri.

Bila isteri sudah tahu, pakcik aku cakap yang dia tidak janji apa-apa, perempuan itu yang sibuk mahukan dia, tergila-gilakan kat dia.

Aku yang lelaki pun malu dengar betapa mudahnya dia nak lepaskan tanggungjawab, dan makcik pula macam insaf sedar kesalahan dia juga dan suruh pakcik jangan communicate lagi dengan budak itu jika tidak mahu bercerai.

Tak silap aku, makcik aku ada juga call perempuan itu, tetapi perempuan itu cakap pun macam dalam ketakutan dan menangis (aku tak pasti). So endingnya, pakcik aku tinggalkan perempuan yang dia zinahi dengan begitu sahaja.

HILANGKAN DIRI.Dalam fikirannya mungkin mahu menjaga perasaan family, tapi pakcik lupa, budak yang pakcik tebuk itu juga ada perasaan.

Hidup mereka jadi okay balik macam biasa, buat macam incident tu bukanlah perkara yang besar kerana masih mahu jaga family bersama.

Makcik maafkan pakcik mungkin sebab dia nampak pakcik pun totally buang budak itu dengan mudah, so rasa macam tak ada apa-apa perasaan involve dan hanya sekadar nafsu (suke hati aku je).

Selepas bertahun hidup normal, kejadian hampir sama, kena balik pada anak sulung pak cik. Ingatkan dah tamat?

Mungkin different orang ada different opinion dan aku bukanlah nak berpihak kepada budak itu, tapi cara penyelesaian pakcik itu sangatlah zalim dan keji. Bayangkan apa perempuan itu rasa dizinahi lepas tu ditinggalkan tanpa didengari pendapatnya.

Ya, aku tahu mereka penyondol tapi bagi aku, kalau perempuan 30 atau 40-an pun boleh dijerat, apatah lagi budak hingusan (aku umur 20 pun masih sibuk tengok kartun dan main arcade tak ingat dunia).

Sepanjang percurangan, dah buat si penyondol terasa seperti bini dan melayan seperti suami. Dah berjanji akan bersama selamanya, memberi harapan untuk memperisterikan, hanya supaya mereka merelakan badan suci mereka berulang kali sebagai bukti kasih sayang.

Aku cakap ni lebih kepada pihak orang muda yang memang masih tak boleh fikir ye!Mungkin pakcik dan makcik yang hadap situation ini susah nak nampak sebab sibuk nak selamatkan rumah tangga dan abaikan budak itu seperti perempuan tidak bermaruah.

Ya, kalau aku pun akan cepat-cepat buang budak itu dan utamakan family, lagi-lagi kalau ada anak.

Aku bukan lah nak berlagak ustaz, tapi ini bukanlah cara yang terbaik dan adil jika betul-betul kau sayangkan family. What goes around come around. Bagi aku fix the problem betul-betul. Ini makhluk lain kau rosakkan.

Jangan pengakhirannya, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan cara penyelesaian. Kau kena ingat yang kau dah menganiya dua orang, jadi pastikan pengakhirannya, kau damaikan 2 orang juga.

Cara pakcik aku salah sebab fikir bini sahaja, cara Hanafi pun salah sebab fikir si penyondol sahaje (tiba-tiba).

Aku taknak salahkan makcik juga tapi benda dah berlaku. Pejam mata percaya penipuan suami dan letakkan salah mostly kat orang ketiga bukanlah caranya. Suami dah sah pengecut sibuk sorok belakang bini tuduh budak itu yang seduce dia.

Jangan sebab marah berdendam kepada orang ketiga, cepat-cepat tolak dia ketepi dan abaikan perasaan dia tanpa mengambil tahu kisah sebenar.

Pada mata makcik, pakciklah yang teraniya dan perempuan itulah yang tidak ada maruah menyerahkan badannya. Ye aku tahu, time dia sibuk maksiat dengan suami aku?

dia ada fikir aku? Susah nak digest tapi ingat sahaja lah, ayat kasar, suami kau tebuk anak dara orang, semua satu per satu di ajar oleh lelaki untuk puaskan nafsu mereka yang diselindung dengan kata-kata sayang yang menggunung.

Macam mana suami kau duduk cakap dia sayang kat si penyondol itu mungkin sebijik macam dia layan kau dulu di awal perkahwinan sampai kau tergila-gila kat dia.

Bukanlah dengan alasan suka sama suka dan rela membolehkan pakcik untuk lepas tangan. Jangan jadi denial just untuk move on dan start again.

Aku tahu susah dan sakit, but slowly think and tell your husband to take the right action on that damaged girl tanpa ugut bermacam-macam.

Istikharah apa cara terbaik dan buat apa yang perlu. Bukan untuk diri or suami, tapi supaya kifarah tak berulang.

Minta pandangan orang lain yang lebih alim tentang hal ini dan bukannya redha semata-mata asalkan emosi tenteram. Perempuan itu akhirnya sah-sah tak boleh kata apa, takkan nak memaksa pula.

Dengar suara makcik pun, dia dah terkencing takut. Ujian makcik pula untuk membetulkan keadaan. Ofcourse perempuan itu still salah, dan patut awal-awal jangan kacau suami orang. Mungkin ini balasan dia, hanya Allah yang tahu.

Dia rosakkan anak perempuan orang dan sekarang, anak perempuannya terpaksa tanggung. Bagaimana dia terbitkan rasa sayang dengan penipuan, meratah badan perempuan itu dan buang seperti sampah yang tiada perasaan, begitulah terjadi kepada anaknya. Adil kan tuhan?

Aku rasa mungkin ada ceritalah kot disebalik hubungan pakcik dan budak tu dan aku memang tak rasa budak itu yang initiate semua benda.

Apa aku boleh fikir adalah betapa musnahnya hidup dia disaat pakcik berselindung dibelakang makcik untuk larikan diri, sampai budak tu terpaksa terangkan segalanya kepada makcik dengan rasa takut.

Semua hanya menunding jari ke dia sahaja sebagai penyondol yang inginkan maruahnya dijaga.

Tapi aku tak juga salahkan makcik, dia tak nak budak tu kacau hidup dia dah tapi at some point, letakkan lah diri pada budak umur 20-an.

Kamu berdua hancur teruk kena tipu dengan pakcik dan penyelesaiannya amatlah zalim kepada satu pihak.

Mungkin bukan perkahwinan jalan penyelesaian, tapi memang sah cara meninggalkan dan mengabaikan emosi perempuan itu adalah sangat keji selepas apa yang dilakukan.

Pakcik boleh lepas dari perempuan yang dia aniaya itu tapi bukan Allah. Allah tahu segala kebenaran.

Jangan ingat dengan tidak berlaku adil, hidup kembali aman dengan family, semuanya telah selesai sebab kononnya ini kifarah si penyondol itu yang menghancurkan rumah tangga kau dan kau?

Memang mangsa kejadian ke? Sekali sahaja Allah balas setimpal di dunia untuk kau rasakan perasaan yang sebijik atau lebih menyakitkan, sama seperti apa yang dirasai orang yang kau zalimi.

Pada lelaki di luar sana yang sudah banyak merosakkan perempuan dan lari. Cari lah mereka kembali even salah seorang pun untuk menjaga maruah mereka. Even kau pun nak cari yang suci untuk berkahwin.

Dosa menzalimi orang jangan buat main. Doa orang kafir yang dizalimi pun naik terus kelangit.

Para suami pula yang terpesong, ingat kau ini bermain dengan dua perasaan perempuan. Makhluk yang tinggi darjatnya disisi agama. Utamakan isteri tetapi berlakulah adil kepada kedua-dua pihak yang kau aniaya. Susah?

Itu lah ujian kau. Siapa suruh cari masalah? Kalau kau betul sayangkan anak kau lagi-lagi anak perempuan, maka kau janganlah jadi dayus macam pakcik aku ini. Menang awal hari tapi hancur kemudiannya. Kifarah can leave us speechless.

Makcik aku kesian juga sebab macam kene tempias, tapi mungkin sebab dia pun sedar budak itu dianiaya suaminya, tapi berdiam diri dan abaikan hak budak itu tanpa mengetahui hal yang sebenar. Memandang hina kepadanya tanpa berlaku adil.

Sekarang pakcik makcik aku pun dah depress teruk. Mana taknya, anak mereka sudah gelap masa hadapan. Mungkin bukan kifarah dan hanyalah ujian, who knows?

Tapi apa yang aku nampak anak dia kena sebijik macam apa yang pakcik buat kat budak dulu.

Aku tak dapat bayangkan macam mana kalau anak aku yang kena sebab itulah kau kene ingat,

Perempuan yang kau rosakkan itu ada ayah yang bermatian menjaga dia dan tidak tahu secara diam, anaknya diratah teruk hanya untuk puaskan nafsu kau. Betapa tercalanya maruah ayah dia.

Nak-nak kena dengan suami orang yang sepatutnya boleh berfikir dan lebih tahan nafsu. Dengan mudah pakcik aku hancurkan hidup orang lain, buang ketepi dan kembali hidup seperti biasa seolah-olah berpendapat itu kifarah si penyondol.

Kalau pakcik betul bertaubat dan insaf, bukan dengan meninggalkan tapi dengan memperbetulkan.

Lagi sekali, jangan main-main dengan perasaan manusia biarlah bini kau mahupun si penyondol. Hanya kau dan Allah sahaja yang tahu taktik penipuan kau. Jadikan lah kisah ini sebagai teladan.

Ada masalah please settle dan ingat, setiap insan juga mahu haknya dijaga.

Jangan diselesaikan mengikut emosi dan ketakutan. Minta doakan keluarga pak cik aku sihat kembali dan budak perempuan misteri dulu itu pun, harap dia berjumpa dengan lelaki yang baik yang lebih layak.

Ingat, perempuan senang dibentuk tapi susah dijaga..

– Zul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *