Kifarah Itu Ada

Hi assalamualaikum semua. Saya ingin meluah dan berkongsi cerita yang dah pasti ramai membenci. Lebih selamat saya cerita disini.

Saya ialah orang ketiga dalam hubungan dengan bekas suami. Saya masih muda, pertengahan 20an.

Kami dah bertahun berhubungan dan bekas suami berjanji segala nya untuk saya dan saya amat percaya kan dia.

Kami akhirnya bernikah tanpa pengetahuan keluarga saya dan isteri pertama, ya kamu bernikah disempadan.

Suami berjanji untuk terus terang dengan isteri pertama dan keluarga lepas bernikah. Tapi lepas bernikah suami masih tak terus terang, dan saya decide untuk bagitahu keluarga saya.

Pada mula nya keluarga marah dan tak terima (kerana dari awal memang tak setuju saya ada hubungan dengan suami orang) tapi saya abaikan.

Saya tetap pertahankan bekas suami, keluarga saya mengalah dan mula terima kami.

Beberapa bulan lepastu suami masih berdiam diri dan tak nak terus terang dengan isteri pertama, malah menipu dan cakap dia dah maklum pada isteri pertama tentang pernikahan kami.

Saya tahu dia hanya menipu dan terus mendesak untuk dia berterus terang.

(Walhal waktu tu saya tahu yang dia takkan pilih saya walaupun di depan saya dia janji takkan tinggalkan saya) Tapi saya tetap minta dia untuk terus terang.

Dan betul lah, selepas saya sendiri yang call isteri pertama (dia ada sekali dengan isteri pertama waktu saya call), dia diam dan biarkan saya bertekak dengan isteri pertama.

Saya ada bagitahu saya mungkin pregnant (saya lewat period) dan dia pesan dia akan jaga anak bersama tapi sebagai bekas suami sahaja. Dan dia bagitahu dia pilih isteri pertama dan anak² mereka.

Kecewa? ya sangat. Dia pilih untuk lafaz kan cerai dalam call tapi saya halang (kahwin senyap² takkan cerai pun begitu).

Saya minta dia datang ke rumah. Dia datang bersama isteri pertama, dan di depan Ibu, abang dan isteri pertama dia lafazkan talak kepada saya.

Ibu marah, dia cakap lelaki yang selama ni kamu pertahankan bermatian dan anggap baik, begini dia buang kamu?

Balasan untuk saya kerana ambil hak orang.

Dan lepastu dia menghilang. Segala nombor dan media social saya diblocked. Tanpa kabar berita.

Oh ya isteri pertama ada meracau dan hantar patung khinzir dkt rumah saya.

Nafkah? Tak ada sama sekali, malah rumah sewa kami pun tertunggak tak berbayar.

Sakit yang hanya Allah je tahu dan tempat mengadu. Tak boleh meluah dan menuntut. Hanya mampu berdiam dan pergi sejauh mungkin.

Saya pasti sekarang mesti bekas suami sedang perbaiki hubungan dengan isteri pertama dan lupa segala nafkah dan janji pada saya.

Allah maha besar, kifarah sentiasa ada.

Doakan saya diringan kan hati untuk terima qada dan qadar ini. Keluarga yang dulu saya abaikan, sekarang di kaki mereka lah saya sembah.

Untuk kaum adam, kalau tak mampu jangan menabur janji dan menduakan isteri yang sedia ada. Kifarah itu ada, jangan aniaya orang demi kepuasan sendiri.

Dan untuk kaum hawa, jangan jadi macam saya. Jangan pernah dekati suami dan percaya dengan janji mereka walhal ustaz sekalipun (Sebab bekas suami saya ustaz dan tenaga pengajar).

Terima kasih sudi baca kisah saya. Jangan benci saya ya.

– rumah tanpa pintu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. Bertabahlah tt.. semoga jadi pengajaran pada yg lain. Nak jadi no 2, menikah ikut undang-undang negara kita. Jadi macam ni, nak tuntut hak pun susah.

    • Kalau nak tau bakal suami tu berani dan ikhlas nk jadikan no. 2,3,4, pastikan dia berani nikah dlm negara. Jgn jd desperado nk bernikah luar negara. Bnyk akibatnya menanti. Sudah la kena denda…sayang duit tu melayang bg kerajaan.

  2. Geram nya dgn jantan spesis gatal mcm ni! dah terhantuk kantoi baru nak gelabah..pastu tinggal kan tanggung jwb mcm tu je! ustaz? hmm sorry but ur so disgusting. how can isteri pertama terima jantan mcm ni lg? bukan nak sokong isteri kedua, sbb dua2 sama naik gatal…penunggang agama betul

  3. Sedikit sharing buat mereka yang nak kawen laki orang ni . 1st, dia mesti bagitau isteri pertama. Then naik mahkamah utk mohon berpoligami. Proses mahkamah ni akan lagi cepat kalau isteri bagi kebenaran. Kalau tak, akan lambat sikit, tapi akan lulus kalau bakal suami tu cukup pendapatan dan boleh buktikan boleh bagi cukup nafkah pada kedua2 keluarga nanti. Ketiga, urusan perkahwinan mesti dlm pengetahuan ibubapa. Dalam kes saya, makayah dia dtg meminang, dan kenduri diadakan utk kedua2 pihak. Kalau dari awal dia berahsia dari isterinya, lps tu ajak kawen kat siam, cepat² la tinggalkan jantan macam tu. Tu bukan lelaki, tp jantan yang hanya nak tubuh badan pompuan. Tak kisah la namanya usyaz pun, tp kalau regflag mcm tu, cepat2 blah.

  4. Kita manusia tak pernah lari dari buat kesilapan. Semoga awak dipermudah kan urusan. Ini dah kira kes aniaya dan menipu. Harap ex husband awak diberi hidayah. Lepasni jangan ambik laki orang lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *