Kifarah Itu Benar

Assalamualaikum hi semua, nama aku Nina (bukan nama sebenar). Aku ingin bercerita kisah hidup aku tentang kifarah itu benar.

Pernah dengar kan orang cakap, kita jangan buat tak elok dekat orang nanti kifarah akan berbalik pada diri kita ataupun pada keluarga kita?

Yaa sekarang kifarah terkena pada aku dan kakak aku. Aku dan kakak aku 2 beradik sahaja, kami dibesarkan oleh atuk dan nenek kami.

Mak & ayah aku bercerai sejak aku berusia 5 tahun. Ayah aku seorang yang suka amik barang, kaki perempuan & yang suka lebihkan kawan dari keluarga.

Mak & ayah aku bercerai punca sebab ayah aku ada isteri lain & salah satunya jugak sebab penagih.

Masa aku kecik nenek saudara aku selalu cakap dekat aku & kakak aku jangan dekat dengan ayah takut nanti kena jual dekat thailand.

Masa ayah aku berkahwin dengan mak aku, mak aku diuji macam macam.

Masa mak aku lahirkan kakak aku seminggu lepastu baru ayah aku datang tengok kakak aku & masa aku dilahirkan pulak lepas sebulan baru ayah aku muncul tengok aku.

Kami 2 beradik lahir tanpa iqamah dari ayah kami. Ayah aku banyak terlepas tentang nafkah kami 2 beradik.

Bila kami 2 beradik dah besar kakak aku pun berkahwin tapi jodoh tak panjang & bekas suami dia pun seorang yang amik barang,

Kakak aku dikurniakan seorang cahaya mata dan sekarang benda sama terjadi dekat kakak aku ialah bekas suami dia tak pernah peduli tentang anak & nafkah anak.

Aku jugak dah berkahwin & mempunyai seorang cahaya mata dan suami aku jugak seorang yang suka amik barang cuma hubungan kami masih bertahan sehingga kini.

Kadang kadang aku terfikir, kesilapan ayah aku buat dekat mak aku kenapa ye kitaorang anak anak yang kena tempias tu? Kenapa bukan kena dekat ayah aku?

Aku pernah cerita dekat ayah aku perangai suami aku macamni apa semua tapi dia macam bagi dia it’s normal. Aku sedih sangat, rasa terkilan.

Mak aku pernah cakap perangai ex husband kakak aku & husband aku sekarang sama je dengan perangai ayah aku. Lepas tangan, tak fikir anak isteri.

Bagi suami aku kawan lagi penting. Sama macam ayah aku kawan lagi penting. Aku takut, takut hubungan aku dengan suami aku runtuh disebabkan perangai dia yang suka amik barang.

Aku dapat rasakan dunia ni tak adil, kenapa aku diuji macamni. Kifarah yang selamani ayah aku buat pada mak aku akhirnya terkena pada anak anak dia :’)

Aku selalu berdoa semoga apa yang suami aku buat ni tak kena pada anak kami.

Semoga dijauhkan la benda tak baik pada anak kami. Aku takut, sangat takut sebab anak aku la satu satunya harapan aku.

Sekian itu saja yang aku ingin ceritakan. Terima kasih pada yang sudi membaca.

Doakan aku terus kuat ya! Semoga kamu semua dilimpahkan rezeki!

– Nina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *