Kifarah Itu Wujud

Assalamualaikum dan Salam Ramadan, aku perkenalkan diri sebagai Aku, perempuan, penghujung 20an. Ya, kifarah itu wujud, lambat atau cepat sahaja. Kisah aku terjadi sewaktu zaman degree dulu, cakap pasal degree, of course la tentang kawan-kawan.

Aku bertemu dan berkenalan dengan seorang kawan perempuanku yang aku gelarkan sebagai Anon ketika pergi interview subjek yang akan kami ambil di sebuah universiti tempatan.

Dijadikan cerita, masa hari pendaftaran semester 1, kami berdua bersepakat untuk menjadi roomate memandangkan kami cuma kenal each other sahaja.

Hari tersebut kami saling berkenalan dengan family masing-masing dan aku ingat lagi, ibunya ada pesan dekat aku supaya tengok-tengokkan anak dia.

Aku tak fikir apa pun, yelah, nak tinggal anak jauh kan, merantau ke negeri yang jauh dari rumah, sama jugaklah aku pun. Maybe muka aku nampak macam boleh diharap itu yang ibu dia pesan macam tu HAHA.

Siapa sangka perkenalan aku dengan Anon membawa kepada penyakit mental yang merubah diri aku.

Kami berdua berperwatakan biasa-biasa saja, tudung patuh syariat tutup dada, tidak singkat dan tidak labuh, berpakaian tutup aurat, longgar.

Kelebihan Anon ialah dia cantik, korang mesti tahu privilege orang cantik ni macam mana kan? Buat salah ke, gedik ke, orang tak geli or marah sebab kau cantik. HAHA fakta bodoh yang mesti ditelan.

Awalnya hubungan kami berdua baik-baik sahaja, setiap kali cuti semester 1, aku ada tawarkan dia untuk tumpang tidur di rumah aku memandangkan tiket bas dia sangat mahal untuk pulang ke kampung dia dan dia bukanlah dari golongan yang berada.

Kampung aku lebih dekat dengan Uni berbanding kampung Anon. Ibu aku dan family juga sangat baik terhadap dia, siap masakkan makanan dan beli makanan ringan macam maggi, biskut semua tu untuk bekal dia sepanjang di kolej, pakej bagi duit poket lagi.

Kalau di kolej sekiranya Anon tidak cukup duit untuk makan, aku belanjakan dia. Anon demam atau sakit aku yang tolong hantarkan ke klinik, tolong buat air milo untuk dia.

To be honest, perangai aku memang ke arah mak-mak and sangat caring, tapi bodohnya aku caring pada orang yang salah. Aku pun sudah anggap Anon sebahagian daripada keluarga aku, tapi terlalu cepat untuk aku anggapnya seperti itu.

Ceritanya bermula setelah dia bertemu dengan kawan sekelas perempuan lain yang lebih cantik dan bergaya, perangai dia sudah mula berubah.

Tapi aku tak tahu dimana pengaruhnya sebab kawan yang lebih cantik dan bergaya tu elok saja perangainya dan merupakan kawan aku juga.

Asalnya aku tidak kisah pun memandangkan itu kehidupan dia, ikut suka hati dia lah nak berkawan dengan siapa kan, tapi kalau dah perubahan dia melibatkan emosi aku terjejas memang sakit hati la kan.

Apa yang aku perasan kami sudah mula tidak rapat seperti awal perkenalan dulu dan Anon akan approach aku sekiranya dia perlukan aku sahaja.

Tudung Anon juga sudah mula singkat, nampak leher, nampak anak rambut, baju pun pernah pakai lengan pendek di tempat public. Culture shock mungkin?

Yang buatkan aku menyampah kalau waktu dia senang dia akan lupa aku, waktu dia susah dia akan cari aku. Obvious sangat.

Antara perkara yang sangat menyakitkan hati aku ialah,

1) Sekiranya kitaorang dalam 1 group assignment yang melibatkan campuran jantina, perwatakan dia terus berubah jadi manja and gedik, like, dalam bilik takde mesra ngan aku macam ni pun, dingin je muka, tapi depan lelaki tetiba nak lembut-lembut dengan aku macam kau dah kenapa?

Belum masuk part dia free rider, memang sakit hati, tapi nasib baik bertahan untuk 2 semester je sebab next2 semester aku memang elak 1 group dengan anon.

2) Kalau aku tanya soalan yang betul2 aku tak tahu, CTH: macam mana nak guna tools dalam excel, dia jawab NTAH, sedangkan masa tu aku tengok dekat laptop dia sedang buat apa yang aku tanya itu. Geram kan ?

3) Tengah buat assignment dalam bilik, we both selalu je pasang lagu kuat-kuat sebab nak hilangkan mengantuk, until one day, dia ada ajak kawan dia buat kerja sama-sama dalam bilik kami,

But then kawan dia nak OTP (on the phone), tau-tau dia baling barang (boleh tahan sakit) dekat aku yang sedang buat assignment suruh aku senyap and tutup lagu, HAHA APEKAH, ni bilik aku kot, member hang nak OTP pegi tempat lain la. Takde common sense!

4) Pernah dia dapat cat calling dari kawan lelaki serta gurauan yang tidak senonoh, dia datang mengadu pada aku, dan mention ‘lelaki tak guna’

Aku sebagai kawan yang menilai kedua-dua pihak nasihat jugaklah dia jangan melayan sangat, kalau bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi, alih2 dia masam muka dengan aku.

5) Pernah kitaorang dan kawan-kawan yang lain plan nak gi jogging keesokan pagi, as a roommate, kalau bangun dulu mesti la tolong kejutkan member yang sedang tidur, tapi TAK, Anon bangun bersiap sorang diri dan keluar.

Nasib baik kawan yang lain call aku, bila aku tanya Anon kenapa tak gerak aku, dia jawab acuh tak acuh ‘tak ingat’ . what? Hahaha.

6) Banyak lagi lah dari segi kewujudan aku yang dia tak suka untuk aku ada, kalau pergi mana-mana dia macam tak nak aku join sekali, padahal kawan-kawan yang lain selalu ja ajak aku ikut sekali.

7) Aku dapat rasa dia setiap kali pencapaian aku lebih dari Anon, mesti reaksi Anon macam tak puas hati. Satu hari, fakulti kami ada buat satu program, dan mencari ketua program tersebut, kami berdua adalah antara calon-calon ketua program.

Keputusan undian majoriti memihak kepada aku untuk menjadi ketua program, calon-calon yang lain auto menjadi ahli jawatankuasa.

Tapi, Anon macam tak berpuas hati dan dia tidak menjalankan bertanggungjawab melaksanakan tugas dia, aku sudah slow talk dengan dia namun dia tetap acuh tak acuh buat kerja sehinggakan aku yang terpaksa cover kerja dia,

At last, aku buang nama dia sebagai ahli jawatan kuasa dan gantikan dengan orang yang lagi bertanggungjawab yang boleh handle tugas tersebut. Sejak itu kami semakin tidak mesra.

Banyak lagi sebenarnya perkara yang menyakitkan jiwa dan emosi aku. Aku tak tahulah kenapa Anon berperangai macam tu, sedangkan sudah banyak aku tolong selain sebab aku nak jaga amanah ibu dia yang minta tolong tengok-tengokkan Anon,

Aku nak berkawan tanpa ada masalah, tapi tu lah, sampai tahap aku pasrah, aku betul-betul sakit sebab perangai dia,

Student lain stress sebab banyak subjek kene belajar, aku pulak stress sebab kene hadap prangai si Anon ni. Sepanjang zaman peringkat belajar, SPM, Asasi dan Master, tak pernah lagi aku jumpa orang macam ni. Semua aku jumpa yang baik-baik, ini pengalaman pertama untuk aku.

Satu hari ibu dia call aku, kebiasaanya ibu dia akan call aku untuk bertanya khabar aku, tapi sejak berlaku satu kejadian di mana bagi aku sudah masanya aku angkat kaki dari orang macam ni, hubungan persahabatan yang sangat toksik,

Kejadian yang aku rasa tidak perlu untuk aku cerita disini tapi cukup untuk memberitahu korang yang aku didiagnos oleh Doktor yang aku MDD (Major Depression Disorder) , selama 2 minggu aku di warded di hospital. Tambah lagi hampir sebulan makan ubat dan appointment dengan Doktor.

Aku FEDUP dengan perangai dia, hari dimana aku buat keputusan aku anggap dia dah mati dan tak pernah wujud dalam hidup aku. Sejak tu bila ibu dia call, aku tak pernah angkat.

Maafkan saya makcik, makcik tak salah, anak makcik saja yang bermasalah, saya sudah tawar hati makcik. By the way, ibu dia baik ja, layan aku elok ja, entah la anak dia kenapa macam tu.

Sedih juga rasanya bila ibu aku kenal Anon ni, tapi aku sudah tak lagi bercerita pasal Anon ni, oh ya aku tak cerita pun dekat ibu aku apa yang si Anon ni dah buat.

Dekat Doktor Psikiatri aku ceritakan segalanya apa yang jadi disebabkan perbuatan Anon tu, tapi dekat ibu aku, aku cuma cerita yang aku stress belajar sahaja.

Tambah, aku tak nak ibu aku kecewa kalaulah ibu aku tahu Anon yang ibu aku pernah masakkan lauk dan layan macam anak sendiri itulah yang buat aku MDD. Aku taknak panjangkan cerita, cukup sampai situ watak dia dalam kehidupan aku.

Jadi bila aku sudah tidak hiraukan dia, aku cut-off hubungan aku dengan dia, hidup aku jauhhh lebih berbeza, tidak lagi stress, lebih tenang, lebih bahagiaa, tidak lagi serabut, ingat ya korang,

Kalau jumpa manusia parasit macam ni cepat-cepat blah ya, hidup kene tegas. Jangan jadi macam aku, terlalu banyak sabar dan pendam akhirnya makan diri.

Bercakap pasal kifarah, mesti korang tengah tunggu dari tadi kan.. jadi selama 4 tahun sepanjang degree, 3 tahun aku tidak ambil tahu pasal dia, tidak pernah memulakan perbualan dengan dia walaupun kami 1 kelas,

Dia saja yang selalu datang itupun kalau dia nak pinjam sesuatu atau perlukan pertolongan dari aku, sudah tentu aku acuh tidak acuh. Kebaikan aku hanya pada yang layak. Sebab tu orang cakap, buat baik berpada-pada.

Pada final year degree, waktu dalam kelas secara tiba-tiba dia datang pada aku sambil bergenang air mata, masatu hanya kami berdua, katanya ingin meminta tolong aku.

Dia beritahu yang dia sedang mengalami masalah keluarga yang sangat berat dan sekarang dia sedang dalam fasa berjumpa dengan doktor untuk dapatkan khidmat kaunseling.

Dia sangat stress. Malam-malam dia selalu menangis. Tidak dapat fokus pada pelajaran, rasa nak jadi gila. Jadi dia minta tolong aku untuk hantarkan dia ke hospital. Aku terkejut bila dengar, ternyata dia sedang merasakan apa yang dia pernah buat pada aku.

Aku tanya dia kenapa dia cari aku, kenapa bukan kawan-kawan sehidup semati tu, kawan-kawan atau dalam kata lain GENG yang dia agungkan sangat itu, takkan bila senang je ada dengan diorang, waktu susah kau cari aku?

Katanya, dia lebih percayakan aku, tentang cerita-cerita details melibatkan keluarga dia, dia share dengan aku sorang saja sebab ibu dia hanya kenal aku, ibu dia tidak tahu pun tentang geng yang dia rapat tu,

Hairan aku, sedangkan aku hanya rapat dengan dia masa semester 1 sahaja, takkan la dia tidak bercerita pasal keluarga dia dengan bestfriends nya yang lain, sedangkan aku sudah tidak ambil tahu pasal dia dan ibunya selama 3 tahun demi menjaga kesihatan mental aku.

Bila aku tanya kenapa Anon berperangai 3 tahun lepas terhadap aku sedemikian rupa, dia kata dia tidak sengaja dan tidak tahu pun yang aku sebenarnya sakit hati. Wallahi sesiapa saja akan sakit hati dengan perangai macam tu.

Katanya dia minta tolong aku sebab hanya aku yang tahu masalah dia dan aku orang yang paling dia percaya, Anon tidak ceritakan pun pada kawan-kawan dia yang dia agungkan sangat tu tentang kehidupan dia dan family. Susah untuk aku percaya dia. Itulah, memang waktu susah saja cari aku.

Pengajaran dan nasihat dari kisah aku, tolong jangan jadi baik sangat, sebelum nak tolong orang, tolong diri sendiri dulu. Jangan biarkan orang lain ambil kesempatan atas kebaikan diri kau, set a limit!

To those yang sejenis suka ambil kesempatan, jangan dibuat main perasaan orang yang baik, once sudah meletup dan tawar hati, kau takkan jumpa orang yang sama lagi.

Aku tidaklah berdendam, dan aku sama sekali tidak pernah berdoa supaya Allah turunkan bala pada dia atas perbuatan dia, aku sudah maafkan dia tapi ingatan memori luka ini masih tersemat.

Umpama kau ditikam dari belakang oleh orang yang kau percaya. Tiada lagi kepercayaan yang akan diberi. Ingatlah,

Allah tidak tidur dan kifarah itu wujud, lambat atau cepat sahaja. Tidak kena pada diri sendiri, mungkin akan kena pada ahli keluarga.

Sekian, terima kasih sudi baca coretan hidup zaman degree ini.

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *