Kifarah Ke?

Aku wanita bekerjaya berumur 30an, sudah berkahwin dan suamiku sebaya.

Suami kerja kerajaan tingkat gaji 48 dan aku kerja swasta, gaji aku 3 kali ganda lebih dari gaji suami. Kami punyai 4 anak, beberapa rumah, kereta dan seorang maid di rumah.

Aku rasa memang dugaan isteri yang bekerja, ramai kawan-kawan aku dan confession dalam page ni akui kami tidak dinafkahi secukupnya dengan alasan kami ada duit sendiri, lebih2 lagi kalau gaji isteri lagi banyak dari gaji suami.

Nak lagi sedih, kami isteri ni la yang lagi banyak keluar belanja,

Bayar loan rumah, kereta, cukai tanah, cukai pintu, bil elektrik, air, bayar untuk keperluan rumah, barang dapur, kelas2 tambahan anak2, duit belanja harian anak anak ke sekolah, persiapan raya dan percutian.

Macam aku, untuk better mental health and to mantain my sanity, maid pun aku cari, bayar agent yang dekat 20k dan gaji dia 1.5k bulan2 pun aku bayar.

Tugas maid, make sure rumah, pakaian sentiasa bersih, anak-anak terjaga. Masak part aku, aku masak hari hari without fail.

Tak tahu kemana duit suami, aku tak pernah tanya loan apa dia pernah buat, untuk apa loan, dia pun susah nak apply loan baru walaupun dia kerja kerajaan. Means, komitmen dia tinggi tapi tak tahu kenapa sedangkan majoriti aku yang bayar sejak awal kahwin lagi.

Aku tak pernah tanya sebab aku malas nak bergaduh. Btw, ni trauma masa kecil aku, mak aku berkerja tapi sangat berkira dengan abah aku. Dia takkan keluar duit langsung untuk rumah, anak-anak atau apa saja, bagi dia semua ni tanggungjawab suami.

So dirumah mak abah aku dulu pagi2 nak pergi sekolah dah bergaduh pasal bayar bil itu ini. Spoil mood aku sepanjang hari kat sekolah. Aku taknak anak anak aku ada suasana yang sama. Jadi, aku telan je la.

Masa aku lahirkan anak ke 3, anak aku meninggal, mak ayah mertua aku datang tinggal rumah aku berbulan bulan, mungkin tujuan asal untuk bagi sokongan moral.

Aku memang bukan perempuan yang lembik, pain tolerant aku tinggi. Lepas beranak, kebumi anak, terus boleh berjalan, masak macam biasa.

Sebab tu masa metua di rumah aku, macam tak ada rasa simpati pada aku yang aku berpantang tanpa baby, depressed dan so down sebab anak meninggal,

Mereka mengharap kami suami isteri layan mereka sepenuhnya tanpa bagi attention pada aku yang menangis siang malam. Yela bagi dia aku cuti 3 bulan free tak ada buat apa apa.

Jadinya, masa berpantang tu kami suami isteri sibuk melayan mereka tanpa properly healing.

Orang kata perempuan ni akan ingat macam mana kita dilayan semasa mengandung dan berpantang. Yes! Memang betul. Thats the turning point aku turn off dengan mertua aku. Lepas kejadian tu, aku tahu yang aku hanya menantu dan orang luar.

Sejak tu mertua pula dah rasa syok dilayan, setiap kali balik ke kampung, diminta bawa berjalan. Kebetulan masa tu anak kedua pun dah tadika. Mertua dah mula rasa yang kami dah boleh jaga mertua, dia bagi banyak hint yang aku buat buat tak faham.

Disebabkan aku dah turned off dan aku jenis ingat macam mana orang layan aku when i was at the lowest, aku mula jadi berkira dengan mertua dan aku dah kurang mesra, bagi hadiah semua tu memang kurang sangat dah.

Aku dah mula rasa tak best bila mertua dah suruh kerap balik kampung, demand itu ini.

Aku decided untuk pregnant lagi sebab bagi aku, cucu ni kelemahan metua aku, sayang cucu kan. Itu cara aku nak zone out & keep distance. Lepas dapat baby, mertua dah jarang demand suruh balik, berjalan dan lain lain.

Mertua jadi sangat memahami bila kami tak boleh balik lama di kampung, jarang dapat balik sebab baby tak selesa cuaca panas. Mertua pun tak datang rumah aku sebab bilik dah penuh dengan maid lagi.

Tapi, aku rasa sebab niat jahat aku ni kot, lepas baby lahir, berusia 2 bulan, suami aku kantoi curang. Suami aku menangis nangis minta maaf tapi aku susah sangat nak lupakan.

Aku sangatlah tak tenang lepas kejadian tu dan aku rasa ini kifarah yang aku dapat. Aku start questioning semua benda especially iman aku, goyang!

Aku rasa aku dah berkorban banyak dah untuk keluarga ni, my time, energy and money. This is what i get in return?

Aku belajar untuk berkira dengan expenses untuk ajar suami aku ni. Duit nafkah pun tak bagi, ada hati nak curang!

Aku plan untuk kurangkan pengeluaran duit aku, tapi aku tak kuat. Aku taknak anak anak aku rasa kekurangan dan environment tak best kat rumah.

Now, i live with it, orang nampak aku sama je always bubbly, confident, composed and friendly. But deep inside i have this constant pain yang aku anggap kifarah.

Aku tak tahu which part of life or decision that made me feel regret and made me feel how i am feeling now.

Aku sedar aku tak boleh kawal semua benda dan perlu berlapang dada. Aku solat taubat, tahajud, mengaji, belajar bersyukur semua tapi masih sedih. Doakan aku..

– Shima (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Plan awak untuk get rid mentua awak dah berjaya. Bagus, kalau x lagi merana mental health awak.

    Sekarang get rid suami awak pulak. Cepat bertindak. Suami awak tu nangis2 sebab dia “kantoi” je, bukan sbb bersalah. Kalau x kantoi, lagi rancak dia.

    Ini bukan kifarah, ini namanya jaga boundary, x nak orang ambik kesempatan atas kita. Udah2 ler tu salahkan diri sendiri.

  2. Xdenye part yg awak jahat bab awk ngan mentua tu. Awak menantu, bukan anak. Memang patut ada boundaries kalau nampak cara layanan tu dah makin pelik. Jangan bermusuh tp gap tetap kena ada. Suami awk curang, tu ujian hidup awak. Kalau gaji sy sebanyak awak, sy akan cukupkan dan jaga keperluan emosi + fizikal anak2 dan byran maid..yg lain2 tu bg suami setelkan je kalau bukan komitmen yg kita punya.. Fokus anak2 je, xpyh la fikirkan benda2 lain. Xperlu salahkan diri

  3. Minta maaf, tp sbb dari awal lgi awk dah ‘ajar’ or dgn kta lain ‘rela’ (bkn redha, ye..) utk membayar semua yg jd tanggung jwab suami & sang suami plak dah rasa ‘slesa’ mcm tu, sbb tu dia rse dia mampu utk ‘main kayu 3’ di blkg awk, bygkan lah, mngkin dt gaji dia boleh byr mkn dia dgn gf baru, sdgkan awak bertungkus lumus membayar segala utiliti n kperluan kluarga, blanja skolah n tusyen ank2, byr gaji bibik lg, pdhal gaji gred 48 dlm krjn juga boleh thn bnyak, mngkin > 5k camtu.. ini bkn nk ‘mngacum’, tp klaw dah t/jwb suami, tetap t/jwb dia, klaw dia n awk fhm ttg hukum agama lah, klaw dia nk awk kluar blanja pon, isteri tu mmg dah stuju n redha, maksudnya x mngungkit d blkg (spt yg ramai isteri rse skrg ni), klaw perlu buat ‘perjanjian’, sila buat, utk lbh jelas lg.. ada seorang sahabat sya (cikgu lg), dari awal mmg dia dah bertegas tentang nafkah n tanggung jwb suami.. klaw sampai letrik atau air dipotong sbb suami cuai nk byr bil2 bulanan, biarla mrk semua bergelap or xde air, klaw ank2 xde blanja skolah dll, biarlah ank2 tahu yg ayahnya x tunai t/jwb.., pepandai la suami nk bg ckup semua tu, nk bwak grab ke, buat niaga apa2 ke.., klaw x mahu semua tu terjadi, knp brani nk kawen dlu, in the first place.. and last resort.., klaw betul2 suami x mampu, boleh la bwak bincang, dia boleh tlg, tp kira ‘hutang’ jangka panjang.. so, suami dia x brani nk ‘curang’ x tentu psal, hutang x abis byar, nk support makwe pon tak mampu, silap2 aribulan, dia plak yg kna ‘halau’.. klaw dah ajar dr awal mcm tu, for sure suami akn cari jln utk ckupkan, di samping dpt bhagiakn kluarga dia.. itulah lelaki yg dikatakn ‘rijal’ dan bkn jenis yg sanggup je mkn hasil kerja isterinya.. Wallahua’lam bissawab.

  4. Betul apa sis kata. Memang lately ni byk dgr cerita confessor mengalami masalah yang sama mcm sis. Hurmm.. mgkin pd awalnya perkahwinan sis niat kerja bantu suami, & jika suami itu sedar akan tgjawab & kedudukannya sbg suami, dia xkan mudah2 lepas tangan semua guna duit sis. sis pun kena set boundries mayb, bukan semua perkara sis kena take over dgn alasan suami gaji kecil. tp bila baca gred 48 tu sbnrnya bukan kecil juga gajinya kalau nk dibanding dgn penjawat awam lain. Set boundries, set boundries..

  5. Suami ni bilacduit lebih
    Tak ada benda lain nak fikir
    Mesti nak habis kat perempuan
    So kita kena jadi bijak
    Biar perempuan itu adalah bini dia iaitu kita
    At least 3 benda basic ni wajib atas dia walau gaji kira 10 kali ganda gaji dia
    Iaitu makanan pakaian tempat tinggal

  6. the common mistakes of wives these days is taking over the husband’s responsibilities. no matter how much the husband’s income is, never ever take his responsibilities of providing all (I repeat, all) the requirements of a household.

    mertua part – not yours to to be responsible of. and no in-laws should dictate your live

    it is not kifarah, dear friend. it is just you being overthinking.

  7. Awakkk
    Sila la berkira dgn suami
    Apa yg mak ayah awk buat dulu awk patut contohi sbb itulah yg sepatutnya berlaku dlm rumahtangga. Suami kena lead, kena cukupkan nafkah no matter what. Kena fahamkan balik dkt dia tanggungjawab suami. Sy pon taktau la kenapa lelaki zaman now mcm lupa or buat2 lupa tanggungjawab sebagai seorang suami. Kena ingatkan selalu.

    Mula2 sy follow the flow jgk sama mcm awk tp at one point sy meletup sbb tak sanggup dah nk jadi ketua keluarga. Sy start berkira dgn suami sy walaupon rasa semak serabut semua ada la. Alhamdulillah suami dah start faham tp tu la mula2 rebel tu kena byk sabar & kuatkan semangat. Jgn bagi dia rasa dia ada duit lebih, sbb itu la punca utama dia curang. Rasa duit byk padahal nafkah ke laut dalam

  8. Sebab tu perempuan jangan ambil tugas suami. Apa yg mak dia buat tu betul 100%. Suami memang kena habiskan duit untuk keluarga, kalau tak dia jadi jantan taguna penderma sperma. Biar suami murung n down sebab duit takde nak beli rokok or nak main luar, sape suruh dia gatal nak buat family. Melayu ni terlampau ramai jantan pemalas yang patut childfree

  9. kifarah apa benda. kenapa nak salahkan diri pula. suami you curang sbb dia tak banyak keluarkan duit. lepas ni bagi suami take over expenses rumah, minta balik nafkah sis. rumah dan barang dapur tu basic komitmen suami, yang sis pergi ambil job dia kenapa. tak kuat nak bagi dia? KUATKAN LAH DIRI Tu. atau u minta cerai. berlapang dada untuk kes macam ni?sis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *