Kifarah Maksiat Silam

Aku terpanggil untuk buat confession lepas baca kisah ni, (https://iiumc.com/lelaki-yang-baik-takkan-tanya-kisah-silam-perempuan/).

Aku berumur awal 30an dan sudah berkahwin. Kisah aku sebelum kahwin sama seperti confession diatas, mengenai gadis yang kehilangan maruah sebelum berkahwin.

Gadis yang pada mata kasarnya bukan lah perempuan social, bukanlah perempuan seksi, bukan lah perempuan yang bergaul bebas dengan lelaki. Cuma masalah nya, mempunyai bf.

Zaman sekolah aku langsung tak terdedah dengan cinta kerana dihalang oleh family aku untuk bercinta sama sekali. Dari zaman sekolah bukanlah kebiasaan aku untuk bercampur bertepuk tampar dengan lelaki.

Tp segalanya berubah dialam universiti. Jauh dari keluarga. Hmm. Pertamanya, bercinta. Terlalu sekejap kemudian bersetuju naik motor dengan bf aku. Masa first time naik motor dengan lelaki tu aku dah rasa cukup berdosa.

Bayangkan betapa aku tak pernah terdedah dengan perkara sebegitu. Kemudian berdating naik kereta. Ya seperti orang lain. Perkara paling memudaratkan bermula apabila berduaan dalam kereta. Tak perlulah aku cerita panjang kejadian nya.

Tapi sewaktu itu aku sangat benci dengan perkara itu. Aku benci dengan diri sendiri yang kotor. Tapi yang bodohnya, aku tak pernah menolak bila bf menyentuhku dan melakukan maksiat. Kami bukan tahap checkin setiap kali berjumpa. Cukup didalam kereta.

Sewaktu itu, bukan aku yang akan meminta tapi bf ku yang sentiasa memulakan dan aku sentiasa merelakan! Bodohnya perempuan ni kan. Dia tahu salah tapi dia tak cakap NO!

Perkara ini berlarutan sepanjang kami study, hidup dengan maksiat. Bukan aku tak cuba nak stop, solat taubat, tapi tak dapat kerjasama dr bf. Dia sentiasa mahukan nya. Bayangkan masa tu memang dia kata dia bernafsu tengok aku. Bende haram kan.

Masuk alam pekerjaan, perbuatan terkutuk itu semakin berkurangan kerana kami berjauhan tetapi tetap dilakukan melalui video call. Lama kelamaan, aku mahu move on. Aku mahu berubah tinggalkan hubungan sia2 ini.

Aku solat taubat, solat istikharah, aku pernah berniat nak discuss dengan bf untuk akhirkan hubungan. Aku masih ingat, pada hari itu, belum sempat aku berbicara, dia menyatakan hajat dulu tentang fasa hubungan kami. Mahu hantar keluarga nya untuk masuk meminang.

Jadi aku kira masa tu mungkin itu petunjuk Allah membuka jalan kami ke arah hubungan yang halal.

Setelah bertahun2 tahun bercinta, kami bernikah. Ya disini cabaran aku bermula wahai pembaca sekalian. Aku sememangnya bersyukur kerana aku berjaya menghalalkan hubungan kami dari berterusan melakukan dosa.

Dengan lelaki yang pertama menyentuhku, melakukan maksiat terhadapku dan pernah terlanjur (bukan rutin to having sex setiap kali berdating dulu but still dosa besar buat maksiat).

Bayangkan sepanjang tempoh percintaan bf ku yang kini suami ku pantang tengok aku bernafsu kata nya, tapi bila dah kahwin, aku jarang disentuh suamiku! Sedangkan masa tu baru berkahwin tak sampai 3 bulan aku dah jarang disentuh.

Kalau nak bersama pun aku yang kena minta itupun dapat la sebulan sekali. Sekarang dah 3 4 tahun ni lagi lah payah nak bersama.

Allah.. ini lah dugaan aku. Kami tersangat2 jarang mengadakan hubungan suami isteri. Pernah sampai 7 bulan dia tak sentuh aku. Dah penat aku suarakan isu ini.

Pelik bukan. Masa bercinta kemain seronok buat maksiat. Bila dah halal, tak mahu disentuhnya pula. Buat bini macam kain buruk. Tipu lah aku tak rasa terhina. Aku minta pun dia tak mahu. Alasannya penat, penat bekerja.

Bila aku persoalkan zaman bercinta, dia kata zaman bercinta takda komitmen, takde apa nak fikir. Sekarang dah kerja penat fikir duit, fikir anak, fikir masalah rumah dan macam2. Tapi bagi aku itu semua alasan.

Hati aku kuat mengatakan dia takda nafsu lagi pada aku. Kata orang, aku ni dah luak kena sentuh. Apa yang aku boleh kata, suami aku ni sayang dekat aku, yela kami sama2 first love, agak serasi, dia memang tak berkira dengan aku.

Oh ya tapi suami aku ni boleh tahan banyak kali kantoi macam ada scandal. Tapi tak pernah kantoi terang2. Entah lah dia ni mmg pandai menipu dan aku tak pernah ada bukti yang kukuh. Bukti semuanya sipi2 yang berjaya di’spin’ oleh dia.

Sebab tu aku masih bertahan walaupun aku selalu fikir dia ni jenis cari keseronokan luar. Dah kalau tak sentuh bini, mesti lah makan luar kan. Mungkin dah terbiasa dengan bende haram. Wallahualam.

Jadi nasihat aku pada semua wanita diluar sana, adik2 yang pada mata kasarnya kita ni solat cukup, tahu halal haram tapi tetap melakukan dosa maksiat kerana tewas dengan lelaki, berhentilah lakukan maksiat. Bertaubat lah. Sangat lah sia2.

Mungkin bg kisah aku, lelaki yang merampas mahkota aku tetap bertanggungjawab terhadap aku tetapi tengok lah ujian perkahwinan kami.

Jaga lah maruah kita. Please la jangan terjebak. Elakkan lah. Lawan lah! Sebab lelaki ni akan bosan bila bende dia dah dapat. Sama ada dia tinggalkan kau seperti confession diatas, atau kalau berkahwin pun, nafsu dia dah hilang dekat kau.

Aku tahu ini mungkin kifarah dari dosa2 kami. Kerana tiang masjid yang didirikan tidak kukuh. Doakan rumahtangga aku kuat dan mendapat redha Allah. Aku tak pernah behenti berdoa demi kesejahteraan rumatangga aku kini dan mohon suamiku berubah.

– Insan Hina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *