Hai semua reader. Terima kasih admin jika confession ni disiarkan. Sebelum tu aku mintak maaf kalau aku tak pandai sangat mengarang.
Aku Mini (bukan nama sebenar). Berasal dari negeri K. Macam ni, dulu aku kerja promoter dekat satu company ni n company ni memang mix lelaki n perempuan. Pergaulan dekat sini memang bebas.
Lepas balik kerja, aku selalu jugak keluar lepak dengan kawan2 satu office tapi aku tak berapa “ngam” sangat dengan pekerja perempuan kat sini. Aku lebih “ngam” dengan pekerja lelaki.
Btw, status aku J anak 2. Aku stay dengan mak aku. Aku boleh dikatakan rapat dengan semua pekerja lelaki dekat sini since diorang anggap aku macam “kakak” sebab aku memang agak tua daripada diorang.
Muka aku agak cantik pada mata aku. Kulit pon cerah. Ada satu hari, bos aku bagi partner dengan seorang lelaki ni. Aku namakan dia ‘S’.
Si ‘S’ ni pada mata aku, takdela hensem mana, kulit pon tak secerah aku. Jarak umur pun sangat berbeza, iaitu 9 tahun dengan aku.
Tapi dia pandai bercakap, matang dari usia, dan dia memang ‘easy going’, ramah, pandai promote, lemah lembut dan suka bercerita.
Tanpa aku sedar, aku TER ‘jatuh cinta’ dengan dia walaupun aku tahu waktu tu dia masih ada gf, dan si S dah pon berjanji nak kahwin dengan gf dia.
S juga suka cerita pasal gf dia hinggakan suatu hari aku rasa sangat cemburu.
Cemburu aku sehingga aku minta gambar gf dia disebabkan nak tengok secantik mana gf dia waktu tu nak dibandingkan aku. Tapi si S tak pernah tunjuk.
Hari demi hari, aku makin sayangkan dia. Aku tak tahu cara untuk tepiskan perasaan aku sehinggakan aku mula membuat perkara terkutuk.
Ya, aku “guna-gunakan” kan si S supaya dia sayangkan aku dan membalas perasaan aku.
Awalnya, cara aku gunakan tu tak berkesan. Tapi lama-kelamaan, aku perasan yang S makin mengambil berat tentang aku.
S selalu tanya khabar aku, tunjuk minat dengan aku dan akhirnya S putus dengan gf dia disebabkan aku. Aku bahagia sangat-sangat. Apa yang aku cakap, S jadi menunduk dan dengar cakap aku seorang.
Btw, S tak pernah tahu yang dia dah diguna-guakan aku sebab hati n kepala dia cuma ada aku seorang sahaja.
Apa yang aku minta, S selalu tunaikan, sehinggakan pada suatu hari, aku bagi hint dekat dia yang aku nak berkahwin dengan dia.
Aku yakin dia boleh tanggung anak-anak aku sebab aku tahu S seorang yang bertanggungjawab dan mampu. S tunaikan permintaan aku dan tiba-tiba dia beli cincin untuk aku tanda dia melamar aku.
Aku rasa gembira sangat-sangat sebab selama ni apa yang aku nak, susah nak dapat sebab aku tahu status aku J dan aku kena struggle seorang diri.
Dengan adanya dia, aku rasa hidup aku makin mudah. Pendek kata, semua yang aku nak aku akan dapat n dia dengan sukarela mengeluarkan wang dia untuk aku n anak-anak aku.
Tapi malangnya, hari tak selalu indah. Aku dan dia berhenti kerja di tempat lama dan kami berpisah jarak.
S mudah dapat kerja lepas pada tu dan aku masih struggle seorang diri. Lama-kelamaan, aku dapat tahu yang S ni rapat dengan seorang perempuan di tempat kerja lama dan diorang selalu juga keluar.
Sampailah suatu hari, aku terima gambar dia dan perempuan tu keluar berdua dan bergambar mesra bersama. Perempuan tu bergambar siap menyandar di bahu S.
Hati aku sakit sangat-sangat dengan tindakan S. Aku tahu aku n dia jauh, tapi sampainya hati dia buat aku macam ni..
Btw perempuan tu memang lah lagi muda daripada aku, tapi pada mata aku, aku jauh lebih cantik walaupun aku J anak dua.
Aku tertanya-tanya samada inikah kifarah aku sebab aku guna-gunakan dia?
Aku buntu walaupun hati aku sangat sayangkan dia. Patotkah aku serang perempuan itu.. atau move on sahaja.. Terima kasih sudi baca.
Yang benar,
– Mini – bukan nama sebenar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sedarlah diri sikit, dahla guna guna kan orang, perasan cantik, biarlah dia bahagia, dah hilang mood nak komen😴🙄😒
Ramai lg cantik kak oi. Sape lah nak ko dgn tak keje hahaha
Bertaubatlah dan mohon maaf kepada lelaki tu atas apa-apa yang kau dh buat pada si dia. Balasan Allah tu benar. Allah yg patut ko cari. Bukan cinta dari manusia. Tolonglah aku takleh brain dengan orang guna cara terkutuk itk dapatkan apa yang dia nak. Tu dh kira syirik menyekutukan Allah. Bertaubatlah dah la dh anak 2. Jadilah contoh yang baik. Kalau x berubah sampai ke tua bawa perangai macam ni.