Hai, nama aku Nur, aku berasal dari utara tanah air, aku nak cerita pengalaman aku bercinta dengan suami orang dan aku mendapat kifarah yang sama.
Dalam menunggu keputusan SPM yang akan keluar dalam bulan 6, aku berkerja sementara di sebuah kilang di pekan kecil yang berdekatan dengan rumah aku.
Sebenarnya aku malu hendak berkerja kilang, tapi aku gagahkan jugak mencuba kehidupan dewasa ini, tak disangaka rupanya ramai kawan2 aku yang berkerja di kilang yang sama.
Pada mulanya aku di tempatkan seline dengan kawan2 aku, QC melihat aku banyak berbual jadi aku dipindahkan ke line paling hujung sekali, jauh dari kawan2 aku.
Pada masa itu aku tak kenal sape pun di dalam line 2 dan aku yang paling muda yang lain semuanya atas aku, mereka semua menggalukan kedatangan aku dengan rasa gembira, aku begitu terharu sekali dengan penerimaan mereka.
Paling tua di line itu nama nya Kak Siti, aku rasa dia dah lama berkerja di kilang ni, dan ada satu seorang lelaki yang muda sedikit dari Kak Siti, kulitnya putih, rambutnya lurus, matanya buat, tinggi lampai, berbadan sasa tapi sayang kakinya cacat, namanya Along, bukan nama sebenar.
Dia menjadi pembantu dalam line, aku duduk di komputer berhadapan dengan Along. Kerja yang aku dapat sangat senang dan tidak berat, aku gembira dengan kerja di dalam line ni.
Hari demi hari aku semakin rapat dengan semua yang ada di line ni, sehingga kawan2 aku pun aku dah tak pedulikan, waktu rehat pun aku dah tak rehat dengan mereka.
Kak Siti selalu bawak bekal, yang lain pun sama.. Aku segan jugak nak join makan bekal mereka kerana aku malu bawak bekal, aku lagi suka makan di kantin sahaja.
Lama2 pujukan mereka yang tak kisah dengan aku yang tak bawak ape2 bekal, aku pun ikut kan sahaja, makan makanan yang di bawa oleh mereka.
Setiap pagi aku gembira untuk pergi kerja. Hari berlalu bulan berganti bulan. Kegembiraan aku semakin memuncak, aku di anggap sebagai penghibur lara di line ni.
Menjadi kesayangan semua dan anggap sebagai adik, aku sanggup ambil keja lebih masa pada hari sabtu dan ahad termasuk hari2 cuti am. Bertapa rajinnya aku pada masa 2.
Tak di sangka, rupa2 nya aku di pandang dari celah2 meja komputer oleh Along, pada mulanya aku cuma rasa dia sebagai abang yang akan menjaga aku di line ni, tapi tidak, pandangan dia terhadap aku amat lain sekali.
Cara percakapan dia pun mula berubah, dia dah mula ajak aku rehat berdua, dia bawakan aku bekal. Dari makan berdua mula bertanya tentang kehidupan masing2.
Aku mengenali hati budi dia, dia lembut dgn aku, cakap sopan, tak pernah tinggikan suara, aku lihat dia seperti seorang abang yang matang, aku juga bangga dengan Along kerana dia seoang yang cacat tapi kuat berkerja.
Lama kelamaan aku dapat rasakan perasaan kasih, sayang dan cinta timbul dengan sendirinya, rupanya dia juga sama rasa apa yang aku rasa. Cinta kami semakin hari semakin berputik, aku rasa dia lelaki yang sangat memahami aku.
Ada satu kejadian saat aku hendak meletakan barang yang rosak di atas meja Along, aku berdiri di sebelah dia tempat tu sempit sekali aku tiba2 tersungkur, secara kebetulan dia mengulurkan tangganny dan aku menyambutnya tampa aku sedari.
Semua yang berada di line tu melihat kami berpegangan tanggan. Cepat2 aku lepaskan tanggan aku. Dan balik di tempat duduk aku, yang lain semua mula pandang aku dan Along lain macam.
Along pula hanya tersenyum malu di hapadan mereka, Kak Siti dan Kak Mek berubah muka, pada mulanya aku malu tapi melihat pandangan mata mereka berdua aku menjadi serba salah.
Kisah cinta kami mula tersebar ke seluruh line2 yang lain, mereka memandang aku seperti aku berbuat salah, sehingga lah satu hari datang seorang budak lelaki yang aku namakan dia Din,
Dia datang di meja aku dan mula mengusik aku mencuit pipi aku pegang bahu aku dengan tidak sopan dia berkata “dari ko bercinta dengan dia baik kau pilih aku, aku ni bujang lagi, tak macam dia”, jari Din menunjuk ke arah Along yang dia membeku di mejanya.
Aku agak geram menyampah dan meluat melihat Din yang selalu mengusik aku, kali ini sungguh melampau dia mengusik aku,
Aku menepis tanggan jahat yang mula bergerak di badan aku, aku perhatikan Along dari celah2 meja dia hanya menunduk berdiam dia tak berbunyi melawan cakap atau cuba pertahankan aku, aku kecewa denga sikap Along.
Pada waktu rehat aku mula membawa diri merajuk dengan Along, dia tak bantu aku bila aku di usik oleh Din, tak sangka dia mencari aku ke seluruh kilang, dan terjumpa aku di tapi line duduk seorang diri.
Muka aku mencuka, benci melihat Along yang sedaya upaya mendekatiku, hati aku mula luluh, melihat keadaan dia yang susah berjalan, dia duduk di sebelah aku dan berkata “merajuk ke??”
Aku bertambah marah dengan soalan yang dia bagi, aku hanya memeluk tubuh dengan raut wajah aku marah. Along hanya menatap dinding di hadapan aku sambil berkata “Maaf kan Along tak dapat bantu N tadi”.
Aku masih berdiam diri. Along mengambil tanggan aku dan berkata, “nanti Along cuba marah Din ye” pujuk Along sambil matany menatap mata aku, aku mula berlembut hati.
Aku bersuara ” tak payah dah terlambat, sepatutnya masa tadi Along tolong, bukan sekarang, “!!Kenapa kalau dengan Din Along tidak mahu berlawan””??
Soal aku dengan tegas, dia hanya menundukan kepalanya ke lantai, dia cuam mampu bercaka Along mintak maaf. esoknya pagi2 lagi Din datang ke meja aku dia berkata,
“Aku nak ko jangan kacau Along lagi, dia dah kahwin dah ada 2 orang anak, baik kau putuskan hubungan dan jangan ada hati dengan Along lagi, kalau tak tahu lah nasib buruk yang akan menimpa kau”!!
Din memberi amaran ke aku. Bertapa terkejutnya aku mendengar percakapan Din itu. Semua orang memandang aku. Aku memandang Along, Along tidak memandang aku dia hanya tunduk memandang mejanya sahaja Kak Siti dan yang lain memandang aku dengan rasa dingin.
Aku terduduk di kerusi, menahan malu, marah n kecewa. Baru aku sedar rupanya aku mengganggu suami orang, patut lah sekarang mereka memandang aku sinis, ya, Along tidak pernah cerita yang dia sudah beristeri.
Selepas kejadian itu aku cuba berubah sikap dari yang ceria banyak cakap dan sentiasa tersenyum kini berdiam diri, waktu rehat aku bawak dia aku ke surau, duduk diam dan solat, makan aku tak makan aku taknak keluar dari surau selagi lonceng tidak berbunyi.
Hampir seminggu jugak aku menjauhi Along, pedih, rindu benci dan sayang jang cakap lah, tapi aku cuba jauh dari dia, aku mintak Qc tukar kan aku di line yang lain supaya aku dapat menjauhai Along,
Along mengekori aku dalam diam, tiba2 dia ada di hadapan aku tapi di line yang lain. Waktu rehat aku duduk seorang diri di line dan Along datang memujuk aku, dia berkata “maaf kan Along ye, Along mengaku Along salah, Along tak terus terang dengan N tentang status Along, ”
Dengan air mata yang hiba aku bertanya “betul ke apa yang di katakan Din itu”!!, Along hanya memganguk pelahan. “N nak dengar dari mulut Along sendiri”!! ”
Ye, Along dah kahwin dan ada anak 2″!! Tapi Along sayang N jugak” Sambung Along lagi.
“Aku nak bukti” aku berubah kata, Along terperanjat melihat aku yang sebelum ini mengelarkan aku N kini bertukar menjadi Aku.
Keesokan hari Along membawa gambar kahwin dan gambar anak2nya. Berguncang hati aku melihat gambar perkahwinan mereka, luluh hati aku,
Aku menarik sekeping gambar lagi aku melihat sepasang anak Along yang sulung lelaki yang ke dua perempuan, umur sekitar 4 dan 2 tahun.
Memandang wajah anak2 Along yang masih kecil lagi. Aku mula merasa kesian dan aku patut melepaska Along… Esok aku sambung cerita ni lagi,
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit
hotak hg nak malu keja kilang. cara cakap pun memang tau org yang low eq dan iq