Assalamualaikum. Aku gelarkan diri aku sebagai Candy (bukan nama sebenar).
Aku tak tahu nak mula dari mana. Jiwa & fikiran aku berserabut. Perkahwinan aku masih baru, insha Allah dah nak masuk 2 tahun & bakal menimang cahaya mata sulung.
Baik, aku dahulukan kisah suami aku sebagai pembuka luahan. Suami aku ni ialah bf aku sewaktu aku di sem akhir diploma di sebuah universiti utara tanah air.
Sewaktu berkawan dahulu, aku nampak dia ni seorang yang sangat bagus & bertanggungjawab, aku rasa sangat bahagia bila ada seorang lelaki macam dia sudi berkawan dengan aku.
Sedangkan aku ni seorang anak yang jenis derhaka juga la dengan orang tua aku terutamanya mak aku. Mak aku ni seorang yang panas baran, ego tinggi, sombong, kaki emosi & suka cari gaduh dengan orang samada dengan adik beradik dia mahupun orang luar.
Sebab tu aku tak suka dengan mak sendiri dan pernah banyak kali aku menengking & bergaduh dengan dia. Aku cukup malu nak bagitahu bf aku yang aku ni sebenarnya seorang anak yang jahat & teruk.
Aku tak gamak nak bagi dia masuk dalam keluarga aku yang caca marba walaupun background keluarga aku ni sangat bagus.
Nak ditakdirkan cerita, alhamdulillah bf aku ni berjaya pandai ambil hati mak aku seterusnya merestui hubungan kami.
Bf aku ni orangnya aktif bersosial di dalam persatuan memang tak dinafikan dia pandai berkomunikasi & pancing hati orang2 tua macam mak aku ni.
Berbalik kepada perihal bf yang sudah menjadi suami aku yang sah ni, dulu aku pernah tanya pasal ex gf dia dan punca hubungan mereka berakhir. Rupanya mereka ni tak sekufu dari segi pemahaman agama (background family ex gf dia ni liberal & anut ajaran sesat).
Aku pernah tanya dia dulu pernah tak sewaktu berkawan dengan orang lain ada buat lebih2 selain pegang tangan tapi dia tak nak cerita, cuma dia ada kata dah insaf lepas berkawan dengan aku.
Tapi bila dah sampai masa kami disatukan, baru dia jujur dengan aku (tapi tak 100%) yang mereka pernah ringan2 bila keluar dating. Waktu ni aku masih bersangka baik dengan dia & anggap dia dah bertaubat.
Bahtera rumahtangga kami sangat bahagia sehinggalah aku pregnant, aku dapat ‘terbau’ macam dia ni seolah2 ada sembunyikan sesuatu yang buat aku syak wasangka sebab aku ada termimpi benda buruk pasal dia. Naluri aku sendiri menyatakan dia curang.
Aku jadi tak tenteram sampailah aku curi buka fon dia, betapa kecewanya aku, aib dia terpampang dengan jelas yang dia ada simpan gambar2 perempuan secara random yang dia ss dari socmed & selalu update tiap hari untuk dijadikan modal.
Tak cukup dengan yang tu, dia juga simpan conversation lama dengan ex gf nya yang masing-masing masih mengenangkan memori buat s**s dulu.
Luluh hati aku bila kenang aib suami 100% berada dalam genggaman aku. Ternyata selama ni aku ditipu hidup2, aku bergaduh dengan dia sebab aku rasa ni tak adil bagi aku. Aku ada hak untuk tahu semua ni sebelum aku berkahwin dengan dia.
Dan yang paling parah sekarang ni, dia start dah berimaginasi perempuan lain ketika bersama dengan aku & sanggup buka fon cari gambar perempuan lain yang naikkan nafsu dia ketika sedang bersama dengan aku.
Aku tak sangka rupanya suami aku ni memang dah rosak jiwanya. Memang dia khianat dengan aku.
Aku pernah google hukum pasal membayangkan ajnabi lain ketika bersama dengan pasangan, memang secara tak langsung dia akan berdosa. Sumpah aku tak rela & tak terima suami aku ni seorang penzina.
Banyak kali aku berdoa sampai nangis kenapa aku ditakdirkan untuk berpasangan orang yang sebegini.
Aku menjaga maruah aku dengan baik, dan dia sendiri pun tak pernah usik aku sepanjang kami berkawan dulu. Nak keluar dating dulu memang aku bawa sorang member aku sebagai peneman. Tapi dia tak jujur dengan aku.
Mungkin ni la kifarah untuk aku yang selama ni aku derhaka dengan mak aku. Bak pepatah omputeh, what goes around comes around kan.
Dari kecil hingga nak jadi isteri orang, aku masih herdik & hina orang yang melahirkan aku sendiri. Masih segar dalam ingatan aku, aku pernah bergaduh dengan mak aku dan mak aku cuba menampar aku tapi berjaya aku tepis dan tampar dia balik.
Aku pun selalu anggap punca kifarah yang aku serta adik beradik aku dapat ni semuanya datang dari mulut mak aku sendiri. Mak aku suka mengata anak orang lain dan dia anggap dirinya dia terpaling bagus dalam semua benda terutamanya agama.
Dialah terpaling alim tapi hakikatnya dia sendiri pernah mengherdik suami & ibunya dulu. Dia masih tak sedar diri yang anak lelaki kesayangannya yang jadi biawak hidup tu ada cubaan nak menyentuh & rosakkan aku sebelum aku kahwin.
Tu kifarah untuk dia sebab mengongkong abg aku sehingga tak bagi abg aku tu keluar dari kampung untuk mencari kerja. Lepastu ada hati nak kahwinkan anak lelaki dia tu dengan penjawat awam.
Korang mesti rasa nak tergelakkan pasal impian mak aku ni. Anak menantu dia yang sedia ada ni pun macam hampeh pastu sekarang ni dia sibuk ‘cari mangsa’ untuk aniaya anak orang lain pulak.
Mungkin inilah bahagian ujian untuk kami. Orang kata nasi dah jadi bubur. Nak menyesal pun tak da gunanya.
Setakat ni aku hanya mampu doakan diri aku sendiri, suami & mak aku kembali ke landasan yang betul.
Aku akan cuba untuk cari masa untuk berbincang dengan suami aku pasal bahana akibat tidak menundukkan pandangan & aku harap dia mampu bertahan bermentuakan mak aku yang perangai nauzubillah ni.
Untuk diri aku, aku sentiasa doakan agar tidak menyimpan dendam dan sentiasa ingat Allah Maha Pengampun & Maha Mengetahui.
Dan terakhir untuk mak aku, aku harap dengan adanya cucu yang bakal dilahirkan nanti dia akan berubah menjadi lebih baik dan menjadi satu tanda kemaafan & keampunan aku untuk dirinya.
Bagi aku selagi kita diberi peluang untuk bernafas ni, selagi tu kita perlu rebut untuk bertaubat, masih ada masa untuk kita mengubah diri sendiri.
Korang doakanlah kami untuk menjadi lebih baik dan doakan aku selamat bersalin. Semoga doa tersebut berbalik kepada kalian
Terima kasih sebab sudi membaca luahan panjang yang berserabut aku ni.
– Candy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Semua ini ujian. Semoga Allah angkat ujian puan ini dan gantikan dengan suatu yang lebih baik. Sabar banyak2 ye puan, terutama dengan ibu puan…