Kind of Love You, Mr. Supervisor

Assalamualaikum para pembaca yang budiman.

Maaf tajuk bahasa inggeris, luahan dalam bahasa melayu.

Kisahnya bermula sewaktu aku mencari kerja hujung tahun lepas.

Untuk makluman, aku adalah gadis oku berusia pertengahan 30an. Gadis yang sudah agak tua kiranya dari segi umur. Aku bukanlah oku fizikal.

Luarannya aku nampak normal sama seperti orang lain. Aku menghidap penyakit mental akibat dibuli secara lisan lebih kurang sepuluh tahun yang lalu oleh mereka yang aku anggap keluargaku sendiri.

Berbalik kepada tajuk di atas, aku mencari kerja hujung tahun lepas di sebuah pusat membeli belah di ibu negara. Bermacam macam jenis kerja aku apply.

Nyaris dapat kerja namun status oku yang aku sandang tidak memungkinkan aku kerja di tempat tersebut sebagai promoter. Sehinggalah aku terpandang satu iklan kerja kosong.

Dengan penuh debaran, aku menghantar mesej kepada person in charge yang bakal aku ceritakan kemudian. Aku bertanya mengenai urusan untuk memohon kerja di situ.

To keep this story short, aku berjaya melepasi sesi temuduga kerja. Dan disebabkan status oku yang aku sandang, mereka akan menilai aku samada aku mampu bekerja di situ atau tidak.

Alhamdulillah, aku berjaya melepasi tempoh percubaan dan dapat bekerja sebagai pekerja tetap.

Remember that person in charge tu? He is the supervisor that I adore. At first I thought, he is just an ordinary person. Tapi tak tau kenapa, I kind of fall in love with him.

Much younger than me, aku mula tersuka dia mungkin masa dia memberi sepotong kek sempena birthday dia pada masa tu. Tapi sebelum tu lagi, I felt like i am quite attached to him. Cuma aku saja yang tak tunjuk.

Aku pelik sebenarnya. Macam manalah aku boleh pulak terjatuh cinta kat supervisor aku nie. Memang tak logik langsung.

My taste sepatutnya adalah orang yang tinggi lampai, yang berkulit cerah dan berbadan kurus. Maksud aku, yang ada fizikal dan wajah yang agak tampan. Ini tidak. His features is totally different than my taste.

Ini kalau rakan sekerja aku tau nie, mesti dorang bantai gelak beramai ramai kalau tahu aku mencintai mr supervisor tu.

Dia agak caring terhadap aku walau sekadar suruh aku secara ringkas seperti “miss, nanti tolong hantar barang di depan yea”, “nanti jangan lupa makan yea”.

Ada masa aku satu shift dengan supervisor tu. Cuma lately aku tak sama shift dah dengan dia. Entah kenapa aku rasa bahagia bila dia ada.

Bila cuti, aku seperti rindukan mr supervisor tu.

Alhamdulillah, aku agak bahagia bila di samping dia. Sampailah satu hari, rakan sekerja aku bersembang dengan aku dan terkeluar cerita yang mr supervisor ti sudah berpunya.

Aku hanya mampu menelan air liur yang ku rasakan agak kelat. Aku cuba bekerja secara professional dan tak ku tunjukkan sangat emosi aku yang agak kecewa masa tu.

Everything went well. Sampailah baru baru ini mr supervisor itu berhenti secara mengejut. Aku masih terkejut. Terasa seperti aku kehilangan mr supervisor itu buat selamanya.

Aku tak kisah andai dia tiada di tempat kerja aku. Malah, aku tahu aku mungkin kehilangan dia kalau one day dia berhenti kerja atau transfer ke tempat lain. Cuma aku tidak sangka secepat ini dia pergi.

Aku menangis seperti anak kecil. Rasa kehilangan ini sangat menjejaskan emosi aku.

Aku ingatkan kehilangan mama, abah dan abang aku (meninggal dunia) sudah cukup membuatkan aku sedih. Rupanya kehilangan mr supervisor ini lebih menyakitkan.

Baru aku sedar, aku bukan seakan akan mencintai mr supervisor. Namun aku benar mencintai dia.

To mr supervisor, aku doakan agar dia sentiasa berbahagia. Aku sudah biasa tidak memiliki insan yang aku pernah cintai sebelum ini. Cuma aku tak biasa kehilangan mr supervisor dekat dekat nak raya macam nie.

Allah, gantikanlah musibah ini dengan suatu yang lebih baik dari yang aku hilang ini.

Hadirkanlah mereka yang mampu memghiburkan diri ku ini. InsyaaAllah aku cintakan mr supervisor itu lerana Allah.

Terima kasih sudi membaca luahan hati dari aku.

– Miss confidential (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *