Kini Kita Stranger

Pada aku sahabat ni ialah orang yang terpenting dalam hidup kita selepas keluarga dan kadang-kadang boleh jadi lebih dari tu.

Aku ada sahabat, nama dia Wani. Berkenalan ketika semester pertama sehingga ke alam pekerjaan. Pahit, getir, suka dan duka kehidupan semua kami kongsi bersama.

Tapi sedih, hubungan persahabatan ni seakan-akan semakin lenyap dan masing-masing membawa diri.

Selepas tamat latihan industri, aku dan Wani terus diserap masuk ke dalam syarikat tersebut. Syarikat kami berlainan, tetapi sangat berdekatan boleh kata bangunan sebelah-sebelah je.

Sebenarnya tempat kerja tersebut berdekatan dengan rumah orang tua aku, tapi sebab aku dah janji nak teman Wani kami pun menyewa bersama-sama.

Selepas bekerja, kami berdua memang dah ada boyfriend masing-masing dan boyfriend Wani ni askar. Jadi dia memang jarang keluar kecuali bila boyfriend dia balik ke ibu kota, tu pun memang jarang sangat.

Pada hujung minggu biasanya aku dan Wani akan pulang ke rumah parents masing-masing atau habiskan masa dekat rumah je, sampailah boyfriend aku Arman (bukan nama sebenar) bekerja berdekatan dengan kami.

Jadi hujung minggu kadang-kadang aku keluar dengan Arman, tapi aku boleh kata dua minggu sekali macam tu. Selebihnya kami jumpa masa lunch hour atau minum sekejap lepas balik kerja.

Arman family man dan dia duda anak satu, jadi hujung minggu memang banyak masa dia habiskan untuk anak.

Jangan cakap aku rampas suami orang ya sebab Arman dah bercerai lama dan bekas isteri dia pun dah kahwin dan bahagia dengan suami baru. Arman bekas penyelia aku masa intern dulu, entah macam mana agaknya boleh sangkut.

Sejak Arman duduk dekat dengan aku ni lah Wani jadi lain. Dia jadi over dan asyik nak berkepit dengan aku.

Biasanya lepas balik kerja kami mesti melepak dalam bilik lama, pukul 9 baru muncul dekat ruang tamu. Tu pun bukan tengok tv pun, biasanya gosip ke berborak macam tu jelah.

Hujung minggu pun sama, terperap dalam bilik sampai petang, lepastu baru keluar. Kadang-kadang pergi makan, tengok wayang ke tak pun lepak dekat rumah je.

Bila Arman ada, aku selalu je lepak dengan dia lepas habis kerja dekat bawah rumah aku. Rumah aku apartment, jadinya bawah tu ada cafe dengan mamak.

Bila Wani tau, dia mesti whatsapp aku suruh tunggu sebab dia pun nak join.

Aku okey je sebenarnya tapi Wani sampai rumah biasanya 6 hingga 6.30 petang gitu, time tu Arman pun dah balik sebab nak ambik anak dia balik sekolah. Bila dia sampai Arman dah tak ada, dia mula meradang dengan aku.

Kadang-kadang saja aku tak bagi tau dia, tapi bila dia tau habis dia merajuk sakan kata aku abaikan dia. Dia mula lah tulis dekat status yang aku ni takut dia rampas boyfriend aku lah, lupa kawan bagai. Kalau orang lain aku abaikan je, tapi ni Wani kawan aku dari U kot.

Pernah sekali dia keluar dengan boyfriend dia, aku duduk dekat rumah. Aku okey je sebab mereka pun dah lama tak jumpa. Tiba-tiba petang tu Arman ajak aku keluar dengan family dia, memang tak plan. Bila Wani balik aku tak ada, mengamuk sakan dia.

Call aku jerit-jerit tu dah satu hal sampai family Arman dalam kereta dengar, Arman pun pelik dah kenapa aku nak mintak izin dia pulak.

Lepastu penuh lah status dia kata aku tak jujur, tak tunggu dia balik dulu. Serius lah aku nak tunggu dia balik baru boleh keluar?

Lagi satu Arman ni orangnya romantik dan tentunya dia dah jauh lebih stabil dari aku. Jarak umur kami pun sembilan tahun. Nak compare dia dengan boyfriend Wani, mestilah dia lagi stabil. Boyfriend Wani masa tu baru koperal, sekarang dah naik pangkat lah.

Arman selalu hantar hadiah pada aku, biasanya perfume sebab aku gila perfume. Lagi satu tudung, dan biasanya yang berjenama Ar**ni sebab aku memang suka tudung jenis gitu.

Ada koleksi baru je aku memang tak sempat beli sebab dia dah belikan dulu. Arman memang suka observe aku, dan sebab tu kot aku sangkut dengan dia.

Wani memang suka cakap untunglah beribu kali bila aku dapat hadiah dari Arman dan dia suka complaint boyfriend dia yang tak faham dia.

Entahlah pada aku dorang pun PJJ lama, masa yang ada tu kenapa kau tak raikan je? At least dia ada effort nak beli apa-apa untuk kau.

Aku dengan dia memang transparent, so aku cakap je pendapat aku. Akhirnya aku yang kena balik kononnya aku tak ada dekat tempat dia.

Wani selalu jugak ambik hadiah aku, post dekat status macam boyfriend dia bagi atau dia beli sendiri. Mula-mula aku okey, tapi lama-lama aku rasa tak patut dia buat macam tu. Aku tegur, tapi ada je jawapan dia.

Aku kahwin dulu dari Wani, dan yang paling sedihnya Wani tak datang langsung. Dia sahabat baik aku, tapi dia tak datang tanpa sebarang penjelasan dan wish selamat pengantin baru langsung tak ada.

Aku berhenti kerja tiga bulan sebelum kahwin atas permintaan parents aku, sebab mereka nak spend time lebih dengan aku. Dan lepas kahwin aku pun dah secure satu kerja yang dekat dengan rumah Arman.

Sepanjang tiga bulan tu aku hubungi Wani melalui whatsapp dan dia memang okey. Aku pun masih bayar sewa rumah tu sebab barang-barang aku banyak lagi dekat situ.

Aku punya bachelorette party pun kawan-kawan sekolah aku yang buat, dan dorang ada jemput Wani tapi dia bluetick je.

Aku sedih sebab dia tak muncul, kawan-kawan sekolah ni lah yang pujuk aku untuk jangan salah sangka. Waktu aku nikah, aku masih tunggu dia walaupun whatsapp aku masih dia bluetick kan je. Aku sampai mintak maaf dengan dia kalau aku ada salah apa-apa, tapi masih sama.

Sampai ke akhir majlis, dia tak datang. Majlis belah lelaki pun aku jemput dia, tapi dua hari sebelum majlis aku nampak dia update status yang berbunyi, “nak show off lah tu buat dekat tempat grand-grand, menumpang kesenangan orang je.

Takpe masa aku nanti aku lalu bawah pedang. Setakat kahwin tema glass tu orang tak pandang”

Baca je tema glass tu, aku tau dah memang dia tujukan pada aku sebab venue yang tertulis pada kad jemputan tu. Sampai hati dia buruk sangka dengan aku sampai macam ni sekali.

Kawan-kawan aku yang lain yang turut baca status tersebut suruh aku abaikan dan fokus je pada majlis yang akan berlangsung.

Seminggu lepas majlis Wani whatsapp aku meminta maaf tentang apa yang terjadi. Dia kata dia pun tak tau kenapa dia buat macam tu. Aku tak ada buat salah pun, dia je yang tak tau kenapa. Eeee aku geram, rasa nak ganyang je dia.

Susah, senang, suka dan duka semua kami share sama-sama tapi ini balasan dia pada aku. Lima bulan aku bluetick je whatsapp dia, langsung tak reply.

Then aku jumpa dia masa dia whatsapp aku untuk ambil semua barang aku dalam rumah tu sebab dia nak kahwin, dia pun dah nak keluar dari rumah tu.

Rumah tu ada cctv, jadi aku tau bila Wani keluar dari rumah. Dia keluar je, cepat-cepat aku pecut balik rumah tu ambik semua barang. Aku tak tau macam mana nak berhadapan dengan dia sebab hati aku masih sakit.

Nasib tak baik, aku jumpa dia jugak masa nak bawak turun barang. Selamber je dia hulur kad kahwin sambil sempat sindir aku, buat dekat dewan biasa je takde duit nak buat dekat hotel-hotel ni. Aku ucap tahniah, pendek dan ringkas. Arman yang beriya berjanji akan hadir.

Masa majlis dia, aku datang dengan Arman. Dalam jadi raja sehari tu, sempat dia kata dekat aku dia tak sempat lalu bawah pedang sebab suami dia lagi tiga bulan baru naik pangkat.

Dah naik pangkat baru lalu bawah pedang. Aku abaikan je, lagipun aku tak faham apa kriteria yang membolehkan askar lalu bawah pedang semua tu. Aku angguk tanda faham.

Itu kali terakhir aku jumpa dia, dan lepas tu aku cuma follow dia dari jauh je. Aku sedih, sahabat aku sendiri jadi tak matang sampai macam tu sekali.

Disebabkan dia kaki update, aku tau semua perkembangan dia tanpa perlu tanya apa-apa. Aku tau dia duduk mana, dia dah mengandung, dia gugur, sampaikan dia gaduh dengan jiran satu kuarters pun aku tau.

Kalau kau baca luahan aku ni Wani, aku nak kau tau yang aku sayang sangat dekat kau. Masa kau kahwin pun, aku teringin nak ada dekat sebelah kau tapi ketidakmatangan dan perangai kau yang tiba-tiba berubah tu buat aku tawar hati.

Aku doakan selepas berkahwin dan bila dah jadi ibu nanti, kau lebih bijak dalam hidup.

– Amani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *