Aku dah menganggur selama 5 bulan. Sebelum ni aku bekerja sebagai pensyarah kontrak. Bila kontrak tamat, universiti tak nak sambung atas alasan tak ada bajet. Jadi, mulalah hidup aku sebagai penganggur.
Memandangkan aku tak kerja lagi, anak bongsu (2y) aku jaga sendiri dekat rumah. Setiap hari aku akan hantar anak-anak ke sekolah, ke tadika, dan balik ke rumah untuk buat kerja-kerja rumah. Begitulah rutin aku setiap hari.
Mungkin bagi orang lain, ini kehidupan yang mereka impikan, tapi bukan untuk aku. Setiap hari, aku akan semak emel untuk panggilan temuduga, tapi hampa..
Hari-hari aku akan cari iklan kerja kosong jawatan pensyarah. Hidup aku sangat tak tenang.
Hidup aku selama ini, belajar tak berhenti dan terus bekerja. Tak pernah berhenti. Jadi bila aku kena jadi suri rumah sekarang, aku rasa hidup aku tak ada hala tuju.
Aku tak nak ketinggalan dengan penyelidikan terkini, jadi aku curi masa untuk baca artikel jurnal. Tapi, nak habiskan baca satu artikel pun susah, sebab si bongsu sangat suka nak berkepit dengan aku. Tak boleh berenggang, kecuali waktu tidur.
Bila aku cuba untuk baca artikel waktu malam, aku dah penat dengan kerja rumah, jadi dah tak ada tenaga nak baca.
Kawan-kawan aku, semua dah jadi pensyarah tetap, dapat buat penyelidikan ber ratus-ratus ribu, tapi aku masih cari peluang untuk jadi pensyarah balik.
Usia aku pun hampir 40 tahun, lagi rendah peluang aku untuk diterima sebagai pensyarah.
Aku stress, sampai tahap aku menyesal berkahwin.
Kalau aku tak kahwin, aku boleh mohon kerja pensyarah luar negara. Tapi sekarang aku berkeluarga, jadi lebih banyak cabaran untuk bawa keluarga ke luar negara.
Jadi, aku mohon tips daripada semua. Macam mana aku nak redha dengan takdir hidup aku sekarang?
Aku dah tak nampak dah masa depan aku sebagai pensyarah. Aku rasa aku akan jadi suri rumah selamanya. Tolong aku.
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Siti, ko dah berkahwin pon boleh lah nak apply sbg pensyarah luar negara tu.Kenapalah ko guna ayat menyesal tu, ko dah beranak ramai dah pon.
Ko tak kerja pon ada cabaran.Hidup ni mmg semua mencabar.Cuma cara ko nak hadap cabaran tu la.Takkan semuanya nak easy peasy.
Aku ade kawan yg da bertahun cari kerja sbg pensyarah, tak dpt.Tapi Allah bagi rezeki dia berkerja sbg penyelidik kt satu sykt yg kaji angkasa.
Aku ada kawan juga tak dpt kerja kt sini, tp rezeki dia dpt jd RA kt UK.
ko kena ubah mindset.Dapat tak dapat kerja sbg pensyarah tu semua rezeki.Tengok apa yang ko tgh lalui sekarang ni dr kaca mata yang berbeza ok.
Nk redha, kna redha la.. mmg senang nk ckp, tp itulah ketentuan dari-Nya.. walau bagaimna pon kita pon xtahu apa yg akn terjadi seterusnya.. klaw betul masih nk bekerja, nk jd pensyarah, usaha lah ke arah itu, insha Allah akn dipermudahkan, tp jgn lupa berdoa, sbb Dia shj yg dpt menentukn akhirnya, kita makhluk cuma boleh berusaha & berdoa.. dan jgn sesekali ‘mnyesal’ dgn apa yg telah berlaku.. cthnya : mnyesal berkahwin dlu, abis tu, yg slepasnya, mnyesal beranak pulak..? Skali lgi, redha dgn ketentuan dari-Nya.. sbenarnya Allah lebih ‘tahu’ tentang diri kita, lebih dari kita sendiri.., apa yg ditaqdirkan sbenarnya adalah yg ‘terbaik’ utk kita, walaupun kita tidak mnyukainya.. klau dah x bole nk baca ‘jurnal’ dan artikel ilmiah tu, cba baca or dengar ilmu “tauhid” & “tasawuf” plak.., mngkin hati akan jd lebih tenang & redha.. wallahu a’lam..
Assalammualaikum Puan,
Saya cuba memahami isi hati Puan tapi ada beberapa perkara yang saya kurang setuju dengan Puan terutamanya menyesali kehidupan yang Puan ada sekarang. Bagi saya kehidupan Puan adalah kehidupan yang baik..mempunyai suami dan anak² yang sedang membesar..tidak kah Puan rasa itu adalah nikmat dan rahmat dari Allah? Saya faham jika Puan adalah seorang workaholic atau seseorang yang telah biasa bekerja. Saya juga pernah berada dikasut Puan, bekerjaya dan menjadi suri rumah, yang kedua²nya mempunyai pros & cons.
Jika Puan mahu memupuk keredhaan, setiap hari sebelum tidur Puan pandanglah wajah anak² Puan, Puan fikir semula moment semasa Puan menjadi Pensyarah, adakah Puan mempunyai masa melihat mereka membesar? Adakah Puan selalu menyediakan keperluan mereka seperti makan, pakai dan sebagainya? Adakah Puan memberi perhatian kepada mereka dari segi emosi? Adakah Puan sempat mengikuti perkembangan dan pelajaran anak²? Jika semua itu Puan berjaya melakukannya, Puan adalah ibu yang baik. Untuk suami pula lebih kurang juga, sebagai isteri keperluan dan perhatian untuk suami juga perlu diberi. Dan untuk diri Puan sendiri pun Puan boleh semak dan perbaiki. Mungkin sebelum ini Puan sering melewatkan solat akibat kekangan waktu, mungkin Puan tidak sempat untuk membaca Quran, mungkin Puan kurang berpeluang untuk menunaikan solat² sunat, mungkin Puan tidak berpeluang untuk mempunyai hobi tetapi apabila Puan menjadi suri rumah, curilah masa untuk memperbaiki kekurangan itu..pandang dari sudut positif, insyaAllah Puan akan lebih tenang. Percaya pada ketentuan Allah kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk Puan. Tidak bermakna Puan tidak bekerjaya, dunia dan masa depan Puan semakin gelap dan tiada hala tuju. Just go with the flow Puan..appreciate for what you have today..banyakkan bersyukur atas nikmat² yang Allah beri, kurangkan merungut, insyaAllah everything will be fine. Saya doakan semoga rezeki Puan bertambah dan dipermudahkan urusan
Assalamualaikum sis, sedikit sebanyak saya faham keadaan sis walaupun saya lebih muda. Tapi saya juga mcm sis dahulu, selalu ada aim sendiri, belajar dan buat kajian. Maksudnya setiap hari ada hala tuju tapi bila tiba2 menjadi surirumah, rasa sperti hilang identiti. Saya melalui beberapa fasa sebelum saya dapat hadam sepenuhnya bahawa ini adalah rezeki saya yang terbaik buat masa ini. Dan bila saya ubah pemikiran saya dan shift pandangan saya ke arah lebih positif, suddenly hati saya lebih ringan dan hari2 saya lebih enjoyable walaupun sebagai surirumah. Ingat sis, surirumah pun mempunyai peranan yang sangat besar walaupun selama ini sebenarnya dipandang rendah. Bersyukurlah sis diberikan masa untuk melihat anak sis membesar.
Sekian dari saya, si surirumah.