Kisah 3 Sepupu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. First sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada admin sekiranya confession ni disiarkan. Sebelum tu izinkan saya untuk menukar kata ganti diri aku.

Aku berusia 22 tahun dan sedang menjalani praktikal di ibu pejabat salah sebuah hotel di Malaysia. Kawan2 dan kaum kerabat memanggil aku Ikin. Kisah yang nak aku ceritakan mungkin kisah biasa biasa saja dan semestinya kisah ni kenangan yang aku sentiasa akan ingat lagi lagi lah dalam waktu terdekat ni. Kisah 3 sepupu aku. Ok straight the point…

Kisah 1

Dia dilahirkan selepas 5 bulan aku dilahirkan (kalau ikut bulan lah, kalau ikut tahun dia lahir setahun muda dengan aku). Hubungan kami memang rapat lebih rapat dari adik beradik. Kami ibarat belangkas dan kembar. Apa yang dia pakai aku pun kena pakai. Banyak jugak kami tangkap gambar bersama sama buat kenangan. Tapi ada satu ciri fizikal yang ‘lain’ dari budak perempuan yang lain.

Ye la, budak perempuan yang lain ada rambut yang panjang tapi beza dengan dia sebab dia botak. Jadi kalau aku balik kampung nak cari dia memang senang sebab dia je satu satunya budak perempuan yang botak. Dia jugak selalu pakai cermin mata hitam. Jadi aku pun akan pakai cermin mata hitam kononnya nampak lagi bergaya. Tapi dia pakai cermin mata bukan untuk bergaya tapi lebih untuk tutup sesuatu. Sesuatu yang aku tak tahu.

Buat pengetahuan semua, aku ni memang lambat pandai cakap. Jadinya sepupu aku ni yang bernama Mira kerap kali cakap kat aku “ikin kau ni cepatlah pandai cakap” (ni apa yang mak aku cerita kat aku) . Rupanya pernah jugak aku tolak badan Mira sampai terhantuk kepala Mira kt dinding rumah arwah nenek aku sebab aku nak main lori mainan dia tapi dia pun nak main jugak [maafkan kita Mira :'(] . Dulu aku sangat suka kalau kitorang main kat rumah parents dia yang bersebelahan je dengan rumah arwah nenek yang lama. Mira ni anak bongsu dari 4 adik beradik dan mempunyai 2 abang. Jadi kami berdua pernah jugak main lori mainan dengan salah satu abangnya.

Sebenarnya tak banyak yang aku ingat tentang Mira ni sebab semua yang terjadi waktu aku bawah 5 tahun. Tahun 1999, Mira pergi menghadap Ilahi. Lepas arwah pergi keluarganya pernah bawa ke aku kubur tapi aku tak tau tu kubur siapa. Tiap kali aku balik kampung aku akan cari Mira tapi Mira tak muncul muncul. Lama lama baru aku faham Mira dah takda. Mira da seronok bermain taman kat sana.

Oh ya, Mira meninggal disebabkan barah mata, barah otak dan leukimia. [Aku tau pun sebab waktu aku lepas UPSR dulu aku pernah ‘cilok’ folio sejarah keluarga abang arwah, so dari situ aku tau sebab arwah meninggal]. Dari sini korang dah boleh agak kan kenapa arwah botak dan sentiasa pakai cermin mata hitam.

Kisah 2

Sepupu aku yang kedua ni seorang yang peramah, periuh suasana. Umur sepupu aku dan aku jauh bezanya dan umur sepupu aku yang kedua ni muda setahun dengan mak aku. Sepupu aku yang kedua ni kebanyakan sepupu kitorang ni panggil dia Kak Yang [Aku ingat nama penuh dia Sayang hehe…]. Waktu kecik2 bawah 5 tahun kak yang ni suka sangat manjakan aku. Kak Yang jugak antara sepupu aku yang suka bawak aku ke hulu ke hilir. Mak aku kata aku ni budak yang senang dijaga sebab tak reti buat onar tu sebab kakak dan abang sepupu aku suka bawak ke hulu ke hilir termasuk kak Yang.

Kak Yang ni suka belikan aku makanan lah, barang hiasan lah macam macam lah. Kak Yang jugak sepupu yang jaga aku waktu mak aku dimasukkan hospital sebab nak menggugurkan adikku yang meninggal dalam perut mak aku. Dialah tukang mandikan aku tukang bobokkan aku. Bila aku da masuk sekolah, bila kitorang jumpa boleh katakan dia kerap ‘buli’ aku lah. Buli manja manja gitu. Bila aku lulus kena buli dapat la upah seringgit. Kak Yang jugak orang pertama yang ajar aku tangkap gambar guna kamera handphone.

Kalau ada kenduri kendara kat kampung ataupun kat mana mana selalunya kak Yang lah jadi teman aku sebab mak aku selalunya tak dapat ikut sebab nak jaga adik aku yang oku autisme. Antara kenangan manis kak Yang pernah tidur di rumah parents aku untuk sambut hari raya haji sama sama. Waktu tu kak Yang bawak pau. Aku ni dah lah tak tau pau tu apa, tapi bila mak aku dah rebus aku pun makan lah pau tu, nikamtnya lah makan pau tu. Terima kasih kak Yang sebab ajar ikin makan pau. Ingat pau ingat kak Yang.

Kak Yang memang sporting orangnya. Dah la rela dengar aku membebel dengan muka excitednya. Jumpa kak Yang tak ingat dah tv. Ada je aktiviti luar biasa yang dia ajak buat atau suruh buat. Kitorg jugak akan janji tengok tv sama2 sampai tengah malam waktu kat kampung. Tapi kehadiran kak Yang dalam hidup aku tak lama, hanya 11 tahun aku bersamanya. Dia meninggal dalam tahun kedukaan aku iaitu tahun 2007. Tak sempat aku jumpa dia tahun 2007 sebab aku sibuk UPSR dan aku sakit waktu awal tahun tu. Aku rasa terkilan sikit sebab waktu last jumpa aku tak boleh create some memories dengan arwah.

Waktu second last jumpa pun, aku marah marah dia sebab dia sibuk nak main belon air aku. Tapi kalau aku tahu itulah moment2 terakhir dia bersama aku kan aku takkan marah punya…. lepas arwah pergi raya aku betul2 sunyi. Rumah arwah nenek pun sunyi. Dah takda dah orang yang meriuhkan suasana. Dak takda dah orang yang gelak macam tak ingat. Aku memang terlalu rindukan arwah terutamanya waktu raya. Pernah jugak aku mimpikan arwah. Dalam mimpi tu aku peluk arwah macam tak nak lepas. Tapi sepanjang arwah hidup tak pernah aku peluk dia macam tu. Ikin sayang dan rindukan kak Yang :'(

Kisah 3

Sepupu aku yang ketiga ni aku tak rapat sangat. Aku mula perasan kewujudan sepupu aku yang ketiga ni selepas Mira dah takda. Kadang2 aku selalu jugak banding2 kan Mira dengan sepupu aku yang ni. Pernah jugak aku anggap sepupu aku yang ketiga ni pengganti Mira. Nama mereka pun tak jauh beza. Sepupu aku yang ni bernama Azira ataupun orang lain panggil adik sebab dia anak bongsu dalam adik beradiknya dan juga sepupu kedua termuda dalam sepupu kami sebelum adik aku (adik aku sepupu bongsu).

Azira ni muda 2 tahun dengan aku. Waktu aku bawah 6 tahun aku memang agak rapat denga dia. Main kejar2 dalam rumah arwah nenek. Jadi dengan dia jugak la aku mula nakal hehe.. sampai mak dia marah2 sebab lari dalam rumah papan arwah nenek aku. Bila dah besar sikit tiap kali jumpa ada je benda yang nak digaduhkan. Biasalah budak2. Dia pulak rapat dengan anak sepupu kami yang umurnya muda 4 tahun aku. Maka, diorg jadillah geng bersama. Azira n Shahiera. Ada Azira ada la Shahiera. Ada Shahiera ada la Azira. Maka aku pun berhuhu la sorang2 haha.

Jadi peneman setia aku yelah kak Yang hehe. Benda yang aku tak boleh lupakan, diorang ni pau makanan aku waktu aku tengah syok bukak puasa sebab diorg tak puasa. Aku pun terpaksa bagi sebab aku nak main kasut roda Shahiera. Bila aku mintak tambah nasi kat dapur, orang kat dapur kata nasi dah habis… cis! [Fyi, esoknya raya so yang kt dapur tu diorang nak masak ketupat] jadinya aku makan pun sikit lah petang tu. Pernah jugak kitorang kongsi cerita macam mana kitorang terkejut dapat berita Kak Yang dah takda. Base ceritanya sama, “waktu tu aku baru balik sekolah….” .

Tapi sejak 10 tahun kebelakangan ni kitorang dah tak rapat sebab masing masing dah sibuk. Aku sibuk dengan urusan aku. Dia sibuk dengan urusan dia. Jarang aku dapat dengar khabar berita dia. Waktu raya pun kami tak sempat bersembang sebab family aku hanya balik kampung sehari je. Baru ni aku dikejutkan dengan berita yang dia sakit. Aku tak boleh bayangkan macam mana teruknya dia hadap sakit tu. Semalam mak aku hantar whatsapp yang dia dah nazak dan tak lama lepas tu ayah aku telefon bagitau aku yang dia dah tak ada. Sorang lagi sepupu aku pergi. Hilang fokus aku untuk buat kerja di office. Berlinang jugak airmata aku.

Teringat moment2 waktu kami main sama2 waktu hanya aku dan dia. Terbayang bayang muka dia. Sampai aku cuba cari facebook dan ig dia, tapi langsung tak ada gambarnya untuk aku tengok. (Memang gila) Kadang2 aku rasa dia perhatikan aku. Aku sempat jumpa dia last waktu hari raya haritu itupun aku tak sempat mintak maaf sebab aku rushing dan aku tak tau dia sakit waktu tu. Kalau lah aku boleh undur masa, aku nak sangat mintak maaf pada dia. Aku tak sangka pengakhiran hidupnya macam ni. Aku tak ready lagi sebenarnya nak gelarkan arwah azira.

Point aku kat sini, hargailah orang sekeliling korang semasa mereka ada. Maaf kerana confessions ni panjang dan membosankan korang. Kepada sepupu dan anak sepupu aku, korang mesti tahu siapa yang tulis ni. Maaf andai terguris perasaan korang seandainya arwah keluarga terdekat korang. Bukan nak mengaibkan, tapi aku cuma nak menceritakan kenanganku dengan mereka. Akhir kata, terima kasih kepada readers yang setia membaca confessions ni.

– Ikin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit