Kisah Aku

Seperti biasa aku akan ke sekolah setiap hari tanpa ada perasaan gembira atau teruja untuk bertemu rakan. Saat perhimpunan pagi akulah orang paling belakang dari Form 1 sampai Form 5. Tiada seorang pun perasan aku.

Habis perhimpunan akua kan naik ke tingkat 3 dimana kelas aku ditempatkan. Masuk ke kelas tiada siapa yang memanggil aku untuk berborak bersama seperti yg lain. Aku duduk di tempat belajarku menunggu guru mata pelajaran sampai.

Waktu belajar aku banyak kali ditertawakan kerana nama aku. Nama aku sama seperti seorang artis yg banyak kontroversi. Kadang mereka mentertawakan aku kerana aku seorang yang pendiam tidak banyak cakap. Apa salah aku? Adakah aku robot yang kelakar untuk selalu ditertawakan? Walaupun aku mengukir senyuman setiap kali mereka mentertawakan aku tapi sebenarnya aku ingin menjerit supaya mereka berhenti ketawa.

Kawan rapat aku ada seorang dalam kelas yang sama dengan aku tapi dia jauh dari tempat duduk aku tambahan lagi kawan rapatnya berada di sebelahnya. Aku? Aku hanya memerhati dari jauh kegembiraan mereka.

Aku memerlukan seseorang yang aku boleh kongsi cerita tapi aku tiada siapa. Aku ingin ceritakan kepadanya betapa peritnya hari yg aku lalui. Tiada siapa yg peduli. Bayangkanlah betapa sedihnya aku bila cikgu sekolah aku tidak dapat mengecam aku walaupun aku menuntut di sekolah itu dari aku tingkatan satu lagi.

Aku ada seorang kawan yg berlainan kelas tapi dia tidak tahu kisah hidup aku seperti mana kawan sekelas yg aku mention tadi. Nama diqa Dee (bukan nama sebenar). Dee pun pendiam juga orangnya. Dee tidak pernah bercakap dengan orang lain selain aku. Kami selalu dapat berborak masa rehat sahaja.

“Tak apa lah kalau kita dua orang ni tak ada kawan yg penting kau ada aku. Aku tak nak kawan aku rasa sunyi jadi kalau kau ada apa apa nak cerita aku boleh dengar.”

Begitulah dialog aku dengan Dee. Aku tak nak orang yg aku sayang rasa apa yang aku rasa. Jadi aku selalu tanya Dee kalau dia ada apa² yg mengganggu fikiranya tapi dia tidak pernah buka mulut tentang kehidupannya sama seperti aku.

Pernah aku dituduh oleh pelajar lelaki sekolah aku bahawa aku ini adalah seorang yg suka kaum sejenis disebakan sentiasa bersama Dee. Salah ke aku nak buat hidup rakan aku terisi tanpa menyendiri seperti apa yg aku lalui?

PERISTIWA PERTAMA

Aku banyak pengalaman buruk sejak dari kecil lagi. Saat aku berusia 9 tahun kami satu kelas bergambar untuk gambar kelas. Bila gambar siap dicuci cikgu mengedarkanya. Aku juga dapat waktu itu. Kami beramai ramai berkumpul di satu meja. Tiba tiba..

“Kat sini semuanya ok tapi dia seorang je yg lain. Dah la hitam.” kata pelajar lelaki itu sambil menunding kearah wajah aku di gambar itu.

Ya, memang waktu itu aku masih kecil tapi aku manusia yang dilahirkan dengan hati dan perasaan.

PERISTIWA KEDUA

Aku sedang bermain di hadapan rumah aku bersama jiran yg lain sewaktu berumur sekitar 9 tahun. Ada seorang budak lelaki yg umurnya muda dari aku setahun tapi kata katanya cukup menyakitkan hati aku.

“Gelapnya muka”

Aku terus berlari masuk ke dalam rumah.

PERISTIWA KETIGA( FINAL)

Aku pulang ke kampung setelah lama tidak pulang. Aku ada seorang sepupu yg sebaya. Di petang hari dia mengajak ku untuk ke kedai bapanya iaitu pak cik aku. Kami menaiki basikal aku memboncengnya. Tiba tiba kami dikejar dua penunggang motorsikal. Kami disuruh berhenti di tepi jalan.

“Siapa yg kau bawa ni” soal budak lelaki yg agak tua dari aku.

“Ni sepupu aku lah” ujar sepupuku.

“Buruk lah muka dia.” mereka terus pergi menunggang motorsikal.

Saat itu aku buat muka selamba kerana aku dah biasa walaupun aku macam nak menangis.

Kadang aku salahkan diri aku kerana terlahir dengan rupa sebegini. Tetapi salahkah aku untuk bernafas dengan rupa sebegini. Mungkin juga inilah sebabnya aku tidak dipedulikan di sekolah. Mereka hanya perlukan aku bila perlu sahaja.

“Kau dah buat yg terbaik”

“Kau ok tak?”

“Aku akan sentiasa dengar apa yg kau nak cakap”

Kata² yg aku nak sangat dengar . Minta maaf kalau luahan aku panjang. Akhir kata, tolong jangan biar orang macam kami keseorangan. Sekurang kurangnya bagi kata² semangat.

– No Name

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *