Kisah Aku Bertemu Syaitan

Aku ingin bercerita kisah benar aku dapat mendengar suara syaitan dan melihat susuk tubuh syaitan. Aku disahkan menghidap penyakit skizofernia sewaktu berumur 25 tahun. Sekarang masih dalam rawatan ubat hospital. Alhamdulillah suara syaitan yg aku dengar berkurang sejak makan ubat hospital.

Aku cuma nak bercerita pengalaman pasal hijab yg telah terbuka ini. Aku teringin nak jumpa malaikat juga..haha tapi malaikat tak wujud dlm alam ghaib yg aku jumpa ni..pelek kan. Apa yg berlaku pada aku ni meningkatkan sedikit sebanyak keimanan aku pada Allah.

Syaitan ni jumlahnya ramai. Ramai sangat pengikutnya. Sebelum aku makan ubat aku boleh dengar dalam 10 suara yg berkata-kata dengan aku. Yang bersorak-sorak kat background belakang memang ramai. Mereka bersorak ramai-ramai bila mereka dapat menyakiti tubuh badanku.

Adalah kaum-kaum syaitan ni terkejut beruk bila aku dapat berkata-kata dengan mereka. Mereka pun datang beramai-ramai untuk menyaksikan hal ini. Suara tu memang kagum sebab aku dapat berkata-kata dengan mereka. Mereka terkejut.

Masa mula-mula aku berkata-kata dgn mereka aku tak tahu mereka ni siapa. Rupanya mereka ni syaitan. Mula2 mereka cakap baik-baik dgn aku. Lepas tu keluarlah hinaan mereka pada aku macam babi dan binatang. Mereka pun kutuk-kutuk kelemahan aku berselang seli dengan pujian kpd aku.

Syaitan ni satu kaumlah yg aku sifatkan yg jauh drpd jalan Allah. Mereka berusaha tanpa putus asa untuk menyesatkan manusia drpd melakukan kebaikan. Aku dengar mereka memang tak putus asa suruh aku jangan solat, sakitkan tubuh badan aku bila aku bersolat. Bila aku mengaji mereka menangis.

Syaitan ni cemburu dengan manusia yg cantik dan banyak kelebihan seperti kaya, pandai dan lebih-lebih lagi yg mereka paling benci dengan manusia yg soleh dan beriman kepada Allah. Kalau manusia tu beramal soleh dan ada banyak kelebihan maka semakin kuatlah cemburu mereka. Mereka patah hati sebab Tuhan tak menjadikan mereka secantik manusia. Syaitan selalu main kening aku.

Aku tak pasti tempat yg spesifik yg syaitan ni duduk macam kawasan hutan atau bilik air ke ape tapi yang aku pasti syaitan ni duduk skali dgn manusia. Dia sentiasa duduk sebelah manusia. Mereka ade di mana-mana jadi tak perlu rasa takut dgn mereka cuma mereka di dalam alam lain.

Syaitan ni musuh yg nyata bagi manusia seperti yg dijelaskan oleh Allah dlm Al-Quran. Mereka hidup penuh dengan semangat tak pernah berhenti berkata-kata dgn aku. Tak pernah putus asa menyakiti hati aku sampai aku rasa down.

Aku pernah melihat susuk tubuh syaitan. Badan mereka berbulu macam beruk sama tinggi dgn manusia. Aku tak nampak pulak ada tanduk. Aku dapat lihat 2 kali je masa aku betul-betul sakit dulu. Syaitan ni boleh membaca isi hati manusia. Mereka akan memegang belakang badan aku untuk membaca isi hati.

Syaitan tak pernah lemah menyesatkan manusia. Mereka akan berkata akulah lebih tinggi kemuliannya drpd engkau. Mereka akan berkata-kata dgn kata-kata keji dan hinaan. Mereka tak pernah lemah. Mereka cuma akan takut dengan orang yg tak tinggal solat 5 waktu.

Mereka takkan sekali-kali mengaku kalah dgn manusia. Syaitan telah berjanji dgn Allah di dalam Al-Quran bahawa akan sesatkan seluruh kaum Adam.

Aku nak baik drpd penyakit ni tapi payah. Aku cuma nak pesan pada setiap insan di luar sana supaya berhati-hatilah dgn helah syaitan. Mereka ingin kalau boleh membawa seluruh umat manusia ke neraka Allah.

Syaitan akan bersorak ramai-ramai dlm kegembiraan bila dapat menyakiti tubuh badan aku dan bila aku buat dosa. Dan bila aku mendirikan solat dan baca Quran mereka secara berjemaah juga menangis teresak-esak.

Berusahalah ke syurga Allah. Moga berjaya.

– Aku hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit