Kisah Aku dan Ab4h

Terima kasih admin kalau sudi siarkan.

Aku tak pandai mengatur kata. Tapi aku cuba sebaik mungkin ya supaya cerita aku sampai dan bolehlaa korang nilai untuk bantu macam mana. For the record, i am already above 40. Perempuan.

Aku bagi pengakhir cerita dulu.

Abah sekarang ni sensitif sangat dengan aku. Apa yang aku cakap ada aje cara dia nak sindir aku nak menggambarkan macam aku ni tak ambil berat dengan dia.

Perkara ni buatkan aku lebih rasa sukar nak tanya kabar sebab sakit kena sindir depan orang. Tapi aku tetap cuba tahan. Sebab dia abah.

Perkara ni bukan aku je perasan. Adik beradik pun mengakui hal yang sama. When it comes to me, abah memang sensitif.

Ok sekarang aku bagi pulak awalan cerita bercampur detail.

Abah orangnya baran. Cepat marah. Dan egonya tinggi.

Di antara anak2 abah, memang aku yang paling tak rapat dengan abah, mungkin sifat aku sendiri yang lembab dan clumsy menyebabkan abah selalu hilang sabar dan marah.

Aku cuma ingat moment indah dengan abah bila abah selalu bawak kitorang jalan2, but that because i am part of the family, takkan kena tinggal pulak haha.

Tapi aku tak ada moment private dengan abah, be it meaningful conversation atau just leisure spend time together. Tak ada.

Dalam ingatan aku cuma ada kata2 yang downgrading dan marah2. Kena marah depan public dekat college pun pernah. Loser betul aku rasa masa tu. Tapi aku tahan. Sebab dia abah.

Fast forward, aku dah kawen, pun baran abah tak hilang. Kadang sampai ke anak aku pun kena tempias, aku kena baling barang ke muka, depan semua orang, depan anak2 pun pernah.

Mungkin tak sengaja, tapi kata maaf? Tak ada, dibuat macam tak ada apa. Aku tahan je rasa malu dan sabar. Sebab dia abah.

Suami aku pernah cuba nak ajak aku borak pasal abah. Mungkin ada yang tak kena pada mata dia. Tapi aku tak boleh, banyak memori duka dan aku tak nak sembang2 kami jadi kutukan pada abah pulak.

Jadi aku defend abah dan minta suami jangan lagi timbulkan soal abah. Sebab dia abah.

Actually dengan mama pun sama. Tapi keadaan berubah bila aku dah masuk menengah atas, dan mama mula baik dengan aku. Jadi benda tu secara tidak langsung, ajar aku untuk selesa dengan mama.

Beza dengan abah, lepas dah pencen, dia cuba untuk dapatkan perhatian aku bila aku dah rasa terlalu awkward untuk berdua dengan dia walaupun hanya dalam kereta.

Aku akan stress dan on my toes every second risau kalau tersalah laku, tersalah cakap dan apa yang perlu diutarakan.

Dahlaa aku memang jenis introvert dan tak pandai berkomunikasi. I have the potential of saying things that make ppl feel awkward. Bukan dengan niat.

Aku sayang abah. I do care about him. Tapi aku rasa tak selesa untuk tunjukkan dan beri perhatian sebagaimana yang dibuat oleh adik beradik aku yang lain. Apa2 hal tentang abah, semua aku communicate melalui mama.

All these while, aku rasa this is good enough. Aku tak biadap, aku tak pernah bercakap kasar dengan abah. Apatah lagi nak cakap benda yang bukan2 atau saja2 nak sakitkan hati abah.

Setiap permintaan abah aku akan tunaikan, cuma dia kena mintaklah.

Kalau nak harapkan aku pandai2 sendiri, jujur aku cakap aku tak pandai sebab aku takut tersalah pandai. Sakit kena sindir dan menahan malu dengan adik beradik, ipar duai, anak2 saudara semua.

Jadi aku pilih untuk bercakap hanya bila perlu.

Soalan, should i get help? Kalau boleh, aku nak biar je macam ni. Tak cukup ke sekadar aku masih menyantuni abah?

Perlu ke aku go extra mile dan beri perhatian sepertimana yang dia mahu? Masa yang sama kena hadap semua sindiran? Tapi aku risau jugak kalau boleh jatuh derhaka. Macam mana ye?

Perkara ni walaupun adik beradik tahu abah sensitif dengan aku, tapi diorang tak paham kenapa aku sukar nak mesra dengan abah. They will never understand. Or refuse to.

– Tetap Sayang Abah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *