Untuk kisah part i: https://iiumc.com/kisah-aku-dan-arwah-bidadariku/
Assalamualaikum wbt para pembaca dan admin IIUMC.
Alhamdulillah ramai yang suka dengan penulisan abang. Abg risau juga sebab sekadar kongsi cerita cinta org pencen. Yalah mana nak sesuai dengan citarasa orang muda sekarang. Tapi alhamdulillah anak2 semua suka baca luahan hati abang.
Abang memang suka menulis. Kalau abang rindukan arwah isteri abang, Ramlah, abang akan tulis puisi didalam diari. Nanti bila abang sudah takde, itulah menjadi moment cinta ayah dan ibu untuk anak2 kami baca.
Abang manusia biasa, belajar dari pengalaman. Mungkin boleh menambah saham pahala kalau dapat menjadi inspirasi anak2 muda sekarang. Oleh itu abang buat sambungan cerita abang sikit.
Seperti mana dari part 1, abang katakan family abang tidak berapa restui hubungan abang dan arwah isteri dengan beralasan bakal isteri bukan senegeri.
Waktu mula2 kahwin, mmg Ramlah tidak dilayan sgt oleh keluarga abang. Tapi sebagai suami kita kena pandai main peranan. Kelemahan kami bukan setakat lain negeri, tapi juga tiada duit banyak boleh jadi “ pajakan” untuk mendapat kasih sayang. Yang mana faham tu fahamlah dengan situasi kami hadapi masa tu.
Abang tidak berdiam diri. Abang nasihatkan adik beradik abang supaya sedar, jangan buat dosa dengan melayan buruk isteri abang yang seorang anak yatim piatu.
Abang juga duduk bercakap dengan arwah mak abang, abang terangkan kepadanya, abang sayangkan mak dan juga sekarang abang ada tanggungjawab untuk menjaga dan membimbing Ramlah. Dengan slow2 mereka dapat menerima Ramlah didalam keluarga.
Ramlah isteri abang sedar yang dia tidak boleh berikan duit. Oleh itu dia berikan seluruh tenaganya dalam membantu keluarga abang.
Untuk yang berada dalam masalah ini, suamilah yang perlu ambil peranan. Menjadi perlindung isteri dan anak2. Jangan buat diam bila orang hina bidadari kita. Dalam masa yang sama, tunjukkan budi pekerti yang baik dan elak terlalu beremosi.
Kalau Ramlah terlalu stress, abang tak akan bawa dia balik ke kampung abang. Macam2 alasan abang bagi, abang kena bekerja luarlah, masuk hospital, macam2 lagi supaya Ramlah tidak berasa stress.
Alhamdulillah setelah 2 tahun berkahwin, barulah family abang menerima Ramlah sepenuhnya. Menjadi menantu kesayangan mak, haha.
Arwah mak siap wasiatkan rantai lehernya diberikan kepada Ramlah setelah dia meninggal dunia.
Kami teruskan hidup seperti biasa. Anak2 diajar berdikari dan tolong ibu mereka dirumah. Anak sulung abang, faizal cukup pandai buat kerja rumah.
Sehinggalah sekarang menantu abang mendapat benefit tersebut. Sebab mungkin dia melihat bagaimana ayahnya menolong ibunya membuat kerja rumah.
Waktu berniaga nasi lemak, Faizal akan bangun pagi2 untuk kukur nyior. Sebelum kesekolah dia akan pastikan adik2 nya bersiap. Faizal memang anak yang dianugerahkan kepada kami menjadi abang sulung yang boleh menjaga adik2nya.
Sebab itulah hubungan adik beradik ni kena mulakan dari kecil. Abang memang terapkan hubungan kekeluargaan sejak mereka lahir.
Supaya saling sayang menyayangi, saling melindungi dan tolong menolong. Buat anak2 sekalian, ajarlah anak2 kalian supaya rapat antara satu sama lain.
Ramlah isteri abang start sakit selepas Faizal dan Fatihah (anak kembar) habis sekolah. Waktu itu kami sudah mempunyai kedai makan.
Faizal tidak ke universiti kerana ingin uruskan bisnes keluarga. Dan Fatihah meneruskan pengajian untuk menjadi jururawat. Niatnya hanya satu, menjadi jururawat ni dpt menjaga ibu mereka dan pada masa yg sama, dapat access perubatan dengan mudah.
Adik2 mereka, Fauziah dan Fitriah masih bersekolah. Abang mengambil tugas menjaga mereka disaat isteri abang berjuang melawan kanser.
Disaat ini, memang perkahwinan diuji dengan berat. Pasangan kita dalam keadaan sakit, lemah, depresi dan juga terasa menjadi beban kepada kita.
Tapi, itulah investment akhirat kita sebgai seorang suami. Ramlah pernah mengutarakan supaya abang berkahwin lain. Tapi tidak sama sekali abang akan menduakan Ramlah.
Wanita yang berada dengan abang susah senang. Wanita yang sudah mengetahui dan menerima buruk baik abang, hanya Ramlah sahajalah yang boleh berada dihati abang.
Rambut Ramlah semakin gugur, tiada tanda kanser akan berhenti merebak. Alhamdulillah Fatihah dapat menjaga ibunya sendiri dengan ilmu yang dia ada.
Kami banyak berikan sokongan moral kepada Ramlah. Alhamdulillah anak2 kecil abang tidak banyak kerenah. Selalu menghiburkan hati ibu mereka.
Setelah 10 tahun berjuang, akhirnya Ramlah menghembuskan nafasnya terakhir disisi kami semua. Abang waktu itu sempat berbisik kepadanya.. “Ramlah, abang halalkan semuanya, abang redha dan Ramlah telah mendapat kunci isteri solehah, insyaAllah”.
Setelah 5 minit Ramlah isteri abang meninggal dunia dengan tenang.
Alhamdulillah, kami telah penuhi segala hajat Ramlah sewaktu dia hidup. Ingin berada disisi kami saat dia menemui ajal, dan juga dapat menghadiri konvo anak bongsunya, Fitriah.
Alhamdulillah hajatnya untuk melihat salah seorang anaknya menjadi guru tercapai. Fitriah menjadi guru sekolah dan Fauziah menjadi guru agama di salah sebuah Maahad di Kelantan.
Faizal mewarisi bisnes kami. Berkat kerajinannya adik2 nya dapat hidup selesa. Menjadi perlindung adik beradik perempuannya. Itulah yang kami sebagai ibu bapa harapkan. Bukan pangkat, ijazah yg kami ingin lihat, tetapi lebih kepada hubungan rukun adik beradik dan kebahagiaan mereka.
Semoga pengorbanan anak sulung abang ini diberi syurga yang tinggi kepadanya diakhirat kelak.
Itulah kisah keluarga kecil kami. Kami bukanlah org kaya, tapi kami kaya dengan kasih sayang. Ia bermula dari ibu bapa, mendidik anak2 supaya berkasih sayang, ajar mereka mengenai tanggungjawab dan yang paling penting menyayangi ibu mereka dgn sepenuh hati.
Kepada anak2 muda, walaupun dunia sekarang sudah begitu canggih, dan moden, tapi janganlah lupa untuk mendidik anak2 kalian kepentingan menjaga silaturrahim didalam keluarga.
Didiklah mereka supaya tidak bercakap kasar, baik dengan keluarga dan tanggungjawab menjaga keluarga dari ibubapa hinggalah adik beradik dan saudara mara.
Ramlah isteri abang sudah pergi, hanya kenangan menjadi peneman abang sehingga kini. Hargailah isterimu wahai suami. Tanggungjawab kita sebagai suami ini besar, mendidik isteri dan anak2 bukanlah mudah, yang paling penting janganlah curang atau menipu isteri.
InsyaAllah jika kamu ikhlas dan menjadi suami yang baik, anak2 kamu jugak akan menjadi suami/isteri yg baik di masa hadapan kelak. Kita adalah contoh anak2 untuk kehidupan mereka. Sekiranya rasa tidak mampu anak ramai, merancanglah dgn teliti.
jangan lahirkan anak disaat tidak mampu. Anak2 tidak minta dilahirkan didalam hidup kita, tp kitalah yang menjadi penyebab mereka dilahirkan.
jangan jadikan anak2 sebagai bebanan kerana mereka tidak salah apa2. Ambillah tanggungjawab dengan hati yang ikhlas.
Sekiranya kamu sibuk dengan tanggungjawab menjaga keluarga, insyaAllah Allah penuhkan pahala dan kebahagiaan setiap saat. Melihat senyuman isteri itu adalah satu kebahagiaan buat kita.
Semoga semua yang membaca ini dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan.
Assalamualaikum
Hamdan
– Hamdan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit