Kisah Aku dan Asrama

Hai semua, nama aku Farah (ofkos lah bukan nama sebenar) sekarang aku dah berkahwin dan mempunyai dua orang anak lelaki.

Saja nak share confession berkenaan asrama, sebab baru2 ni aku terbaca ada yang post berkenaan macam stress sangat lah duduk asrama ni kan.

Kisah aku dulu, tak ingat start bila, tapi aku memang nak sangat duduk asrama sebab aku rasa aku akan terjaga lah dekat sekolah asrama, akan solat penuh 5 waktu, sebab nak ada orang tegur aku bila aku buat salah.

Memang ayah aku turun naik pejabat Jabatan agama Islam negeri untuk pastikan aku dapat sekolah asrama tu. Macam biasa mesti lah kena guna kabel.

Dan aku pun dapat intake yang paling last lah kot sebab surat tawaran pun takde alamat. Nasib ayah aku turun naik tu jumpa surat tawaran tu.

Okay aku nak cerita part yang kritikal. Aku jadi sangat2 nak masuk asrama bila ayah aku naik hantu,

Bila aku dekat rumah waktu malam masa aku dalam bilik tengah tidur bilik gelap, aku dapat rasa ayah aku masuk dan bukak seluar aku dah raba private part aku.

Aku sedar tapi takde lah nak malukan dia kan, aku buat2 tepis2 macam tak sedar gitu untuk dia stop buat kerja tu dan dia pun keluar.

Walaupun aku dah kunci bilik dia still buat jugak. Setiap malam akan bunyi kunci nak bukak pintu bilik aku, bila aku ada kat rumah.

Aku tak tahu nak cerita kat siapa sebab ayah aku consider macam alim jugak lah pakai kopiah sentiasa, memang solat jemaah kat surau time maghrib/isyak tu jarang lah missed..

So bila dekat asrama aku rasa sangat selamat, dan setiap kali cuti sekolah/ waktu wajib balik rumah tu aku akan neves memanjang, dan aku takdapat tidur dengan lena.

Dan dia masih buat kerja tu sampai aku habis sekolah pun dia still buat lagi aku rasa.

Tapi aku tak tahu nak cerita kat siapa, tak kan nak report polis, tak kan bapak aku nk kena masuk lokap pulak kan, kesian mak aku.

Tak pernah lah cerita kat mak aku, takut mak aku tak percaya laki dia perangai gitu dekat anak perempuan dia kan.

Nanti gaduh pulak susah lah kan. Aku memang buntu giler, dan seboleh2 aku tak nak duduk rumah, memang duduk asrama sampai habis tingkatan 5, masuk matrik jauh dari rumah sekali ke dua kali je balik,

Then masuk univerisiti walaupun dekat aku memang apply kolej tiap-tiap supaya aku tak duduk rumah, balik pun jarang, akan balik kejap2 je dia rasa macam trauma tau.

Alhamdulillah Jodoh aku sampai awal, aku rasa sangat2 selamat lepas dah tunang then kahwin,

Walaupun awal perkahwinan aku masih menumpang rumah parent aku, ayah aku dah takde kacau aku lagi, dan sekarang aku dah duduk rumah sendiri.

Semoga ayah aku bertaubat dan tak buat lagi ke sesiapa yang lain pulak.

Dalam adik beradik aku sorang perempuan, sekarang aku jadi takut sebenarnya nak ada anak perempuan, dia macam jadi ragu2 adakah laki aku akan buat perkara sama macam ayah aku buat kalau aku ada anak perempuan?

Ahhhh seram nak pikir. Aku pun tak pernah lah cerita kat suami aku pasal ni. Sebab nanti dia jadi ragu2 pulak kat pak mentua dia kan.

Ok tu je lah nak share, sebab ada yang rasa tak perlu duduk asrama, ada orang ada sebab tersendiri kenapa nak duduk asrama. Cuba lah selami hati anak kenapa dia nak, kenapa dia tak nak.

Sekian..

Dahulunya remaja yang tersakiti,

– Farah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *