Kisah Aku Dan Chin

Hai nama aku Dalia (bukan nama sebenar). Harini aku agak bosan dan aku terasa macam nak kongsi kisah tentang aku dan dia.

Nama dia Chin, aku bercinta dengan kawan sekolah lama aku tapi dia non-muslim. Dulu ibu aku hantar aku sekolah cina daripada umur 3 tahun sampai darjah 6.

Hidup aku tak pernah berkawan dengan melayu dan aku sentiasa dikelilingi dengan kawan-kawan cina.

Okay back to story, aku kenal dia masa zaman sekolah rendah sebab rumah dan sekolah aku sangat lah dekat. Kalau jalan kaki pun tak sampai 5 minit.

Waktu sekolah dulu aku di lompat kan ke darjah 2 sebab aku lahir 1/1. Kau faham tak perasaan bila kau budak darjah 1 tetiba masuk darjah 2.

Then aku sorang je melayu dalam kelas tu and yang lain semua cina, diorang layan aku baik sangat and diorang sentiasa excited untuk menanti aku pindah kelas masuk kelas diorang. Mungkin sebab aku comel hahaha.

Then aku berkawan dengan dia daripada darjah 1 sampai 6, aku dan Chin rapat sangat sampai aku pergi main dekat rumah dia, study semua la and dia pun suka datang rumah aku dan mak aku pun suka dia and mak dia pun suka aku.

One day dapat berita yang dia accident kene langgar moto, i was so shocked and aku menangis sebab dia accident lepastu mak dia cakap otak dia bergegar time jatuh and terkene batu so otak dia agak mereng lepas accident dan dia koma 3 hari,

Bila dia dah sihat baru aku melawat and guess what! He still remember me! Start daripada situ aku hari2 datang rumah dia main dengan dia and jaga dia.

After dia dah sihat, dia still sama macam biasa datang main and study dekat rumah aku.

One day, abang aku tanya dia “weh Chin kau suka Dalia ke” and dia pun jawab “suka lah”

Lepastu abang aku berkata “kau nak ke masuk islam, nanti kene sunat sakit tau”

Dan dia pun jawab “nak, boleh je” dan aku pun anggap benda tu as gurauan sebab kitorang budak budak lagi kot. Lagipun budak tu mereng otak dah bergegar hahaha.

So bila dah menjelang masuk sekolah menengah kitorang still satu sekolah tapi dia berubah gila jadi seorang lelaki yang nakal sebab bergaul dengan orang yang salah.

Aku terkejut sebab aku terasa macam dia bukanla dia yang dulu, dia terlalu nakal suka bergaduh and macam2 la sampai kecoh satu sekolah.

Start daripada situ aku pun teruskan hidup aku bahagia dengan orang lain dan kami akan bertegur bila terserempak sahaja.

Menjelang usia 16 tahun, dia pun pindah ke sekolah lain and dia jadi semakin berubah menjadi seorang lelaki yang makin aku tak kenal dia siapa.

Dia berkawan dengan budak hisap benda terlarang, kawan dengan budak rempit and so on. Dia pun terikut ikut perangai diorang tapi bila dia nampak aku dia akan tegur dan kami pun lost contact sebab aku sambung belajar dan dia bekerja.

Paling aku kesian dan aku marah bila orang mengambil kesempatan atas kemewahan yang dia ada sedangkan aku berkawan dengan dia pun aku tak pernah mengambil kesempatan atas apa yang dia ada selama ni.

Okay now macam mana kitorang boleh start contact balik!!!

Aku tengah busy kemas rumah an tengah syok nyanyi lagu hindustan feeling2 kajol and tiba tibaaaa!!!! Satu notification daripada CHIN! Dia cakap “hi ingat saya tak”

Lepastu aku apa lagi balas ah takkan tengok je mat.

Lepas dah borak2 kitorang tukar no wassap then dia kata dia sekarang kerja bukan dalam malaysia dah setengah tahun and dia pun dah tak kawan dengan kawan2 dia yang aku mention tadi. Tapi ada la dalam 2 orang je dia still rapat.

Then malam tu kitorang call la sebab dah lama kan tak borak mesti banyak benda nak share. Then dalam pukul 10.30 dia call after dia balik keje, kitorang pun otp macam tak ingat duniaa

GUESSSS PLEASE GUESSS! DIA CONFESSSSSSSSSSSS…

Nyah mana aku tak blushing, aku pun dah single 2 tahun tetiba ada orang confess but aku macam tak expect pun benda tu akan berlaku (padahal dah gatal macam naik ulat bulu badan ni).

Then aku anggap jelah dia bergurau dan dia cakap “saya serious saya tak main2 dengan u kalini, i perlukan someone untuk berani kawal diri i”

Pastu aku tergelak la sebab aku rase klishe mat then dia kata “please be serious im not joking with u”

Then aku pun terkedu dan terdiamm! And memang betul, dulu aku yang kawal dia dan dia sentiasa dengar cakap aku dan tak pernah membantah,

Sebab tu mama dia suka jemput aku bawak balik rumah and anak dia jadi rajin hahaha (jangan layan sangat pompuan gila ni angkat bakul sendiri)

Okay back to story, aku pun cakap dekat dia yang aku sebenarnya takut nak serious dengan lelaki sebab hubungan aku dulu semua tak serious, hmm cantik pun kene tinggal hahaha (aku dah cakap jangan layan perempuan gila ni)

Then aku mintak dia masa untuk aku berfikir dan aku ada jugak dengar satu kes yang pernah terjadi dekat dia sampai kes polis la.

Then aku pun tanya dia kes apa before aku tanya orang lain and aku tahu sendiri. Then dia pun jujur dan bersumpah apa yang dia cakap tu adalah benar. Tapi aku tahu dia tak pernah tipu aku.

After fikir punya fikir, aku terasa ingin memberi dia peluang untuk ambik hati aku ni haaaa.

– Dalia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *