Kisah Aku Dan Chin III

Untuk part I, (https://iiumc.com/kisah-aku-dan-chin/).

Untuk part I, (https://iiumc.com/kisah-aku-dan-chin-ii/).

Hai semua saya kembali lagi after seminggu hubungan saya dengan dia.

Saya telah mengambil keputusan untuk meninggalkan dia sebab saya dah bagi dia peluang untuk stop mintak benda bukan-bukan. Korang bukan faham apa maksud benda yang bukan-bukan tu, mungkin sesetengah orang tak faham.

Okay saya straight to the point, dia keep mintak gambar b*gel saya. If saya tak bagi dia akan memberontak dan dia akan campur aduk kan masalah dia sampai saya terasa salah saya ke tak bagi.

Tapi bodoh saya tak tahap kritikal untuk bagi dia benda- benda macam tu dan saya juga menasihati dia dengan elok dan keep pujuk dia sampai kul 4 pagi baru saya tidur dengan lena.

Ada satu hari tu dia ugut siap nak bunuh diri dan saya pun pujuk cakap jangan la macamtu. Malah dia juga berjanji dengan saya untuk berubah tapi sebenarnya itu hanya palsu.

Semakin lama semakin saya tidak tahan untuk mengawal marah dan saya mengambil keputusan untuk meninggalkan dia kerana dia juga main agama saya.

Korang nak tahu dia cakap apa? time tu saya dah tutup call sebab dia cakap benda pelik pelik and tetibe dia cakap “ISLAM MEMANG PAYAH SIKIT”

Saya bengang la, kenapa nak sampai main agama bro. Agama kau pun tak bagi sesuka hati usik anak orang, tak bagi tidur sesuka hati dengan anak orang.

One more thing, saya baru dapat tahu benda ni after kitorang ada relay. Rupa rupanya tahun lepas dia ada tidur ngan sorang perempuan melayu. Saya ada try jugak cari perempuan tu tapi orang kata perempuan tu dah lama dah tak keluar.

Korang tak rasa pelik ke kenapa dia dah tak keluar? and one more time tu dia budak under 18, maybe now dia 18 but bit curiousla about that. Lepastu dia brainwash otak saya ni gila babi sampai saya hampir tak percaya dengan apa yang orang luar cerita pasal dia.

One more big curious kenapa dia takut saya jumpa mak dia? sedangkan mak dia kenal saya jugak HMMM. U KNOW WHAT!! TIME BREAK DIA UGUT SAYA!!!

Dia maki saya macam tiada hari esok, lepastu dia up edit gambar saya. Dia kata saya mainkan hati dia, dia cakap saya nak duit dia and mintak duit dia, dia cakap saya nak lelaki suci semua lah sampai no wassap saya pun dia sebarkan dekat instagram dia.

Btw dia ad 2 acc instagram, kedua dua acc instagram tu dia expose pasal saya. After that, dia text kawan cina kitorang zaman sekolah rendah and dia putar belit cerita, dia kata dia taknak pun gamba tu and dia tak pernah mintak pun.

Dia jugak ada cakap kalau saya tak terima dia, dia akan buat something yang akan menyakitkan saya yang kekal sampai hujung hayat hidup saya.

Korang tak rasa ke dia psycho sangat, saya taktahu apa yang dia nak daripada saya. Dia jugak ada cakap yang dia akan cari saya sampai dapat dan sampai bila bila.

Korang tahu tak saya rasa hidup saya ni berada di tahap amat terancam, nak keluar rumah pun saya takut.

Saya rasa nak lari tapi sejauh manakah saya boleh lari. If korang tanya kenapa tak report polis, saya tak ada bukti kukuh yang mengatakan dia mintak gamba tu sebab waktu tu kami call dan dia mintak dalam call.

Saya lelah dengan hidup saya, bagaikan dikejar satu lembaga atau bayang bayang hitam.

Dan kawan saya pun ada tanya dia, ” if dia tak terima u, u nak tiduri dia ke”

Then dia kata, “tengokla macam mana tapi saya yakin saya takkan kecewa” 

GUYSSSS IM SO SCAREDDDDDDDD!!! IM SO TIREDDDDD. 

Saya taktahu apa patut saya buat, saya perlukan kekuatan untuk terus menegakkan kebenaran diri saya.

Saya penat untuk menangis dalam ketakutan dan memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini, saya takut dengan bayang bayang hitam yang sering ikut saya baru baru ini.

Sampai ada satu tahap, saya rasa saya nak sakitkan diri sendiri, saya kerap tertanya tanya kenapa dia buat saya macamni sedangkan dia boleh cari perempuan lain.

Ya saya juga salah sebab saya janji tak bantu dia berubah dan tak tinggalkan dia dan terima buruk dia tetapi dia tidak membantu diri sendiri, dia makin meminta benda tu semua dengan saya. Apakah salah tindakan saya?

Saya rasa saya tak salah untuk kebaikan diri sendiri, saya jugak mempunyai maruah dan harga diri. Jadi inilah pengakhiran kisah saya dan Chin,

Korang doakan saya sentiasa dijauhi malapetaka, mushibah dan perkara perkara yang tidak diingini berlaku. Korang doakan saya tetap kuat untuk teruskan hidup dan berjuang untuk diri sendiri.

Kesimpulannya disini, tolong la berhati hati dengan lelaki even korang kenal lama macam mana pun sebab kadang kadang lelaki ni akan tunjuk belang dia bila korang dah ada relay dengan diorang and time tu korang nak menyesal pun dah tak ada guna.

So please be careful semua, muka baik tak semestinya dia baik, muka jahat tak semestinya diorang jahat.

Okay itu sahaja tamatla kisah ini, terima kasih ya Allah kau masih beri aku fikiran yang waras mampu fikir mana baik dan buruk sebelum ianya berlarutan menjadi teruk.

Assalammualaikum..

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *