Kisah Aku Dan Surah Al-Waqiah

Assalamualaikum, aku rasa stress lately ni, and aku dah call kaunselor, and kaunselor suggest kat aku untuk buat aktiviti yang aku minat, tapi tiada kesempatan nak buat masa bekerja, dan bila PKP ini lah masanya untuk aku buat aktiviti tu.

Ade orang minat masak, buat tutorial dan sebagainya. Aku pon pilihlah untuk menulis. Sebab dari zaman sekolah sebenarnya aku minat menulis cerpen and diari or azam kehidupan. Poyo.

Apa yang aku nak ceritakan ni adalah pengalaman aku dengan surah Al-Waqiah. Pada aku, amat2 lah rugi sekiranya kita tak cuba experiment dengan surah Al-Waqiah ni.

Seandainya rezeki itu mahal, maksudnya, mahal dengan usaha. Nak kaya perlu usaha lebih. Nak bisnes perlu duit modal. Nak kerja bagus kene usaha lebih, usaha bodek bos, usaha ot banyak2 baru boleh berjaya. So rezeki tu mahal. Perlukan pendahuluan dulu baru dapat hasil. Betul tak?

Apa kata, kita amalkan surah Al-Waqiah setiap hari pagi dan petang untuk jadikan pendahuluan pada rezeki kita. So, ini lah pendahuluan yang paling murah dan tak perlukan duit modal se sen pon dan yakin seyakin nya akan mendapat pulangan dunia dan akhirat.

So aku nak ceritakan macam mana aku amalkan. Pertama sekali, aku dapat amalan ni dari Kak Rozee, kira client lah dulu. Setiap kali aku g office dia, aku nampak dia tengah hafal surah dalam Al-quran.

Dipendek kan cerita, dia pon cerita, dia tengah hafal surah Al-Baqarah. Dia kata, dia akan hafal berulang2 kali dalam kereta setiap pergi kerja and balik kerja. Kiranya, dalam 40 min dalam kereta, dia akan baca ulang2 yang dia dah hafal.

So, aku pon masa tu zaman lost and confuse. Aku rasa nak cuba, sebab manusia dah tak dapat nak bantu aku. Jadi, dengan Allah aku cuba untuk dapatkan kekuatan. Aku manusia biasa, baru nak membesar, baru nak rasa kehidupan, jadi masa susah baru nak ingat Allah.

Aku cakap macam ni bukan sebab aku lupa Allah. Cuma aku rasa perlu pertingkatkan amalan lebih dari kebiasaan. Jadi, kalau mengaji and solat itu biasa. So aku cabar diri aku buat perkara luar biasa iaitu Hafal surah Al-Waqiah.

Start hafal Al-Waqiah pertengahan tahun 2018 habis awal tahun 2019. Caranya adalah :

1. Standby 1 Al-Quran kecik kat dalam kereta. Cuba hafal semasa memandu pergi dan balik kerja. Yang penting hati2 ketika memandu. Keselamatan di utamakan ya.

2. Tutup Radio. Ni paling utama, supaya lebih focus. Tak payah dah dengar lawak2 hambar pagi2 tu.

3. Baca pembuka ayat. Seperti, Al-fatihah, Ayat Kursi, Robishrohli Sodri~, Allahummaftah ‘alaina~, 3qul. (Baca penuh).

4. Seterusnya, mula hafal 1 ayat. Jangan terburu2. Slow and steady. Tak de exam and ustazah pon akan cek. Biar makan tahun. Asalkan berjaya hafal 1 surah.

5. Setiap hari 1 ayat, di ulang2 sampai lancar. Sehinggalah berjaya hafal seluruh surah Al-Waqiah.

6. Jangan lupa menyemak dengan orang lain untuk pembetulan tajwid and urutan ayat. Macam aku, aku akan baca mak aku akan semak. Atleast seminggu sekali suruh orang semak. Sebab surah tu panjang. Akan ada kekeliruan and bertukar2 huruf atau ayat.

Mudah jer. In Sha Allah. Kalau ada keingingan mesti boleh buat. Cuba dulu taktik ni. Tengok dalam sebulan dua, ape rezeki yang korang perolehi. Sebab aku dah berjaya lakukan. Satu demi satu rezeki datang. Banyak yang tanpa diduga dan tak terjangkau akal macam mana boleh dapat.

Semua itu rezeki sebenarnya. Surah ni bagi kau semangat untuk habiskan atau cara untuk capai sesuatu azam tu. In Sha Allah menjadi. Invest masa dan akal jer. Benda free. Cuba lah. Aku dah, korang Bila lagi?

Hasilnya,

Sebenarnya, masa aku start kerja dec 2018 tu, aku masih lg student, aku belum habis Master lagi. Aku amek cuti khas and cari kerja sbb fikir macam tak nak sambung dah. So fikiran agak celaru disamping asek kene aim dengan org office jer, di alih2 department and buat benda yang aku tak suka.

So, aku lost and confuse aku pon start lah hafal surah Al-Waqiah lepas mak aku pesan, cuba lah amalkan surah tu hari2 dia sebut. Masuk gak lah dlm otak dan aku pon cuba.

Masa 1st week aku dah start hafal tu, ade different sikit dengan semangat aku. Benda yang paling aku Nampak ketara adalah, aku dah kurang maki orang bawak kete tak betul pagi2. Hahaha.

Aku jadi suka dengan jem. Sebab Makin lama jem, makin banyak ayat aku dapat hafal. Rasa puas. So aku boleh ubah mood aku relax je masa tempuh jem tu. Alhamdulillah. Baca lah sebanyak mana atau baca lah apa2 surah sekali pon masa jem. Tenang rasa.

Ok bulan 9, 2019, so ‘something’ happened kat tempat kerja. Aku anggap tu dugaan. ‘Something’ tu buat kan aku rasa nak benti kerja. Tapi yang seronoknya, aku relax je hadap problems tu. Sikit pon tak nangis.

So dengan dugaan tu jugak lah aku decide nak hantar resign letter and focus semula pada master aku. So aku pon hantarlah resign letter, sampai lah pada bos. Yang menyampai pada bos tu yang harap sangat aku benti tu.

Tapi, Bila sampai kat bos surat tu, aku pon dipanggil. Dengan lantang, bos cakap, your resign letter is rejected. Maksudnya bos masih perlu kan aku. Hua hua hua. Tak tau nak rasa happy ke atau rasa macam sedih sebab macam kene kuburkan je master aku tu.

So aku anggap tu rezeki juga, sebab bos trust aku, anything happend staff lain tak leh pengaruh bos. Tapi, aku decide untuk ambil unpaid leave 3 bulan dengan alasan nak habiskan study. Sebab aku betul2 nak tenang masa tu. So aku perlukan cuti disamping nak bawak diri kejap cari motivasi nak hadap orang2 kat office.

So start lah aku cuti tanpa gaji bulan 10 tu. Daripada aku duduk saje kat rumah, masa ni lah aku pulun buat thesis master, cuba untuk start balik and habis kan ape yang belum habis. Bos still whatsaap aku kalau ade keje2 yang aku perlu buat macam proposal ke kan.

So aku ingat lagi masa tu hari khamis 31 oct 2019, bos msg aku, dia kata, aku kene ready untuk pegi denmark. Terbeliak mata aku. Project denmark ni mmg aku handle. So dia nak hantar aku g visit company tu kat denmark. So aku relax lagi, ingat dia ni saje je nk buat gempak2 gitu kan. Sebab dia kata ready. Entah jd entah tak.

Tetiba, hari jumaat dia minta aku punya passport nak arrange flight. Terkejut aku, sbb ape? Sebab passport pon aku takde. Terus aku g putrajaya buat on the spot. Tahu bila aku kene g? Selasa minggu depan nya. Aku ada 4 hari nak kene ready baju, paper works, makanan. Masha Allah.

Berbalik pada topik aku, Al-Waqiah tak pernah tipu dengan mukjizatnya, masa tu, belum separuh pon aku hafal. Tapi Allah turun kan rezeki yang tak terduga. Apa agaknya rezeki kalau aku dapat hafal seluruh Al-Waqiah dan amalkan hari2. Aku jadi tak sabar nak habiskan.

Tapi ingat, Allah turun kan rezeki, pastinya bersama2 dengan dugaan sekali. Cuma, dengan Al-Waqiah Allah bagi kekuatan macam mana nak hadapi. Besar rezekinya, besar juga dugaan2 aku. Ape pon Alhamdulillah syukur nikmatmu Ya Allah.

So since then, one by one kejayaan rezeki tu sampai. Tak duga juga, tahun 2019, aku dapat beli 1st house aku. Dapat langsai hutang one by one. Dan yang paling tak sangka dan rasa macam mimpi, sehingga lah hujung tahun 2019 dalam sedar tak sedar aku sangat2 struggle habiskan thesis aku and completekan master aku.

And now Im officially master holder. Alhamdulillah. Bukan senang, nak senang. Tapi, aku yakin seyakin nya dengan pertolongan Allah melalui surah Al-Waqiah. Pasti Allah permudahkan. Aku dah, korang bila lagi?

– Kalam (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *