Kisah Aku Dengan Doktor IV

https://iiumc.com/kisah-aku-dengan-seorang-doktor/

https://iiumc.com/kisah-aku-dengan-seorang-doktor-ii/

https://iiumc.com/kisah-aku-dengan-seorang-doktor-iii-lepas-kahwin-pula/

Assalamualaikum para pembaca budiman. Saat baca komen2 anda, saya pun buat keputusan untuk berterus terang dengan doktor rusia. Satu saat pun saya tak lengah, sebab takut baca komen hangpa. 

Tapi kadang kita fikir lain, benda jadi lagu lain. Sama la dengan kes doktor rusia ni. 

Tapi sebelum tu nak habaq sikit la, sebab orang pertikai saya menulis panjang2. 

Kemahiran menulis ni bukan perempuan saja ada. Lelaki pun ada ja yang rajin menulis bang. Kalau tak, tak akan ada penulis hebat macam ramlee awang murshid tu. 

Orang macam abang ni mesti tak kenal ali majod, a samad said, usman awang dan ramai lagi penulis2 kesasteraan lelaki. 

Mungkin typical mentality. Dalam otak dah set kerja ni orang laki buat. Kerja ni orang perempuan buat. 

Kalau saya ni jenis pemalas menulis, mesti saya tak akan jadi sa di workshop. Baik saya jadi mekanik biasa ja. 

Setiap hari kalau abang tengok report saya tulis ni, berpuluh2 kereta bang.. Lagi banyak dari confession ni. Confession ni lagi senang sebab kita tulis benda yang berlaku. 

Tapi daily report saya mengenai engine, kerosakan, complain customer, plan solution dan macam2 lagi bang. Semuanya kena deep thinking, bukan main tulis ja sebelum hantar ke hq. 

Tu belum lagi part menulis waranty claim dan lain2 kerja pentadbiran termasuk buat bill, jadi cashier dan macam2 lagi la. 

Mesti orang pandang hina hanya kerana saya seorang mekanik kan.. Tapi kerja saya bukan setakat tukar minyak hitam ja. Lepas tu duduk saja kalau tak dak kereta. 

Kerja saya one man show bang. Meeting pun saya kena pi, training pun saya kena pi. Lepas tu nak kena terang kat staff lagi. 

Walaupun nampak kerja saya seperti orang tak dah pelajaran,tapi saya ada diploma in automotive engineering. Mekanik2 kat sini semuanya ada sijil. 

Sampai bos saya bercadang nak buka branch baru. Nak suruh saya fully handle workshop tu. 

Tapi sedih pulak rasa bila orang fikir mekanik ni cikai dan bingai sampai nak menulis pun tak reti. 

Zaman dulu mungkin la kot mekanik ni pekerjaan orang buta huruf. Tapi zaman sekarang semua benda dah berubah. 

Tapi tak pa la. Tu pandangan abang atau kakak saya tak tahu la, sebab tengok acc pun fake. Sama macam perempuan tu. 

Tapi tugas saya untuk menerangkan keadaan sebenar. Sebab kadang2 orang tak tau kerja saya ni apa selain repair kereta. 

Tapi saya ni jenis happy go lucky ja. 

Sebab tu dulu2 pun hangpa dok hina aku macam2, komen bukan2 kata aku ni mereka la, merepek la, sampah la, siap sruh putus la. Tapi aku ok ja. Aku anggap tu semua entertainment. 

Tapi ada sesetengah benda kita boleh abaikan,dan sesetengah benda lain kita kena terangkan. Yang lain tu terpulang pada penerimaan orang la. 

Hah, tengok dah terbeletiaq panjang2 pulak. Ni semua salah hangpa. Sorry la kalau nampak teremosi ka apa. Hari ni saya kurang sihat sikit. Salah urat sebab angkat gear box. 

Sebenarnya macam tak matang jugak kan, sikit2 tulis kat sini. Tapi entah la, bila tengok muka tuan2 dan puan2 ni, ada rasa macam bonding gitu. Walaupn kita tak kenal pun. 

So saya buat keputusan untuk menulis karangan panjang2 hari ni. Sebab tengah sakit hati. 

Tapi saya hargai ja orang2 yang sudi baca luahan saya. Saya ucap terima kasih banyak2 la. Sementara belum jadi daddy ni, saya tulis la. Nanti dah ada anak 10, tak dak masa nak tulis dah. 

Tapi first time oo saya tengok profile semua orang yang komen. Mungkin takut ada orang tu terselit kot. Hehe

Untuk pengetahuan, saya memang dah lama deactive fb lama tu.. Tak dak dah tunjuk2 kebahagian. Doktor tu ja suka up dalam status semua benda. 

Saya ada satu fb fake ja. Tu pun buat untuk baca2 info. Bukan buat untuk kecam2 orang ye. 

And by the way, saya ni sebenarnya bukan tak faham english. Basic2 english tu saya tau ja. Report2 kerja saya semua dalam english. Sebab hq tak faham bahsa melayu. 

Lepas tu customer non muslim pun banyak ja yang speaking london. Hal kerja ni kita tak dapat nak martabatkan bahasa kebangsaan. 

Cumanya dengan doktor tu, dia suka guna term2 hospital. Macam agrobank tu la. Kadang kita tengah serius buat apa2, tiba2 dia sebut apa2 bahasa hospital. 

Aku pun macam blur terus. Kalau mood baik aku tanya apa dia.. Kalau malas nak layan aku diam ja la. 

Bukan apa, kadang aku tengok dia ni macam suka tengok aku blur2. Lepas tu dia akan gelak2. Tah apa2 ja doktor ni. So aku biarkan la dia enjoy dengan blur aku. 

Tah2 selama ni dia dok sebut segala nama ubat kat hospital tu kan. Mentang2 aku tak faham, dok buli aku pulak. Save nama dia paracetamol baru tau.. 

Aku sambung sikit la. Seperti yang aku jangkakan, memang dia pertikai kenapa baru sekarang bagitau. Dan macam2 isu lain la berbangkit. 

Masa tu english dia dah bercampur rusia dan arab. Dia kalau keluar tiga bhasa serentak, maksudnya dia tengah marah sangat2 la tu. Time tu jangan la kita mintak mc, confirm tak akan dapat. 

Kalau hangpa nak tau, doktor ni sebenarnya serius orangnya. Kalau time mood dia serius,lagi berganda2 serius dia. Hangpa boleh bayang dak tahap serius tu macam mana. Rimau pun confirm takut dengan dia. 

Banyak bendanya aku macam tertipu ja sebelum kahwin tu. Aku selalu terbayang, macam mana la nasib pesakit2 dia. Dah la kedekut mc. Kesian sapa dapat bilik dia.. 

Hari tu aku ambik cuti kecemasan pun dia bising kat aku. Dia kata dia ok ja. Kenapa perlu bazir cuti. Dia tak faham ka kita ni sayang kat dia, risau kat dia. 

Malam tu dekat pukul 8 baru dia balik. Meeting dah habis awal. Tapi dia saja pi merendek dengan kawan2 dia. Sampai hati dia kan. Tak rindu aku langsung. 

Sampai2 tu aku boleh rasa aura serius dia.. Sebab lepas bagi salam, dia terus tanya tak pergi masjid ka. 

Doktor sebenarnya tak suka aku sembahyang kat rumah. 5 waktu kalau boleh dia suruh aku sembahyang kat masjid. Aku pun sentiasa la cuba memenuhi. Kecuali asar. Sebab time tu masih kerja. 

Aku cakap hari ni kita jemaah sekali la. Rasa malas nak pi masjid. Dia kata boleh. Tapi kita jemaah tahajud nanti. Tapi isyak ni awak pergi masjid. 

Aku dalam hati, dia nak suruh aku qiamulai ka?Habis la aku. Aku ni dah la suka tidoq. Nanti mamai2 kot aku baca tak betoi, selagi tu dia dok pebetoi. Lebih baik aku pi isyak kat masjid dari dia buli aku qiamulai nanti. 

Awak dah magrib dia tanya. Aku kata dah. Dia kata baju2 melayu aku dia dah iron semua. Sempat ja nak pi masjid. Doktor suka kemas2. Kalau nak menghadap allah lagi kena smart dia kata. 

Sebab benda baik ni aku ikut ja la.. Walaupun rasa berat nak buat. Aku dulu2 sembahyang pakai t shirt ja. 

Lepas kahwin banyak benda makin berubah. La sembahyang mesti ada songkok. Dia kata nampak handosome. Sampai aku pun terbiasa pakai songkok dah. 

So aku tak dapat nak cerita masa tu. Lepas balik dari masjid aku tengok dia kat ruang tamu dok baca buku. Sambil tv terbuka, laptop buka, hp pun buka. 

Tu memang style dia la. Tamak haloba. Semua benda nak tengok dalam masa serentak. Tapi tengok aku dah balik dia pi dapur nak buat air kot. 

Aku ni jenis suka minum cafein. Tapi dia tak minum air manis. Tu la bagus dia ni, sebelum aku mintak dia tau dah apa aku nak. Walaupun dia selalu beletiaq aku banyak minum cafein. Tapi dia tetap buat. 

Sementara dia kat dapur, aku dok pikiaq nak susun ayat macam mana. Lepas tu dia mai duduk sebelah kerusi l tu. Lepas tu belek buku. 

Kalau hangpa nak tau,doktor ni jenis suka membaca. Tapi apa dia baca aku pun tak tau la. 

Dalam rumah ni buku memang banyak. Semua buku dia. Terutamanya buku2 english. 

Aku bedehem sekali, terus dia pandang aku tajam. Dia ni kalau tengok orang, memang betul2 tepat ke mata. Lepas tu tak berkedip. Boleh imagine dak serius tu macam mana. 

Aku dah gabra. Dia masih tengok aku walaupun aku minum kopi sambil tengok tv. Aku tak berani tengok dia. 

Sore throat dia tanya aku. Aku kata dak eh.. Anything to say dia tanya lagi. Tengok la tuan2 bhasa dia. 

Aku tak mau terus cerita. Aku cuba sembang santai2 dulu. Aku tanya meeting macam mana. 

Dia ni sekarang macam malas nak cerita pasal kerja dia. Kadang2 ja dia jawab. Dia kata meeting macam biasa ja la. 

Aku tanya meeting pasal apa. Dia kata pasal bakteria pembawakan air. Kuman yang makan isi manusia dengan cepat. Lambat dapat rawatan 2 hari confirm mati. Macam tu la kalau tak salah aku ayat dia. 

Dia cakap tu sambil tengok2 buku tau. Aku dalam hati, dia ni betoi ka atau baca benda dalam buku. 

Aku kadang tak dapat beza sebab dia banyak main2 dengan aku. Susah nak beza mana satu serius dan bergurau. Sebab reaksi muka dia kan sepesyen ja. 

Siap dia kata kuman tu macam ikan pirana cara makan dia. Tapi tak nampak di mata dan dia akan attack kaki dulu. Masuk dari celah2 kuku kaki. Lepas tu sekejap ja habis isi kita di makan. 

Aku kata ya2 ja awak ni. Dia kata betul la. Dah ada kes kat malaysia. Start dari jepun india sekarang menular kat malaysia. Benda tu dari pembawakan air banjir. 

Aku diam ja la. Sebab rasa dia dok buli aku ni. Lepas tu aku pun cakap la, aku ada benda nak cakap. 

Terus dia letak buku, tutup tv tutup segala benda. Sunyi gila bai. Terkedu aku. Aku tanya awat tutup. Dia kata dah awak ada benda nak cakap kan. 

Aku kata buka la tv, supaya tak sunyi. Dia kata tak nak. Saya nak focus apa yang awak nak cakap. 

Aku tanya, awak dah tau ka saya nak cakap apa. Dia kata tak tau. Aku kata habis tu gaya macam tau ja aku nak cakp apa. 

Dia kata sebab muka aku boleh nampak aku macam cemas ja. Dia kata dia kenal sikap aku macam mana. Dia kata perubahan kecik dari aku pun dia sangat2 perasan. 

Makin la aku terkedu. Banyak benda dia tau pasai aku walaupun aku tak pernah bagitau. Tapi banyak benda aku tak tau pun pasai dia. Macam mana ni. 

Tapi dia kata dia tak mau memaksa atau tanya. Dia bagi aku masa untuk aku sendiri cakap. Sebab dia tau aku pasti akan cakap jugak. 

So aku cerita segala benda. Soalan pertama dia tu la. Kenapa baru hari ni bagitau. Aku kata ingatkan habis sampai situ ja. Tak sangka perempuan tu ada contact2 lagi. Tapi sekrang tak contact dah. 

Dia kata masa besday awak, saya pun ada ja wish. Saya tanya ramai tak wish awak.. Awak cakap saya sorang. So awak menipu saya la kan.. 

Argh sudah.. Jem terus aku. Sememangnya aku terdiam terus. Tak sangka dia tanya macam tu. Berpeluh2 aku time tu. 

Aku kata bukan menipu. Tapi tak rasa perempuan tu satu orang yang aku patut bagitau. Lagipun macam tak teringat langsung. Mungkin excited dapat hadiah dari dia. 

Lepas tu aku kata, dah awak kan tak suka saya cakap pasal perempuan lain. Tu yang saya tak cakap. 

Dia kata itu bab lain. Awak cakap kisah cinta lampau awak, memang saya malas nak dengar. 

Tapi orang tu ada contact kenapa awak tak cakap. Siap wish besday, siap call nangis2 mintak tolong. Satu benda pun awak tak bagitau saya kan. Pandai simpan rahsia rupanya awak ni eh. 

Aku cakap aku mintak maaf la. Aku pun tak sangka jadi macam ni. Dia kata saya sekarang mintak penjelasan. Bukan saya suruh awak mintak maaf. 

Fuhhh.. Berdebarnya aku masa tu. First time kena macam ni. Aku tulis ni pun rasa berdebar. Tiba2 rasa macam menyesal pulak pi bagitau. 

Aku masa ni pakai songkok tau. Tak buka pun dari balik tadi. Kononnya sebab nak cakap hal serius kan. Biar nampak macho sikit. 

Tiba2 dia kata buka songkok awak tu. Rimas saya tengok. Dah macam orang nak akad nikah ja. 

Aku dalam hati aik.. Selalu dia suka tengok aku pakai songkok. Ni tiba2 rimas pulak. 

Dah aku banyak diam. Dia tanya habis kenapa sekarang tiba2 nak bagitau. Aku cakap la aku risau dia buat apa2. Sebab aku mimpi bukan2. Lepas tu takut perempuan tu sendiri pi cerita bukan2 kat dia. 

Lepas tu dia cakap apa tah dalam bahsa asing. Aku mana faham. Mungkin bahasa sepanyol kot. Tapi dia cakap tu slow ja. 

Aku diam ja la. Lepas tu dia tanya awak dah cerita a sampai z ke. Aku kata dah. Rasanya semua dah cerita dah. Dia tanya ada apa2 lagi nak cakap. Aku kata tak dak. 

Dia kata hmm ja. Lepas tu dia bangun. Dia kata saya nak masuk tidur dulu la. Saya penat. Jangan lupa kunci pntu semua. 

Masa tu entah la, secara spontan ja. Aku kata macam ni, err sayang marah abang ka. 

Dia terus kata eeee uwek gelinya. Haha. Aku pun rasa geli jugak nak cakap macam tu. Sebab aku tak biasa guna ayat2 macam tu. 

Bahasa kami saya awak, atau selalu aku sebut nama dia ja. Kami pun tak pernah bincang nanti nak pangil apa lepas kahwin. Benda tak dak dalam kepala otak.. Tak macam pasangan lain. 

Aku saja2 try. Ingatkan dia boleh sejuk sikit. Rupanya dak pun. 

Dia kata jangan guna pangilan yang awak guna dengan perempuan lain tu dengan saya.. 

Aku kata mana ada. Ingat aku mat romeo ka. Aku pun first time pangil macam tu. Ex tunang aku memang pangil aku abang tapi aku tak bahasakan diri aku macam tu pun. 

Malam tu aku kunci jam pukul 2 pagi. Aku mandi2, siap syampo rambut. Lepas tu pakai set lengkap baju melayu. Sebab nak ambik hati dia sebenarnya. 

Kononnya kot2 dia impress dengan aku. Sebab kali ni aku dah siap tahajud lagi awal dari dia. Selalu dia kena gerak aku, kali ni biar aku gerak dia. Siap sapu minyak kasturi satu badan. 

Tepat pukul 3 pagi aku gerak dia. Sekali dia kata awak sembahyang la. Saya period ni. Astagfirullah al azim.. Ibarat perlawanan bola sepak tanpa penjaga gol. Berkali2 gawang lolos. 

Esok pagi aku tanya dia,awak tak kata apa pun pasal semalam. Dia kata awak nak saya cakap apa. 

Aku kata kita tak payah jumpa ustaz mana2 ka. Dia kata benda kalau allah izin tak de yang boleh halang. Dia kata aku banyak fikir ja. Mimpi tu tak dak apa la. Mainan syaitan dia kata. 

Dia suruh aku selalu mintak pelindung. Mintak doa. Dia kata kita nak apa2 kita sendiri mintak pada allah. Buat apa nak jumpa ustaz. 

Aku kata aku ada ja doa. Tak kan benda macam tu pun aku tak tau. Ada ka orang sembahyang tak mintak apa2. 

Aku macam stress jugak la. 

Kita bagitau sebab nak bincang dengan dia. Tapi kalau macam ni ja respon dia baik aku tak payah cakap apa2 dah. 

Aku cuma cakap, ya la kalau saya ni cakap apa2 semuanya mengarut ja untuk awak. Patutnya saya diam ja. Tak payah cakap apa dah lepas ni. 

Aku masa tu tengah sapu gel kat rambut. Dia tengah buat apa tak tau la. Lipat selimut kot. 

Lepas tu dia mai kat aku, ambik sikat dari tangan aku. Lepas tu dia sikat rambut aku. 

Aku masih buat muka protes. Walaupun ada la rasa tersentuh hati. Sekali tengok cermin, style rambut nobita dia sikat kat aku. 

Rambut belah tepi. Kerja nak buli aku ja dia ni. Terus aku tak jadi nak touching2 dah. Aku sambung protes. 

Lepas tu dia kata nanti la saya bagitau baba. Masa aku nak keluar tu,dia kata pergi kerja elok2. Dah sampai mesej. 

Tau pun risau. Ingatkan tak peduli kat aku dah. Tapi dia kata ada ja orang pm kat ig dia. Dia kan tak dak fb dah. Pasal tu nanti la aku cerita. Hari sabtu ni aku pi rumah bapak dia. 

– Conan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *