Kisah Aku Dengan Seorang Doktor III (Lepas Kahwin Pula)

Assalamualaikum. Apa khabar semua.. Masih ingat saya. Detective Conan yang dicintai oleh seorang doktor muda. Mesti la tak ingat kan. Sebab dah lama sangat..

https://iiumc. com/kisah-aku-dengan-seorang-doktor/

https://iiumc.com/kisah-aku-dengan-seorang-doktor-ii/

Saya pernah tulis confession saya sebagai mekanik perodua yang berkawan dengan seorang doktor yang saya tak tahu pun dia kerja doktor pada awalnya. 

Hari tu saya cakap kalau jadi kahwin saya akan jemput semua. Saya mintak maaf banyak2 tak dapat nak jemput semua sebab harga catering tiba2 naik harga. 

Nak hantar undangan pun takut. Sebab bajet lari banyak. Lagipun dia kata jangan viral kan dia. Sebab tu tak jadi pos kad kahwin kat komen. 

Lepas tu sibuknya tak terkata. Tak sempat nak pegang telefon untuk main game pun. 

Tapi alhamdulillah, kami dah kahwin raya cina hari tu. Dari hari tu tak dapat pegang fon, baru hari ni ada masa free nak tengok hp. 

Sebabnya isteri saya outstation. Kalau dia ada saya tak tengok telefon. Sebab dia kuat cemburu. 

Biasa la, saya kan handsome kacak bergaya. Dia risau orang sailang suami dia. Hehe.

Hurmm… Actually kan, oleh kerana baru pertama kali berkahwin, rasa susah jugak nak terima perubahan dari single man to married man. 

Mungkin kalau dah kahwin 2 3 4 tu akan rasa ok kot noh. Sebab ni baru sekali, so rasa susah jugak ni. 

Masa dok berkawan tu rasa excited, biasa la pengaruh syaitan sama kot. Tapi bila dah dekat2 nak kahwin, rasa takut. Rasa tak bersedia. Dan macam2 takut la. 

Tambah2 dengar orang komen, sekufu dan segala pupu tu penting. Saya pun memang bimbang walaupun dia tu cool ja. 

Sebab makin hari makin hari makin banyak jurang terasa. Saya ni masa tu tak pernah terfikir nak interview dia ka apa. 

Sebab tu kena ada orang perempuan, habis segala details diselongkar. Masa first time dia datang rumah saya, kakak ipar saya tanya macam2 kat dia. 

Antaranya dulu study mana. Terkejut saya dengar dia kata rusia. Saya rasa macam tu negara jahat. Tak suka islam. Pastu rasa dia ni tah2 ada pertubuhan apa2 ka ni. Macam agen perisik tu. 

Terus teringat sekufu dan pupu2 dia tu. Makin tak padan la saya dengan dia yang lulusan luar negara. Saya kata jurang kita makin besar. Apa kata kita putus ja. Dia kata mengarut tak habis2 awak ni. 

Dia kata awak ada dua pilihan ja sekarang ni, satu awak kahwin dengan saya, yang kedua saya kahwin dengan awak.. Awak pilih nak yang mana. 

Choi, main2 pulak dia ni. Macam saya cakap family dia kan islamic. Kami tak dak tunang2 la. Just buat cincin tanda ja . Lepas tu terus nikah. Tarikh pun sangat2 singkat. 

Saya nak ganjak2 lagi, tapi family dia suruh cepat2. Akhirnya ambik raya cina la. Sebab time tu ja perodua tutup lama. Tu pun dia cakap lambat. Tapi bagi saya cepatnya. 

Lepas kahwin ni banyak benda berubah. Bahasa saya pun dah sopan sikit2 kan sekarang ni. Sebab dikelilingi dengan orang2 yang sopan gitu. 

Pangilan dia kat saya pun dah berubah sekarang ni. Dulu pangil awak, sekarng sikit2 encik Conan. 

Dalam hp dia save nama saya c. Conan. Macam tak dak nama lain dah. Saya pun tak mau mengalah, saya save doktor rusia. Adil kan. 

Ermm, sebenarnya kan, saya ada satu kegusaran. Kegusaran ni saya tak dapat kongsi dengan sapa2. Saya rasa lagi selamat dan selesa berkongsi dengan orang tak kenai macam dalam platform ni. 

Sebab kadang2 orang yang kita kenal tu lagi tak boleh percaya dan tikam belakang. Sebab tu la saya gagah menulis hari ini. Ingat tak dalam confession lepas2 saya ada cakap, saya penah bertunang dulu. 

Tapi saya putus tunang atas perkara2 saya tak dapat cakap kat sini. Bekas tunang saya pun masa tu dah kahwin dengan orang lain dah. 

Cuma ada sekali tu, masa fasa saya tengah patah2 hati tu.. Masa tu masih awal2 putus tunang. Dia ada mesej saya. Dia kata kalau saya dah bercerai awak akan terima saya balik tak. 

Saya cakap akan la. Tapi saya pun tak ingat la kenapa saya cakap macam tu. Sebab dah lama sangat dah. 

Tapi masa tu dia belum kahwin lagi. Dekat2 nak kahwin dah. Saya memang berharap dia tak jadi kahwin, sebab nak jaga air muka keluarga saya. Tapi dah jodoh kami tak dak. Akhirnya saya pasrah ja la. 

Lepas tu kami dah tak berhubung dah.. Sebab dia dah tukar nombor rasanya. Saya pun tak de cari dia dah. 

Ni kot orang kata ujian nak bina masjid. Birthday saya bulan 12. Masa tu tiba2 dapat wasap wish birthday saya dari number tak kenal. 

Saya pun cakap terima kasih. Tanya sapa ni. Berdebarnya rupanya tu bekas tunang saya. Lepas bertahun2 tiba2 dia muncul. 

Ada la dia tanya khabar apa semua. Masa tu saya dok ingat dia ada nak tuntut barang apa2 ka. Kot2 dulang masa bertunang dulu mak saya lupa bagi ka. 

Rupanya dia ungkit yang kalau dia dah bercerai tu saya akan terima dia balik. Saya kata gila hang ni. Berzaman2 hilang tiba2 muncul cakap pasal kahwin. Ada lagi la saya maki dua tiga bakul. 

Saya kata saya pun nak kahwin dah lagi 2 bulan. Respon dia macam terkejut la. Dia tanya oo ingatkan tunggu dia lagi. 

Saya kata bodoh la kalau saya dok tunggu benda yang tiada. Dia cuma reply all the best dengan icon macam menganjing orang tu. Yang senyum sinis tu. 

Ingatkan senyap dah. Lepas beberapa hari dia wasap lagi. Dia tanya kahwin dengan orang mana. Kita kenal ke. 

Saya kata kenapa awak nak tau. Dia kata saja la tanya.. Lepas tu dia kata tak nak jemput kita ke. 

Saya kata tak jemput kot. Sebab buat majlis belah perempuan ja. Buat simple2 ja. Padahal kami buat ja majlis belah laki. 

Lepas tu dia ada wasap lagi cakap pasal kami putus tunang tu. Nak kata dia tak bersalah. Saya pun malas nak ingat dan nak layan, saya blok dia. 

Lepas tu bila dah kahwin. Normal la kan kita akan pos gambar di fb.. Lepas tu kawan pun ada tag2 saya jugak. 

Orang pun komen ucap tahniah. Dalam tu ada satu komen dari fb fake. Bila masa dia jadi friends pun tak tau. 

Dia kata congrats. Cantik isteri awak. Patut awak pilih dia. Semoga bahagia selalu la ye. Berderau saya masa tu. Sebab hati kita dok rasa tu dia. 

Lepas tu saya stalk fb tu tak banyak info, tapi ada satu benda membuktikan tu memang fb dia. 

Terus saya blok. Lepas tu teringat perangai2 psycho dia. Tiba2 jadi risau.. Sebab family dia suka main bomoh. 

Pastu asyik dok nampak ja icon menganjing dia tu. 

Saya cuba berfikiran positive dan pura2 tenang depan doktor rusia. Oleh kerana baru kahwin, awal2 tu kami masih pjj. Doktor belum dapat tukar masa tu. 

Ada sekali tu tiba ada call dari number tak kenal. Saya jawab la. Sebab kan selalu customer suka call. Tiba dengar suara perempuan menangis. Saya pun cemas la. 

Saya jawab hello dua tiga kali. Sebab risau tu pontianak ka. Pastu dia cakap awak sambil menangis. Dia cakap , awak tolong saya. Terkejut la saya. Tu suara bekas tunang saya. 

Tapi sengaja saya tanya sapa tu. Dia jawab nama dia. Saya tanya ya awak nak apa. Dia kata saya nak jumpa awak sekejap. Saya kata eh mana boleh saya sibuk ni. 

Dia kata sekejap ja. Saya ada masalah besar ni. Saya kata kenapa, ada apa ni. Dia kata nak kena jumpa depan2. Saya kata sorry saya kat luar negara. Tiba2 ja kan. 

Pastu saya terus letak telefon. Sebab time tu kebetulan bos saya datang. Saya pun off hp. Lepas tu blok number tu. 

Cuma lepas tu rasa gelisahnya. Hubungan saya dengan doktor tu macam biasa ja la. Saya kan pura2 tenang sentiasa. Tapi kan saya kerap mimpi pelik2 sejak tu. 

Tiba ada sehari tu pukul 7. 30 macam tu.. Doktor rusia call, saya dah pelik awat dia call pagi2 buta ni. Dia kata ada kereta langgar dia. Kereta tu langgar belakang dekat trafic light. 

Terkejut la saya. Saya tanya awak ok ke tak. Dia cakap ok ja. Cuma dia kata memang perasan perempuan tu bawak kereta macam orang gila. Perempuan tu main fon dia kata. 

Saya dengar2 perempuan memang panik la. Saya tanya perempuan mana. Cina ka melayu ke india. Dia cakap melayu. Saya tanya macam mana rupa dia. Tua ka muda ka. Pakai tudung ka dak. 

Saya tanya sebab risau tu bekas tunang saya ka. Sebab dia kan psyco. Tapi doktor rusia salah faham. 

Dia kata awk ni agak2 la, sibuk nak tau pasal perempuan lain buat apa. Siap tanya pakai tudung ke tak. Dah kenapa awak ni. Sibuk tua muda bagai. Saya kata bukan macam tu. Lepas tu saya pun diam la. Tak tau nak jawab apa dah. 

Sebab saya tak pernah cerita pasal bekas tunang ada contact balik. Sebab saya tak mampu imagine macam mana penerimaan doktor rusia. Saya takut alih2 dia salahkan saya. 

Sebab doktor rusia tak suka saya cakap pasal perempuan lain. Boleh nampak muka dia bosan gila dan menyampah. 

Lepas tu dia cukup anti apa tu istilah dia.. Ajnabi ajnabi apa tah. Macam orang tu kalau dah kahwin, dia tak boleh sebarangan bercakap ke bergaul dengan orang ajnabi. 

Macam ada batas aurat. So dia tak suka orang ada pasangan bercakap tanpa tujuan dengan orang ajnabi. Dia anti orang macam tu. 

So saya risau la kalau dia dapat tau ka, atau saya bagitau masa tu takut dia soal kenapa baru sekarang bagitau. 

Aihh, susah betul jadi suami pun. Serba tak kena. Niat kita baik pun jadi salah. Takut dia kata aku ajnabi tu. Sebenarnya saya masih tak mampu faham atau baca isi hati dia. 

So hari tu saya pergi jumpa dia. Settle kereta dia ap semua. Tapi saya tak jumpa perempuan tu pun. Sebab saya sampai pun dah nak dekat pukul 11. 

Saya pun tak berani tanya kat doktor. Mau kena sembelih la2 tu. Dah la dia mcam bengang ja masa tu. 

Doktor cakap perempuan tu akan bayar kos repair. Depa dah bincang semua la. Kebetulan masa tu abang ipar saya dah sampai sana jugak. Dah settle semua dah. 

Masa tu saya suruh dia ambik mc, dia tak mau. Dia kata mana bleh mc. Saya bukan sakit pun. Saya nak masuk kerja ni. Saya kata awak kan doktor tulis la mc sendiri. 

Dia kata mana boleh. Saya doktor pun saya kena jumpa doktor lain jugak kalau nak mc. Aku mintak mc pun dia tak bagi weh. Dia kata tak boleh salah guna kuasa. 

So saya la ambik cuti kecemasan 2 hari teman dia. Pastu bagi keta kodok kesayangan aku untuk dia guna. Dah duduk sana rasa bosan pulak. Ya la dia pergi kerja aku pulak cuti. Tak tau nak buat apa. 

So saya pergi klinik kesihatan dia menyamar macam pesakit. Tapi bkan daftar ke apa pun. Sampai kat klinik tanya dia kat bilik mana. Hahaha. 

Saja la nak kacau dia sambil mengisi masa lapang. Tu pun kena marah berdas2 sebab kacau waktu kerja dia. Garang betul dia ni kalau bab2 kerja. 

Sekarang ni macam mana saya nak bagitau dia pasal bekas tunang tu. Ke saya patut diam ja. Hidup saya jadi tak tenang pulak lately ni. 

Sebab kerap dapat friend request acc pelik2. Pastu nak jawab number tak kenal pun takut. Takut perempuan tu. Tapi takat ni tak de dah la dia muncul. 

Cuma last week dia send request dari fb betul dia. Kadang2 tak faham apa masalah dia. Dia dah tau saya dah kahwin kan. Pasai pa dok kacau lagi. 

Pastu macam saya kata, kerap la mimpi pelik2. Saya takut perempuan tu guna benda bukan2. Bukan nak sangka buruk kat orang. Tapi risau. Saya dah ada isteri sekarang. Tak nak la kerana saya isteri saya di apa2kan. 

Saya ada tanya doktor tu ada mimpi apa2 ka. Dia kata tak dak. Sebab doktor setiap malam sebelum tidur mesti baca quran 5 helai. Pastu baca al mulk. Semoga allah lindungi isteri saya selalu. 

Atau sebenarnya benda tak dak apa. Aku yang overthinking ka ni. Tapi macam mana tak overthinking, 

Aku mimpi family perempuan tu mai tanam sesuatu depan rumah aku. Macam bawang besar tu. Ka bawang putih aku lupa dah la. Tapi bawang la. 

Benda ni ja dok berulang2. Tak bawang, mesti benda lain. Aku ni bukan kata nak percaya, tapi aku jenis ambik serius mimpi2 aku. 

Lepas tu ada sekali tu aku mmpi ada satu orang letak pasir kubur dalam baju putih doktor rusia. Yang baju doktor tu. 

Tapi aku dengan doktor rusia ni beza sangat la sikap kami. Dia jenis tak percaya semua tu. Jenis cool dan tak peduli. 

Maksudnya, hari tu aku saja la cakap aku kerap mimpi bekas tunang aku. Pastu mimpi dia buat sesuatu. 

Doktor rusia kata awak banyak fikir dia la tu. Laki macam tu la, dah kahwin pun sibuk ingat perempuan lain. 

Ada jugak la aku marah dia. Orang serius dia tak mau ambik serius. Aku kata kalau orang sihir kita macam mana. 

Dia kata sebab tu saya suruh awak baca quran hari2. Jangan tingal. Solat awal waktu. Mintak allah lindung. Baca ayat yasin 9. Dah mula dah ceramah agama dia. 

Tapi kan, kadang rasa macam doktor rusia ni tau sesuatu la. Ka dia ada baca mesej2 aku dengan perempuan tu dulu. Tapi aku dah delete semua dah. Pastu pun dah blok dia dah. Tak mungkin dia ada baca. 

Tapi last sebelum dia pergi meeting ni, masa aku balik kerja tu dia pandang ja aku. Tapi cara dia pandang tu menyeramkan. Aku tanya awat tengok macam tu. 

Dia kata kenapa, saya tak boleh pandang ka. Aku kata boleh ja. Tapi pandang macam aku ni ada buat salah pulakk. 

Tiba2 dia sebut agrofobia. Aku boleh ingat sebab dia macam agro bank. Aku tanya apa, nak buat loan dengan agro bank?

Dia diam dalam 3 saat. Dia tak pandang aku dah. Dia tengok tv ja tapi dia kata afraid of own shadow. 

Mula la aku naik angin. Tak habis2 speaking london dengan bahasa aku tak faham. Cakap yes no ok dah la. Ni shadow2 pulak. 

Aku tanya apa benda awak ni. Saya tanya apa maksud dia. Tadi agro bank ni apa dia pulak. 

Tapi ada jugak la aku tengok kat tv tu kot2 ada tulis macam tu ka. Sebab dia ni suka membaca kuat2. Kena la pastikan dulu sebelum termalu sendiri. 

Tapi kat tv tu cerita doremon ja. Dia cakap orang yang takut dengan bayang2 sendiri. Lepas tu dia masuk bilik. 

Terus aku pun terdiam. Macam tiba2 aku ada buat salah besar pulak. Puas aku fikir ada ka aku buat apa2 tanpa aku sedar. Tapi rasa macam tak dak. 

Malam tu dia dah gerak pi meeting. So aku tak dapat sembang apa sangat la. Esok mungkin dia balik. Tapi aku dah dup dap dup dap dah ni. Fikir apa nak jadi ni. Tolong doakan aku. 

– Conan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Sebelum terlambat, baik berterus terang cepat! Lindungi diri & keluarga juga dgn istikhomah amalan sunat insya-Allah

  2. better cerita yg pmpuan tu dok kacau. kang silap2 pmpuan tu dah cerita yg bukan2 kat wife. lg naya oooo

  3. x ya overthinking sgt la bro, sometime bila tlalu pk tue msuk dlm mmpi. Cube sblm tido , amek wudhu and bca sehelai 2 ms al quran. Pmpuan mmg cm2 kdg2x die x blh trime ko idop sng lenang dikala khdupan die sngsara tp die bhagia ko sengsara itu x pe. Pmpuan psycho nama ye. Ko as lelaki abaikan sje..Deactivate fb ko bt fb bru just friend dgn bini ko sorg je. Pas2 DP pn buh pic bini ko or samarkan muka kau. Phone call kalo hat pelik2x ko block ajer.

  4. sampai hati takjemput, kteorg tunggu tau jemputan dari confession ke dua tu!! hahaha apa apa pun tahniah. nampakla ada perubahan, bahasa pun dah sopan sikit dari 1st n 2nd post hahaha.

    btw kan bro, rasanya kena ajak Pn.Doktor duduk bincang n ceritakan semuanya. “awk free tak, boleh bagi sy masa sikit? sy ada benda nak cerita. tapi awk kena dgr dulu sampai habis, baru membebel ke marah ke” gitu. sebab kalau sy, sy taksuka benda tu dah jadi, dah kantoi, baru nak jujur diceritakan, ibaratnya kalau takjadi pape ko tak cerita la kan? gituw.
    lepas tu atas Pn.doktor la nak marah ke lepas tu dia kata alah mainan tidur je, perasaan awk je kenapa awak layan dia kenapa awak janji semua tu, yang penting ko dh cerita semuanya bro. so kalau jadi pape kedepannya macam ko kata la benda takbaik tu kan, atleast bini ko tahu apa sumbernya, dia boleh la terlintas yg ko pernah cerita tu.

    apa apa pun, semoga bahagia selalu! sy yakin Pn.Doktor ni baik orangnya..

  5. Deactivate akaun fb!!! Move fast!! Untuk selamat, jangan ada lagi perbualan dgn bekas tunang. @ tukar no hp. habis cerita.

  6. Orang perempuan ni tak suka bila suami tak cerita semua benda. Terutamanya perkara yang recently terjadi.

    Tapi conan boleh cuba bercerita dari perspective risau & sayang kan isteri. Cakap je sebenarnya conon risaukan keselamatan doctor, dari segi serangan physical mahupun bomoh ni. Beritahu je bekas tunang tiba2 cari balik, walaupun dah blok pun dia masih contact sampai hari tu call nagis2 minta tolong jumpa dia.

    Bagitahu doctor sebenarnya masa doctor accident tu, conan tanya siapa langgar tu sebab risau kalau bekas tunang tu dah start kacau isteri kesayangan conan ni,(mesti cair hati doctor dengar ni)

    Sebaiknya cerita dekat doctor, dalam masa yang sama doctor pun boleh berhati2 & lebih alert.

    Boleh juga amalkan al-matsurat pagi & ptg, ada himpunan doa dilindungi dari pelbagai musibah.

    Untuk naik kan balik semangat sebab kerap mimpi bukan2. Boleh usahakan baca al-fatihah selepas solat selama 7 hari. Hari pertama baca 1x al-fatihah, hari ke-2 2x al-fatihah sehingga la hari ke-7, gandaan 7x al-fatihah selepas solat. InsyaAllah dgn izin Allah boleh pulih semangat (ust dari darul shifa ajarkan ini pada kami).

    Semoga dipermudahkan.

  7. HAHAHAHA.. Kelakar la..

    Ok, perempuan ni tak suka suami berahsia tau.. Nanti isteri fikir apa lagi yang suami rahsiakan.. Mesti ada banyak benda tak cerita. ISTERI TAK SUKA SUAMI BERAHSIA. Better cerita je dengan isteri. Bagitahu dia ada sesuatu nak kongsi sebab tak nak simpan hal ni lama-lama. Nanti dah cerita mesti lega dan rasa tak serabut. Sekurang-kurangnya kalau dah cerita pasal perempuan psycho tu pada isteri, dia berjaga-jaga. Kalau dia mula bebel tuh tahan la kejap telinga tuhh.. SEMOGA BERBAHAGIA SELALU CONAN & DOKTOR!

  8. Haa aku nak tambah lagi..

    Untuk keberkatan rumahtangga… Ikut cara isteri tuh… Baca surah Al-Mulk sama-sama sebelum tidur.. Tak tahu ikut je sama-sama. Lama-lama hafal.. tambah lagi kemanisan rumahtangga.

  9. Brau isteri ko supaya dia pon dpt berwaspada.

    Komunikasilah dengan matang.
    Isteri pon takkanlah nak cemburu kot kalau niat sebenar ko btau ni supaya sama-sama dapat berwaspada dan saling menjaga.

    Keduanya, betullah apa isteri ko ckp, amalkan bacaan alquran.Itulah pendinding.Kalau rasa susah sgt, amalkan bacaan ayat kursi setiap hari.l, selepas subuh dan selepas asar atau sblm tdo pon boleh.Dengan niat spy Allah lindungi dr benda2 ghaib.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *