Kisah Aku Guru Swasta

Masa akhir tahun 2020 hingga awal tahun 2021, aku pegang title penganggur kehormat. Sebab aku berhijrah balik kampung lepas kahwin, so terpaksa lepaskan pekerjaan aku sebagai guru swasta kat shah alam.

Bila pindah balik kampung, aku menganggur dalam sebulan. Tak dapat panggilan iv lagi dari mana² sekolah area sini. Mungkin masa tu masih PKP. Sekolah² swasta pun banyak nak cut cost so dorang tak rasa perlu nak ambil guru baru lagi.

Tapi, aku tak berputus asa. Aku mohon gak mana2 sekolah swasta sebab pengalaman aku kira strong. Aku dah ada pengalaman sejak lepas stpm lagi.

Satu hari, aku dapat panggilan temuduga dari sekolah area pekan berdekatan. Aku happy tapi ada satu perasaan tak sedap hati tau. Aku pun tak tahu kenapa. Dorang call iv macam biasa lepas tu terus cakap aku dapat posisi guru tu.

Aku macam ehh senang betul. Dorang cakap kalau terima, minggu depan boleh start. Aku mula2 macam ragu2 gak. Tapi aku kira ni mungkin rezeki. Orang kata jangan memilih kerja masa PKP. So aku on saja.

Hari pertama aku lapor diri. Aku pergi HQ sekolah tu. Sekolah kat pekan area rumah aku tapi HQ kat bandar. Sampai2 sana saja terus ketua HR terangkan sikit2 kerja aku then terus minta aku sign kontrak. Aku macam ehh tak rilek betul. Haha.

Dia kata sepatutnya boleh bagi masa aku fikir tapi dari gaya macam terdesak sangat. Aku pulak bila tengok syarat2 dalam kontrak tu, aku dah rasa macam hurm macam something wrong. Nanti aku cerita kenapa.

Ketua HR hulurkan aku pen minta sign. Aku tak tahu la, hati rasa berat tapi aku sign juga. Nampak kontrak tu bias. Sebab aku dah biasa kerja kat sekolah swasta so aku nampak syarat2 tu agak kurang menjaga kebajikan pekerja.

Aku bukan nak bandingkan tapi tu hakikat. Kita sendiri boleh beza kan. Tapi, macam aku cakap..orang kata kita kena bersyukur dan tak memilih kerja kan?

Punya la lega muka ketua HR tu. Lepas tu, aku diminta terus kerja di sekolah tu hari tu juga. Dalam kereta otw dari HQ ke sekolah, hati aku makin berat dan terfikir2 betul ke apa aku buat. Aku memang perlu kerja tapi aku tak nak nanti aku sendiri terbeban.

Aku tunjukkan suami aku syarat dalam kontrak tu. Antaranya cuti hanya 7 hari setahun dan tiada cuti lain yang diperuntukkan.

Kalau cuti lebih dari 7 hari kena tolak gaji dan dapat warning sebab katanya orang atasan tak suka pekerja cuti konon macam tak komited.

Aku pun fikirlah, kiranya kalau aku cuti sebab sakit ke, bersalin ke, so aku kena guna cuti tahunan tu.

Dan kalau lebih dari hari tu, so gaji aku macam mana? Sebab setahu aku, paling koman pun mesti ada cuti tahunan, cuti MC, cuti bersalin, cuti kahwin. Mesti ada kat mana² syarikat. Ke aku yang salah? Tapi, aku dah tanya orang lain semua cakap kontrak tu tak logik.

Bila aku sampai saja sekolah tu, aku terus jumpa GB. GB tanya aku, aku dapat ajar subjek apa. Aku cakap la subjek akademik sekian2 untuk sesi petang tahap 2.

Dia pelik. Dia kata kalau ajar sesi petang, siapa nak ajar sesi pagi yang lain? Dan kenapa ajar tahap 2 saja? Tahap 1 siapa nak ajar?

Aku macam ehh mana aku tahu. Dah masa iv n sign kontrak dorang cakap macam tu. So aku setuju lah. Lepas tu GB macam tak puas hati.

Aku dah rasa aku kena game. GB terus call orang yang iv aku tu then tanya balik. Tiba2 dia senyum.

“Awak kena ajar subjek sekian² untuk semua kelas tahap 1 dan tahap 2 sesi pagi dan sesi petang. Lepas tu, sebab murid tahap 2 sikit jadi awak kena gabung kelas tahap 2.

Maksudnya awak kena pandai² lah nak bagi sejam masa mengajar tu untuk ajar tahun 4,5 & 6” Hahahaha kelakar. Memang kelakar.

Dengan gaji basic gila macam tu aku kena ngajar pagi petang semua sesi? Biar betik. Haa dah nampak tak ikhlas kan hahaha.

Tapi selama aku kerja jadi guru, aku tak pernah ajar 2 hingga 4 subjek then ajar semua tahap n kelas. Paling koman pun, 2 subjek untuk beberapa kelas dan satu tahap saja. Kira ni pengalaman baru.

Mungkin muka aku berubah, ye lah aku rasa dikhianati haha. Kenape berubah? Sebab masa temuduga cakap lain. Ni aku dah datang sekolah dengan wawasan baru, buat gini pula.

Lepas tu GB pujuk aku, dia kata dia boleh bantu. Dia pun pernah lalui perkara sama. Aku just kena ikut sistem yang sama.

Kena biasakan. Dont worry. Masa ni aku dah rasa memang sekolah ni pelik. Sumpah pelik. Aku dah terbayang jadual mesti padat, aku terkejar nak makan nak solat dengan RPH banyak nak kena buat.

Hari berlalu begitu lambat, sehingga la PKP diumumkan berlanjutan dan sekolah kena sambung PDPR macam tahun lalu. Lepas tu, GB inform akan ada perubahan jadual dan subjek. Aku macam dah redha. Follow saja lah. Asalkan aku kerja. Konon.

Dapat saja jadual baru, aku tengok aku dah rasa nak nangis. Jadual aku pack gila dari pagi sampai petang dan memang betul aku diminta untuk ajar gabung kelas.

Aku fikir satu saja. Budak ni, kau ajar sekali bukan terus faham. Kena betul2 bagi perhatian. Lagi2 sekolah swasta murid tak berapa ramai.

Kalau tak bermasalah takpe, tapi kalau dikategorikan bermasalah ke? So tu dah ambil masa. Ni lagi la kelas gabung? Mana satu nak dapat perhatian?

Kalau dibuatnya parent dah bayar sekali anak tak dapat hak sepatutnya? Tak mengamuk parent tu. Maaf cakap, tapi aku dah lama dalam bidang ni.

Aku tak cakap semua, tapi kalau dapat parent yang mengungkit dan suka bangkit kan kenyataan, “Gaji awak saya yang bayar tau. Anak saya sekolah bukan free. Saya bayar.” Dia bukan kira guru ni dah hempas pulas ngajar macam nak mati. Dia tahu nak result anak gempak saja.

Tahu la dah bayar, tapi guru ni kan manusia ada kelemahan.

Kalau rasa tak puas hati, tegur elok2. Kalau tak puas hati gak, daftar lah sekolah lain. Kalau masih tak puas hati, ajar lah anak sendiri hahahaha. Ok off topic parent ni. Maaf tau. Aku cuma berlaku jujur.

Aku cuma tak nak bila aku kerja, aku rasa tak ikhlas. Aku tak nak aku kerja, aku terpaksa redha dalam keadaan diri diambil kesempatan oleh orang lain.

Mula² bila guru lain cerita aku kurang percaya, tapi bila dah beberapa hari..aku dah nampak majikan aku memang out bab kebajikan dan mereka cuma reti potong gaji guru dan berkira.

Masuk group terus nampak betapa tertekannya staff n guru lama asyik kena push. Kena buat itu ini. Tak boleh salah. Kalau salah terus jumpa orang atas dapat warning. Bila aku tanya kenapa mereka bertahan, alasannya cuma satu. Nak hidup dik. Hurm.

Aku pun nak hidup. Tapi tak nak hidup macam tu. Setelah aku fikir baik2, muhasabah diri & tanya pendapat orang keliling aku akhirnya aku resign 24 jam.

Aku fikir better berhenti sekarang sekurang2 nya dorang boleh cari guru lain sebelum PDPR start. Kalau tak, kesian budak2 tu nanti last minute baru aku nak berhenti.

Hari tu, aku bagitahu jujur semua apa aku rasa dari awal sampai akhir dalam surat resign tu. Lepas sent saja surat resign tu, aku rasa lega yang teramat! Hilang semua yang membebankan kepala.

Bab rezeki memang aku tawakkal kat Allah. Memang aku akui masa tu aku fikir nak selamatkan diri saja haha.

Tak lama lepas tu, Allah bagi aku berita gembira. Berderet2 dapat offer dari sekolah lain. Ya Allah, betul2 rezeki tak kenal alamat. Dan alhamdulillah, sekarang aku dah dapat kerja sekolah swasta gak kat area bandar terpencil.

Gaji memang basic tapi kebajikan pekerja memang tiptop. Terjaga dari A to Z. Aku bersyukur sebab Allah beri kekuatan untuk buat keputusan undur diri dari sekolah tu dan gantikan dengan yang lebih baik.

Aku tak tahu la orang lain nak label aku apa atau dorang dapat tak moral of the story dari kisah aku ni. Tapi aku teringat kata² sahabat aku.

“Dik, kita memang kena redha bila Allah letakkan kita dalam satu situasi. Tapi andai redha tanpa melakukan sesuatu usaha untuk bantu diri kita pun ia satu kesilapan.”

Last but not least, ni cuma kisah aku. Jangan bandingkan dengan korang. Tu saja.

Tamat.

– Sazah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *