Kisah Anak Luar Negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aku ingin berkongsi sedikit pengalaman semasa tinggal di luar negara. Maaf jika aku campur bahasa ye dan taktau laa tajuk tu sesuai ke tak.

Aku ke negara Uncle Sam pada tahun 2017. Masa itu, Trump masih baru jadi Presiden. Aku ke sana bersama anak kecil seorang kerana suami menyambung pengajian peringkat Sarjana.

Pada mulanya aku keberatan untuk pergi kerana sentimen Islamophobia dan perasaan benci Trump pada mereka yang non whites. Tapi alhamdulillah perjalanan ke sana dan segala urusan di embassy dan airport dipermudahkan.

Kami tinggal di sebuah bandar kecil, penduduknya lebih kurang 30,000. Kami tinggal di university town kerana kawasan ini membangun kerana ada universiti di situ.

Satu hari suami aku cadangkan untuk hantar anak kami ke playschool. Dia dapat tahu pun dari kawan kelasnya yang beritahu playschool ni percuma tapi queue nak dapat tempat tu panjang.

We decided to try and jika ada rezeki, adalah. Selepas 2 minggu suami terima call mengatakan yang anak kami diterima. Cikgu kelas akan datang ke rumah untuk interview. Aku pelik bila tahu cikgu nak datang interview as it was our first time hearing that.

Cikgunya aku gelar Ms T. Orangnya bercermin mata, berambut pendek dan pakaian agak ranggi. Aku ingatkan dia tomboy mula2 tu. Haha.

Dia tanya banyak soalan seperti education background, anak ada masalah pembelajaran, ke apa expectations pada anak, etc. Selepas sesi interview, aku tanya pada Ms T “Why do we have this session?”.

Ms T jawab yang this is their procedure and at the same time nak pastikan yang the child membesar dalam suasana yang selamat dan selesa.

Seminggu selepas sesi interview kami pun hantar anak kami ke playschool. Playschool ni khas untuk mereka yang kurang berkemampuan or low income family. Kami memang tak perlu bayar apa-apa.

Suami aku belajar dengan scholarship university, aku plak ambil visa yang tak benarkan untuk bekerja jadi kami di sana adalah golongan kurang berkemampuan.

Dalam class anak aku ada 8 orang termasuk anak aku. Kesemua dalam class ni tak bayar apa-apa sebab mereka dari low income family. Ada 3 lelaki dan 5 perempuan.

Disebabkan aku takde buat pape kat rumah aku pun jadi volunteer kat kelas anak aku. Inilah serba sedikit kisah anak-anak ni.

Thomas. Thomas ni tua setahun dari anak aku, usianya 3 tahun. Orangnya tinggi, rambut perang, matanya biru dan kerap terjatuh bila jalan. Ayahnya dulu askar based di Afghanistan tapi dah berhenti and suffers from PTSD.

Mengikut kata Ms T, keadaan ayahnya dulu lagi teruk tapi sekarang dah makin pulih dan perlu bergantung pada ubat.

Ibunya bekerja sebagai setiausaha di sebuah gereja. Thomas tak banyak bercakap tapi tak banyak kerenah juga.

Kenny. Kenny usianya 3 tahun sebaya Thomas. Seorang yang petah bercakap. Rambut perang mata coklat. Ada abang dan adik lelaki. Kenny ni aku rasa macam gentleman sebab dia suka tolong kawan-kawan dan pujuk kawan bila kawan sedih atau menangis.

Mak dan ayah Kenny tak berkahwin. Aku dapat tahu ayahnya pindah ke bandar lain jadi ibunya yang jaga ketiga-tiga anaknya. Kenny ni mengingatkan aku kat penyanyi “country” haha.

Hari last kami di sana tak dapat jumpa Kenny sebab dia demam. Sedih sebab anak aku rapat juga dengan Kenny.

Kayden. Kayden masa hari pertama sekolah dia menangis sepanjang hari. Kayden ni kalau tengok memang African American tapi rupanya mak dia white, ayahnya yang black. Tapi disebabkan dia tak nampak macam budak mix, aku terkejut masa tahu maknya white.

Dia dijaga oleh atok dan nenek belah maknya. Ayah dan mak Kayden tak berkahwin. Senang cerita, dalam class tu, aku dan parents Thomas je yang berkahwin.

Kayden ni memang cerewet bab makan sebab nenek dan atok dia hari-hari bagi dia makan chicken nuggets. Fast food kat sana memang murah, Kayden ni muka dia macam Tracy Morgan cast dalam 30 Rock tu.

Caitlyn. Caitlyn ni bagi aku seorang budak perempuan yang comel. Rambut perang, matanya biru kehijauan tapi setiap kali aku tengok dia, mesti ada je cecair dalam hidung. Tapi aku perasan dia kurang join kawan dia main. Yang aku nampak dia selalu gigit kuku.

Rupanya Caitlyn ni ada masalah speech. Ada seorang therapist ni namanya Ms Sandy akan datang seminggu sekali dan buat activity dengan dia. Bila time untuk nap, Caitlyn akan suruh one of the teachers untuk dodoikan dia.

Sophia. Sophia is an African American. Aku selalu nampak ayahnya hantar dan jemput dia balik sekolah naik bas. Hubungan dia dengan ayah dia sangat rapat.

Sophia ni hari-hari fesyen rambut dia berubah. Dia kawan dengan Kayden sebab dari segi skin color, they are the same so they feel more connected, aku rasa.

Dia dan Kayden the only Blacks in the class while anak aku the only Asian in the school. Ibu dan ayah Sophia dah berpisah tapi aku suka tengok hubungan ayah-anak perempuan ni.

Terra. Terra ni sebaya anak aku. 2 tahun usianya. Kulitnya cerah, rambut kerinting hitam, mata hitam. Dia ikut rupa maknya sebab kakak Terra (sama sekolah, lain class) ikut rupa ayahnya, Kakak Terra sebiji macam Princess Merida, watak dalam filem Brave by Disney tu, rambutnya ginger.

Terra ni tinggal jauh dari sekolah. Ada sekali tu dia tak datang dan cikgunya cakap dorang accident terlanggar rusa. Sebaik pakai carseats so semua selamat cuma kereta laa teruk siket.

Terra ni ada masanya moody but overall a nice girl. Pernah sekali masa tidur petang aku dengar dia berdengkur, terkejut kejap. Haha

Athena. Athena tua setahun dan sangat petah bercakap. Bila aku tau kisah dia, aku rasa macam nak bawak dia balik Malaysia dan jadikan anak angkat.

Athena ni budaknya baik tapi nampak tak terurus. Rambutnya pendek macam pixie cut tu. Kalau dia moody tu sebab dia tak cukup tidur.

Dalam class tu ada lagi seorang cikgu aku panggil Ms C. Ms C ni ada cucu seorang. Dari gaya dia aku tau dia seorang yang pengemas dan pembersih,

Pernah sekali aku nampak dia bawak Athena keluar dari class. Rupanya dia pergi mandikan budak tu. Athena ni anak ketiga tapi adik beradik dia semua berbeza ayah,

Kakak sulung dan kedua je share the same father. Athena dan adiknya dorang taktau biological father nya. Dalam sijil lahir diletakkan nama current boyfriend mak nya ketika tu. Inilah apa yang Ms C bagitahu aku sebab dia yang pergi rumah Athena untuk sesi interview tu.

Ms C memang tak berkenan dengan mak Athena sebab mak dia selalu bertukar boyfriend. Anak-anak tak terurus, kakak sulung Athena dan kakak keduanya diejek di sekolah sebab pakaian lusuh. Ms C cakap pihak sekolah ada report kat Child Protection Services tapi tiada tindakan.

Sebenarnya dah hampir 2 tahun aku balik Malaysia tapi rindu dengan anak-anak kat playschool ni. Taktau laa camne dorang deal dengan covid ni.

Sejujurnya selama aku kat sana aku jumpa dengan orang yang baik-baik, Alhamdulillah. Cumanya jangan kita ingat America ni macam apa yang kita tengok kat filem Hollywood tu.

Mereka yang hantar anak kat playschool ni kebanyakkannya yang perlu buat 2-3 kerja, trying to live an honest and decent life. Aku bersyukur to experience this part of America but I am thankful to be in my own country.

Lagi satu, aku mula cakap I love you pada anak aku lepas aku dengar mak Terra cakap masa drop off anak dia. She said “gimme a hug, I’ll see you after work. Love you”. Sejak dari tu aku akan cakap I love you kat anak aku walaupun dia tak respond.

Tapi sekarang she is 4 years old and kadang-kadang dia akan cakap I love you mommy, randomly. So to parents and future parents, make sure to always say and remind your children that you love them, okay?

Akhir kata, mohon maaf jika ada kesalahan bahasa sebab aku memang dah lama tak mengarang. Terima kasih sudi baca.

– Midwest (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *