Kisah Anak Tunggal

Aku merupakan seorang anak tunggal dalam family. Yess memang orang cakap “wahh bestnye jadi anak tunggal tak de nak kongsi-kongsi barang dengan orang lain. Tak de nak berubut apa-apa. Mak ayah sayang kau sorang je.”

For your information kehidupan aku tak sama macam korang sangkakan. Yes… Memang apa yang korang cakap tu betul. Tapi satu benda yang korang kena tahu. Seorang anak tunggal macam aku ni dia teringin sangat nak ada adik beradik ramai. Kau tahu kenapa?? Sebab dia perlukan kawan dirumah dan bukan sahaja diluar.

Anak tunggal macam aku ni hanya ada kawan diluar. Dan kawan-kawan aku nilah adik kakak abang aku. Di rumah aku hanya ada mak ayah sahaja. Dan mak ayah aku memang straight giler. Bab mengongkong pun ya. Tapi nak salahkan pun tak boleh sebab mungkin dia orang terlalu sayangkan aku sebab aku ni satu-satunya anak dia orang…

Hidup aku umpama macam katak bawah tempurung pun ada dulu. Aku keluar hanya pergi sekolah balik sekolah. Lepas tu kalau ada kelas tambahan atau kerja kursus dengan kawan-kawan je aku aku boleh keluar. Selain pada tu tak boleh. Tu pun perlu mak ayah yang hantarkan. Tak boleh pergi sendiri…

Masa aku form 4 aku masuk asrama. Dapat jugak lah aku belajar tentang karenah manusia. Macam mana sakitnya kalau gaduh dengan kawan etc. Masa tu baru betul belajar tentang hati dan perasaan orang. Walaupun hak kebebasan tu tak ada. Outing pun kena mak ayah mai amik. 2 tahun aku duduk asrama. Sampaikan aku cakap aku tak nak dah duduk asrama.

The end aku terpaksa jugak duduk asrama sebab aku kena sambung study. Tapi nasib aku kali ni bertuah sikit. Asrama aku ni bebas sikit dan tak terkawal jugak even ada warden pun. Kalau warden buat spotcheck boleh cakap balik rumah. Oh. Kolej aku ni semua wajib duduk asrama even rumah tu dekat 5 minit je. So boleh lah cakap macam tu…

Time inilah aku rasa betul-betul bebasnya hidup. Nak ke sana ke sini. Keluar dengan kawan lelaki. Berangkat-angkat. Mak ayah aku dulu jenis selagi kau tak habis study jangan harap nak kawan dengan sesiapa. Wow masa tu rasa havoc gilalah. Tapi mak ayah aku tak tahu yang aku tengah couple dengan someone. Kalau aku bagi tahu confirm kena marahnye kan.

Tapi aku dengan boyfriend aku ni tak pernah nak keluar sekali sebab takut mak ayah… Nak jadikan cerita, masa inilah aku betul-betul mengenali dunia luar. Oo macam ni rupanya rasa. Nak kata culture shock tu ada jugaklah sikit. Vape shisha dah pernah try tapi sekali jelah sekadar mencuba. Lepas tu aku bebas nak kemana-mana je dengan kawan-kawan aku. Kadang kalau kawan tak pergi aku pergi sorang mungkin dah biasa hidup sorang so?? Apa adahal. Hahahaha…

Kadang ada jugak orang cakap aku ni gila. Sebab cakap sorang. Hahaha. Bercakap sorang-sorang memang makanan aku dari kecik. Nak luah pun kat diri aku sendiri… Masa aku form 4 form 5 aku ada 5 orang kawan and still rapat untill now. And ada sorang tempat aku meluah. Tapi bila dah habis masing dah kemana hala tapi still contact melalui ws.

Then masa aku masuk kolej, aku ada teman yang tidur sebantal makan sekali. Dialah segala-galanya. Gelak tawa sedih. Antara kami dua je. Lepas tu satu hari dia dapat spa. So dia pergi. Masa dia pergi tu aku meraung gila-gila umpama macam tiada siapa dah dekat aku. Aku perlukan dia. Dia dan dia. Masa ni ia betul-betul menguji jiwa aku… dan dalam masa yang sama aku putus cinta.

Kau tahu tak macam mana rasa. Masa tu aku rasa mana life aku yang dulu. Aku nak yang dulu. Masa inilah aku betul-betul belajar erti hidup. Oo mcm ni rupanya erti perpisahan, huhu. Sampaikan satu tahap aku nak bunuh diri tapi sempat diselamatkan. Sampai sekarang family aku tak tahu tentang ni. Hanya kawan-kawan yang jadi saksi kejadian je yang tahu.

Mungkin orang luar sana cakap aku jadi anak tunggal tak delah jadi macam kau. Aku boleh je share masalah dengan mak ayah aku. Mak ayah aku je kawan aku… hidup kau mungkin berbeza. Kau untung sebab dapat mak ayah yang memahami kau. Tapi aku dari aku kecik kalau aku bagi tau mak ayah aku. Aku salah ke tak ke aku tetap dipersalahkan dan aku tetap kena marah. Lagi aku sedih lagi aku kena marah. So aku dah biasa pendam menangis sorang-sorang.

Nak lagi betul-betul bebas adalah sekarang. Sebab aku dah tak bergantung pada sesiapa dan aku dah kerja and dah ada motor kereta. Dulu hidup aku keluar malam pun tak boleh macam kawan-kawan lain. Kawan-kawan lain form berapa dah belajar naik motor kereta. Aku?? Nak sentuh pun tak boleh. Lepas spm baru aku boleh semua tu… keluar malam dengan kawan-kawan tapi walaupun aku ni rasa kebebasan tu aku tetap jaga diri aku lagi jaga maruah lagi. Setakat ni alhamdulillah.

Dan walaupun aku kerja dekat je dengan rumah aku tetap memilih untuk duduk luar. Sebab kalau aku duduk rumah hidup aku pergi kerja balik kerja dan aku tak boleh pergi mana-mana lepas kerja. So bila aku duduk luar aku boleh buat hal sendiri… aku boleh cari kawan etc.

Hahaha, mungkin korang yang setengah tu akan cakap mak ayah aku pun macam tu. Mungkin betul tapi berbeza dengan aku… aku lonely dirumah dan aku hanya ada kawan diluar. Macam korang luar dalam pun ada kawan…

Tapi satu je hidup anak tunggal ni mak ayah sakit kau tanggung semua. Macam korang yang ada adik beradik ramai. Kau boleh bahagi-bahagi dengan adik beradik. Contoh: kak long belikan pampers kak ngah jaga mak. Kak cik beli barang dapur etc. Kalau anak tunggal semuanya kau…

Dan kalau timbul hari terpentin, korang boleh plan dengan adik beradik… Tapi aku? Hanya mampu tanya kawan-kawan je. Tapi mak ayah aku jenis kau buat lah surprise gah mana dia tetap akan kata membazir dan lagi aku kena marah…sebab aku pernah buat sampai aku tak tahu nak bahagiakan dia orang ni macam mana…

So korang kat luar sana. Hidup anak tunggal ada baik ada buruknya ada kelebihan ada kelemahan. Beruntung korang yang ada adik beradik ramai. At least korang tak lonely. Dan kau aku kita patut bersyukur. Ada sebab kenapa Tuhan letakkan kita disini… kalau tak de sebab Tuhan takkan letak…

Ok itu jelah luahan hati dari aku. Aku tak minta simpati or what, tapi nak korang hadam. Jadi anak tunggal ni tak sebest yang korang kata kan… itu je.

Assalammualaikum…

– Cik Lonely

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *