Assalamualaikum. Baru-baru ni terpampang berita pasal kisah penceraian artis, maka ramailah yang komen dan sindir…
Tak habis-habis dia ni, dari zaman kita bujang sampai dah beranak.. macam-macam komen… saya pun termasuk salah seorang yang malas ambil tahu cerita dia dari dulu…
Tapi semalam… saya rasa nak tengok ulasan dia tentang kenapa nama dia naik balik ni.. start situ, saya skodeng ig anak-anak dia…
Dan seterusnya saya nak tahu punca kenapa dia bercerai dan ia membawa saya kepada 78 page fakta kes tuntutan nafkah yang terabai kepada ex suami dia selama lebih setahun di mahkamah..
Kalau sape tak tahan nak membaca ni boleh skip ja ya.
Bila skodeng ig anak-anak dia, pertamanya saya rasa kasihan ibarat saya sedang melihat anak-anaknya sebagai anak yatim melalui pandangan mata anak-anak dia.. terasa nampak diri sendiri dekat situ sebab saya anak yatim dari kecil.
Pasti tak sama rasa sedih ada ayah yang masih hidup, ibarat tiada ayah… dengan ada ayah tapi hidup dengan memori kasih sayang ayah.
Saya boleh nampak cinta, kasih dan hormatnya anak-anak tu dekat ibu dia…Vmungkin anak-anak dia nampak pengorbanan seorang ibu yang tak ternilai dengan duit… She raised up their children.. give love, support to them…
Dia join aktiviti anak-anak masa sekolah dan lepas sekolah.. saya juga rasa amazed tengok pemikiran anak-anak dia yang positif… sama macam anak-anak artis sorang lagi yang pernah kecoh dulu, tapi sekarang artis tu dah berbaik malah lebih rapat dengan keluarga baru suami…
Pasti yang mengasuh dan membentuk pemikiran anak-anak tu adalah ibu mereka.. walaupun bercerai, anak-anak tidak berdendam… baru saya tahu juga, dia ni pernah mempunyai ibu dan ayah bercerai, mungkin kerana itu dia kuat mengharungi kehidupan sebagai ibu tunggal…
Dari luaran, dia jenis straight to the point, berpijak kepada realiti, tak suka diperkotak-katikkan… ada sikit persamaan karakter dengan saya…
Hasil google.. saya baru tahu dia diceraikan bukan atas kehendak dia ye… dia juga ada mohon mutaah dekat ex suami dia. Mutaah ni hadiah untuk isteri selepas diceraikan tanpa alasan munasabah bagi merawat kelukaan hati, lebih kurang gitu lah maksud mutaah.
Dan alasan kenapa ex suami dia tak nak beri mutaah, ada beberapa sebab. Pertama pasal mak ayah ex suami, ini benda sensitif, kita orang luar tak tahu cerita sebenar… Jadi saya no komen… Kedua, sebab dia sebagai isteri jarang memasak dan buat kerja rumah.
Eh yang ni saya tak boleh brain… Orang laki kalau kahwin, memang ingat isteri ni bibik ke… lelaki bayar mas kahwin katalah RM100, saya tak nak mention hantaran beribu tu sebab hantaran ikut adat ni jenis lebur, dapat hantaran saja terus habis…
Lain lah hantaran tu jadi mas kahwin macam sesetengah negeri… jadi dengan mas kahwin secoet tu, you expect rumah you serba serbi isteri uruskan, baju you, isteri kutip, basuh, sidai, lipat, iron…
Makanan you isteri beli barang basah, potong, masak, lap dapur, siap hidang you, basuh pinggan yang you guna…
Anak-anak you isteri bawa dalam perut 9 bulan, kena potong, luka sana sini, tak tidur malam bagi susu, salin pampers, layan, pujuk anak you nangis lagi… malam-malam you gomol pula isteri you..
Eh berbaloi ke mas kahwin secoet tu, dengan perangai you bila you tak suka, you boleh tinggalkan dia terkontang kanting…
Woman is not created to be your orang gaji or barang pakai buang…
Sebab seterusnya, katanya isteri jenis suka kepoh dekat media… adui you yang kahwin dengan artis.. dah kerja media la untuk kepohkan… isteri pula jenis straight to the point, takde benda nak selindung…
What to expect… you nak isteri diam menurut, you cari la yang bisu.. jangan ingat orang perempuan ni boleh tahan sabar nak simpan semua aib you, lagi la bila you mengabaikan tanggungjawab…
Dah jadi tanggungjawab isteri untuk bagitahu kekhilafan you kalau dah you tak nak dengar apa dia cakap… berani buat, berani tanggung…
Sebab seterusnya ex suami kata dah bagi nafkah. Yang ni pon tak boleh brain… nasib baik mahkamah putuskan nafkah yang ex suami bagi tu untuk anak-anak sahaja, bukan untuk isteri.
Sebab tu dia buat seperate tuntutan untuk nafkah dia sahaja. Eh orang lelaki ni ingat nafkah dekat anak-anak tu duit saja ke. Nafkah tu termasuk kasih sayang, layanan..
Macam mana nak beri kalau tak spend time together dengan anak. duit tu nafkah zahir, nafkah batin dekat anak-anak? takkan tak boleh fikir… singkatnya pemikiran orang lelaki…
Pendek cerita, kes mutaah ni dia menang, amaunnya RM30,000, yang bagi saya masih kecik untuk dia.. kalau RM100k boleh la terima lagi, bayar ansuran la… 10 tahun boleh setel, bukan ada bunga pun… dan dia menang semua kes tuntutan dia dekat ex suami.
Punca penceraian sebenar masih saya tak ketahui, tapi melihatkan kronologi kes dia ni, boleh saya simpulkan dia diceraikan dengan cara tak sepatutnya oleh seorang lelaki.
Mungkin faktor ditekan, dicucuk, oleh orang sekeliling serta tak cukup matang menyebabkan si lelaki tak berfikiran dengan waras…
Haa yang fakta kes 78 page ni pula sangat membuka mata saya… saya baca setiap patah perkataan… baru saya tahu releven tuntutan nafkah yang dia buat untuk nafkah tertunggak 20 bulan lebih lepas ex suami dia tak balik rumah… setiap satu tuntutan dibicara dan diadili.
Tuntutan tu adalah merupakan makan-minum, bil-bil utiliti, pakaian dan keperluan diri, kos pengangkutan dan sewa rumah.
Saya nak ulas sikit makan minum yang dikira RM40 sehari oleh mahkamah, lagi rendah daripada rate kerajaan RM45 sehari sekiranya bertugas luar kawasan… pastu ex suami kata sehari 2 kali makan saja boleh tuntut… cakap kede*** kang marah…
Kos bil utiliti hanya bicarakan untuk api dan air sebab dalam kes dia, dia duduk rumah sewa… tapi jangan lupa la ada kos pembentungan, cukai pintu, cukai tanah, kos maintenance, ini kalau kita duk rumah sendiri..
Kos pakaian pula mahkamah putuskan dikira 6 pasang setahun untuk baju dan seluar. Tapi mahkamah lupa kot ada baju dalam, seluar dalam, kain dalam, anak tudung, tudung, pin untuk tudung… RM100 mana cukup bos… kalau tak pernah beli untuk isteri memang tak kan tahu…
RM100 tu kos baju dan seluar paling mahal ex suami pernah beli untuk dia, jadi ex suami nak bagi banyak tu ja, kata ex suami dia la… kede***…
Tapi mahkamah bagi RM500 based on status kehidupan dia dan selepas mendengar hujahan kedua pihak.. untuk keperluan diri pula RM150 sebulan, ni untuk berus gigi, ubat gigi, pad dll.. ok lah logik…
Kos pengangkutan pula ditolak oleh mahkamah… yang ni dia tuntut petrol dan tol sahaja untuk pergi kerja. Yang ni saya rasa keputusan mahkamah tak betul.
Eh kalau orang lelaki suka hati tak balik rumah bertahun, sape nak bayar segala sewa rumah, makanan tu semua kalau isteri tak kerja…
Nak keluar kerja takkan tak pakai kereta, anak sakit demam nak hantar klinik takkan tak pakai kereta.. sandaran hujah mereka adalah pada majlis fiqh sedunia, yang kalau isteri bekerja memerlukan kos tambahan seperti pengangkutan, kos tu bawah isteri…
Hujah tu logik kalau suami tak buat hal, boleh la nak sandar hujah tu…
Dia siap tunjuk bil rumah nak kena potong sepanjang ex suami keluar dari rumah, kalau isteri tak ambil inisiatif bekerja, orang perempuan dan anak-anak duduk sahaja dalam gelap kah.
Nak mandi, pergi ambil air dekat masjid kah. Dia buat tuntutan ni dekat mahkamah selepas suami hilang 20 bulan, jadi sepanjang 20 bulan, kenapa anak dan isteri kena suffer pula kan,
Pastu baitul mal mana nak tanggung isteri dan anak yang kegelapan dan takde air nak mandi ni, proses nak mohon, turun naik ding dong ding dong, duk bergelap dulu la anak-anak dekat rumah.
Kena pakai duit nafkah anak untuk beli lilin dan mancis sampai la menang kes lepas bertahun turun naik mahkamah.. and yess baru boleh claim bil api air after years….
Wahhh so funny! siapa yang buat taik, siapa yang kena tanggung.. keputusan yang ni saya rasa tak wajar… as if kalau isteri kena tinggal dengan suami, duduk mereput saja la dekat rumah… kalau bekerja, bukan tanggungjawab suami dah tu… stu***
Seterusnya, kos sewa rumah.. dia dan anak-anak duduk rumah sewa, rumah tu mmg dia duduk dari sebelum kahwin sampai la suami dia keluar tak balik-balik.
Haa yang ni nampak ex suami putar belit kenyataan, nak tuduh isteri pula nusayauz.. padahal dia yang keluar rumah tak balik-balik..
Pengajarannya, kita kalau bergaduh laki bini, don’t ever leave home… baik suami atau isteri. Tindakan kita keluar rumah itu boleh jadi hujah. Lagi lah keluar tanpa beritahu apa-apa dekat pasangan. Mahkamah setuju untuk kos rumah ex suami tetap kena tanggung.
Apapun, mungkin nilai tuntutan dia dekat ex suami sangat tinggi bagi orang lain, atau mungkin terlampau tinggi bagi ex suami.. siap ex suami cakap bila isteri menang kes, kata tu “rezeki” isteri, eh eh, itu “tanggungjawab” kau la yang kau ABAI…
Tapi bagi saya, melihat pecahan tuntutan dia, dah kira sangat relevan dan berpatutan bagi status dia sebagai wanita dan artis.
Dia dah korbankan reputasi artis dengan kahwin di sempadan, dengan sikap dia tak pernah minta nafkah sepanjang berkahwin sebab dia bukan jenis suka menyusahkan dan independent, dia bersakit-sakit bersalin benih ex suami dia lagi, londeh pinggang dan urat tau… you lelaki ingat senang ka…
In fact kalau you lelaki dah tahu lifestyle isteri sebelum kahwin, dan lepas kahwin rasa tak mampu nak sediakan pembantu rumah dan nafkah,
Ye lah nak isteri duduk rumah boleh ikut you ke hulu ke hilir, kelek anak, kalau you nak dia tak bekerja, tak payah lah you lelaki kahwin perempuan standard, ada kelas, ada pendidikan macam ni…
Kahwin saja lah mana-mana yang ada… beli bmw, mercedes, motor bike boleh pula kan… dia cuba menuntut sewajarnya, bagi saya la… ada logik dan basis… dan mahkamah pun dah putuskan, sebulan nafkah untuk dia RM3000 lebih tau tuan puan…
Kalau kita rakyat marhaen, katalah anak lebih seorang.. nilaian untuk kita lebih kurang macam ni:
1) Makan minum -RM40 sehari =RM14,400 setahun2) pakaian – RM150 x 6 pasang setahun = RM900 (baju kurung seratus, tudung 30 hinggit, anak2 dalam, 20 hinggit).
3) Keperluan diri – RM150 sebulan = RM1800 setahun.
4) Utiliti – RM200 api RM100 air sebulan = RM3600 setahun.
5) Rumah – RM1500 sebulan (teres) = RM18000 setahun.
Total ialah RM38,300 setahun atau RM3,192 sebulan.
Haaa lebih kurang artis saja kan kita ni… kos rumah sewa dia tu, dia tuntut separuh saja tau dekat ex suami dia, baik dah dia dekat situ…
Jadi kalau suami masing-masing buat perangai, sila ingatkan awal-awal…sebulan nafkah untuk isteri adalah RM3000. Bagitahu siap-siap. Kalau rumah flat, lain lah cara kira…
Tapi bagi saya, kenapa kita orang perempuan pula nak lower our standard, bersusah-susah, makan catu, duduk rumah sempit-sempit dengan anak-anak ramai, kalau suami jenis macamni…tuntut saja sewajarnya, biar berhubung semula sel otak lelaki..
Jadi kalau lelaki nak buat taik pun, dia pikir banyak kali…
Bagi saya, artis sorang ni, dia tahu apa yang dia buat… orang perempuan bukan alas lelaki… orang lelaki tak patut dibiarkan terus mengabaikan tanggungjawab walaupun dah bercerai…
Saya respect dia bab ni. Dia tau hak dia. Dia firm dan clear. Bukan saya nak kata ex suami dia tak bertanggungjawab, ex suami dia bagi RM2000-3000 sebulan tapi tu mahkamah dah cakap tu untuk anak, bukan untuk isteri…
Bagi saya ex suami dia (KURANG) bertanggungjawab juga la… cuma ex suami dia banyak salah faham tentang tugas dan tanggungjawab… mungkin kurang diberi pendedahan dan ilmu pengetahuan… jadi ex suami ingat dia di landasan yang betul…
Pastu orang sekeliling dia pula maybe ada kata, yes you are right brother, your wife is S***, never give up brother… mana tau kan… sebab tu sel otak sampai sudah tak berhubung…
Kita pun tak tahu sejauh mana berusahanya ex suami dia membetulkan keadaan… apa limitation dan tuntutan suami dia sampai kena abaikan tanggungjawab tu… but we know something is just not right.. mahkamah pun dah adili dan putuskan…
Mungkin kalau ada yang talkinkan dan doakan hari2 yang tanggungjawab ex dia masih tak putus dekat anak-anak walaupun mahkamah dan putuskan kes-kes tuntutan nafkah, maybe boleh buat ex suami tu tersedar kembali…
It’s an eye opening for me… saya pun dah kongsi hasil carian google saya semalam ni dekat suami masa duk baring-baring pagi tadi… bagi sikit, spy dia berfikir panjang kot2 la ada terfikir nak menyusahkan isteri kan… jangan ingat kita tak tau apa-apa… hehehe…
Bukan duit yang orang jenis kami ni nak, tapi perasaan tanggungjawab… you akad nikah, you berjanji dengan Allah tau, you buat perjanjian yang berat dengan Allah…
Ada dalam Quran tu ye tuan puan, fahamkan maksud pernikahan… bukan sonot-sonot ambil gambar kawin, make up-make up, gelak-gelak je…
Jadi laksanakanlah tanggungjawab sementara diberi kesihatan tubuh badan, kelapangan rezeki… sebab you tak boleh fikir lurus, jadi terpaksalah orang-orang perangai macam kami pilih guna cara mahkamah…
Saya tak nak lah suami isteri sampai menuntut ke mahkamah, jangan salah faham, saya tak seronok pun kes ni… sebab tu tak ambil tahu selama ni..
Tapi kita kena ada kesedaran… supaya masing-masing berfikir panjang apa akibat jika buat taik… kat dunia lepas, dekat akhirat belum tentu lepas… kat dunia boleh tuntut, dekat akhirat lagi boleh tuntut…
Jadi orang lelaki bukan senang, tanggungjawab berat, sama saja jadi perempuan bukan senang… orang perempuan pon tak semua baik, ada yang ada problem.. sama juga lah lelaki, ada saja lelaki yang bertanggungjawab… bukan semua teruk pon…
Apapun, saya harap artis tu diberi ketenangan hidup, didampingi anak-anak dan orang-orang yang baik, dimudahkan urusan dunia dan akhirat… you give a good lesson to me today… tiba2 timbul kasih sayang dekat dia dalam hati ni… and i am sharing this to all..
– Maya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> httapis://iiumc.com/submit
Isteri buian perempuan sahaja. Support gender equality