Kisah Badminton Malaysia II

Hi semua.. jumpa lagi. Sebelum ini saya ada menulis artikel berkenaan kisah badminton di Malaysia, (https://iiumc.com/kisah-badminton-malaysia-lee-zii-jia-bukan-jebat/)

Tak salah rasanya kita menukar suasana disini sekali-sekala dengan berbicara berkenaan perkembangan badminton negara.

Pada saat artikel ini ditulis, esok, buat pertama kali pemain perseorangan yang meningkat naik, Ng Tze Yong akan berentap di pusingan 64 world championship. Buat Lee Zii Jia, Liew Deren dan lain-lain, tahun ini bukan lagi tahun pertama mereka.

World championship ini adalah satu pertandingan berprestij di dalam sukan badminton, yang kedua tertinggi selepas sukan olimpik.

Saking tingginya kedudukan pertandingan ini, legend negara kita Dato’ Lee Chong Wei sering ditertawakan di peringkat antarabangsa kerana tiada gelaran world champion ini sepanjang 18 tahun kerjayanya.

Walaupun kita lihat kembali, DLCW memungut pingat perak sebanyak 3 kali sepanjang kariernya, tapi masih ada pihak-pihak yang meremehkan pencapaian itu dan sedikit sebanyak membuat hati rakyat malaysia ‘panas’. Dan jika kita lihat, setiap final DLCW, beliau hanya kalah tipis.

Tapi ya.. It is what it is.. whatever it is.. We proud of u DLCW regardless what others say. You are the true fighter!! And your silver medalist is so precious to us, as Malaysian.

Disebabkan inilah, Lee Zii Jia mengambil keputusan untuk skip kejohanan sukan komonwel dan memilih untuk bersiap sedia untuk world championship.

Walaupun menerima kecaman dari pelbagai sudut, LZJ tetap dengan pendiriannya untuk tidak beraksi. Pada saya, tidak menjadi kesalahan untuk dia memilih, tapi caranya tidak kena.

Beliau hanya memberitahu dalam bentuk video di media sosial, disaat negara sudah menaruh harapan untuk mempertahankan pingat emas acara perseorangan lelaki, yang mana kita sebenarnya lebih dari mampu,

Dia mengundurkan diri tanpa sepatah dua kata atau berbincang secara formal dengan pihak yang berwajib.

Ini menunjukkan, dia masih belum matang dan tidak profesional dan tidak selari dengan apa yang dia sendiri katakan saat memilih untuk meningalkan BAM dan bergerak secara professional.

Ya, tak mau terlibat itu tidak salah, tapi tiada perbincangan secara matang itu menunjukkan jelas bahawa komunikasi dua hala bukanlah benda mudah bila melibatkan darah muda LZJ ini.

Dan disinilah nama Ng Tze Yong muncul sebagai wira negara. Jika hendak dibandingkan dengan LZJ, penyertaan last minutes NTY ini tidak boleh di samaertikan.

Penyertaan LZJ , jika dia menyertai, adalah untuk mendapatkan pingat emas, tetapi, buat NTY, tiada sasaran yang ditetapkan-jika mampu, bawa apa-apa pingat..

Itulah kata jurulatih WCH. Jadi, beban yang dibawa tidaklah seberat seorang LZJ jika dia menyertai kejohanan ini. Dalam kata lain-nothing to lose for NTY. Yalah kan, mana boleh compare world no 5 dengan world ni 42.

Walaupun tidak menjadi sandaran negara untuk mendapatkan pingat, kesungguhan dan kematangan permainan yang ditunjukkan NTY di sukan Komonwel Birmingham baru ini sangat memberansangkan.

Secara tidak langsung, jiwa rakyat Malaysia terubat dan boleh saya katakan, dia mengembalikan memori dan moment, saat kita semua didepan TV menyokong DLCW suatu ketika dulu.. Perasaan yang sama..

Dan saat saya membaca ucapan DLCW kepada NTY..

“As for Ng Tze Yong, i believe i spoke for the whole nation when i said I am proud of your performance……..”

I cry.. T_T

Kalau yang faham tu faham lah.. rasa yang macammana tu. Perasaan yang.. kalau tak menang pun, tapi bila dah bagi kesanggupan untuk berjuang, kesungguhan dan berusaha sampai ketahap akhir buat dan berikan yang terbaik, its Ok.. its alright.. We proud of u.. So so inspiring..

Badminton bukanlah segalanya, tapi pada saya, sukan badminton ini, sejak dulu berada dalam jiwa rakyat Malaysia. Kalah menang sedikit sebanyak menjadi buah mulut dan rakyat malaysia juga berkongsi merasai keperitan dan kegembiraan yang dibawa.

Jadi tidak salah jika saya katakan.. tiada sukan di Malaysia dapat menggantikan badminton di hati rakyat malaysia.. Hatta bola sepak sekali pun.

Bercakap mengenai NTY, saya pertama kali menyaksikan perlawanan beliau tahun lepas ketika dia memenangi pertandingan sebagai male single kedua mengalahkan Kanada di piala Thomas 2020 tahun lepas.

Apa yang menariknya, selepas itu,, beliau memberikan saingan yang baik bila bertembung Jonathan Christie dari indonesia di peringkat suku akhir.

Saya masih ingat, semasa pertandingan itu, Rashid Sidek menjadi tetamu undangan di studio,

Di akhir, pertandingan, NTY tumpas kepada JC, NTY di temubual – dia mengatakan, dari segi taktikal dan teknik, dia sudah berada on track cuma stamina masih jauh, dia tahu apa yang dia perlu improve..

Dan salah satu soalan yang ditanyakan-apakah target anda selepas ini. Kalau tak salah- NTY menjawab, untuk masuk top 30 dalam 1 tahun.

Mendengar jawapan NTY- respon Rashid Sidek-NTY boleh pergi lebih jauh, sebab dia ada target dan matlamat yang ingin di capai. Inilah ciri orang nk berjaya..

Somehow, it give me some motivation watching this sport.

Sejak dari itu kita dapat lihat, slowly and surely meraih gelaran dan pencapaian.. NTY menaiki tangga rangking, sampai ke ranking 42 saat ini dan perlahan-lahan menumpaskan lawan yang lebih tinggi ranking darinya. Its like seeing a living legend in the making.

Apa yang saya kagum, coach Hendrawan, coach yang sama menaikkan LZJ, menasihatkan NTY dan media supaya tidak terlalu memuji yang bisa menjatuhkan anak buahnya. Masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki dan yang pasti, dia sudah berada di track yang benar.

LZJ vs NTY

Bila ini terjadi, mulalah netizen membandingkan keduanya.

For those who still dont understand, this is not a competition between this two, tetapi mereka berdua inilah yang akan berjuang untuk nama negara.. Jadi tak kisahlah siapa, berilah sokongan kita sebagai rakyat Malaysia.

Jangan jadi batu api.

Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

Tak nak komen banyak-banyak, tapi harap mereka dapat berlawan dengan diri mereka sendiri. Semangat masa dapat bronze medallist olympic dulu harap dapat kembali pada mereka.

Mungkin mereka kena tengok balik video tu and dapat balik that feeling. Masa tengok Aaron Chia keluar air mata masa dapat pingat.. Still rasa goosebump sampai sekarang.. U all such and inspiring.. Dont lose hope.. All the best!!!

After all, sukan badminton pada saya bnayak mengajar erti hidup

1. Semangat cintakan negara.

2. Semangat berjuang dan berikan yang terbaik.

3. Tidak berputus asa.

4. Ambil peluang dan belajar untuk terima tanggung jawab yang boleh datang dengan tiba-tiba dan berikan yang terbaik yang kita ada.

5. Hidup untuk memberi, bukan nafsi-nafsi.

6. If you want to go fast, walk alone, if you want to go far, walk together.

7. Hidup ini adalah proses, tak semestinya selalu lancar, yang pasti kena ada tujuan dan apa yang ingin dicapai.

8. Hasil tidak akan mengkhianati usaha.. trust the process

Banyak lagi lah, bergantung pada kita nk lihat badminton saja atau belajar hikmah disebaliknya..

All the best team Malaysia untuk world championship..

Adios..

– Meme (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *