Kisah Badminton Malaysia III

Untuk part I, (https://iiumc.com/kisah-badminton-malaysia-lee-zii-jia-bukan-jebat/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/kisah-badminton-malaysia-ii/).

Hai semua. Jumpa lagi dalam artikel kali ini dalam sembang badminton Malaysia.

Disebabkan kita masih panas dengan kejayaan beregu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang baru ditabalkan sebagai Juara Dunia untuk acara beregu lelaki.

Bila kita lihat kembali, perjalanan mereka, ini bukan lagi mimpi, tetapi mimpi yang sudah dapat dikejar dan dicapai. Priceless experience..

Tidak hanya untuk mereka, tetapi juga buat semua rakyat Malaysia yang menunggu 47 tahun untuk wakil negara membawa pulang gelaran ini.

Walaupun tidaklah semeriah kejayaan piala thomas 1992, tetapi ia adalah satu kebanggaan dan moment yang penting terutama buat para badminton lovers..

Dan seperti kita tahu, liku-liku untuk mereka mendapat gelaran ini tidak mudah. 4 tahun partnership, ranking no 1 Malaysia, ranking kelima dunia tanpa sebarang gelaran tournament.

Beberapa kali juga peluang mengintai mereka, terutama di sukan komanwel baru -baru ini, tetapi bila sudah namanya tiada rezeki.. maka tiadalah rezekinya disitu..

Bukan mudah untuk mereka mengangkat muka dan mendabik dada untuk mengatakan dan menunjukkan pada dunia kehebatan mereka.

Walaupun begitu, boleh saya katakan, prestasi mereka di setiap kejohanan adalah konsisten, paling tidak melepasi suku akhir atau ke semi final pada setiap kejohanan. Tidak putus asa dan paling terbaik, sentiasa tidak lekang mengucapkan tahniah buat mereka yang menjadi juara.

Walaupun sukar melepasi halangan di beberapa siri semi final, dihentam netizen, dan lain -lain, mereka tidak berputus asa.

Apa yang boleh saya katakan, mereka menunjukkan bahawa mereka juga manusia biasa, ada masa juga down dan kalah berhadapan dengan diri sendiri.

Seperti setiap kali saya suka tekankan, halangan utama untuk berjaya adalah diri sendiri. Jika kita yakin, kita dapat atasinya.. Dan terbukti, bila mereka dapat memecahkan dan lebih percaya diri, mereka berhasil.

Dan untuk mendapatkan ini, ia tidak datang bergolek, perlu kecekalan, iltizam dan semangat untuk lebih konsisten untuk percaya… Percaya yang mereka sebenarnya mampu..

Fikirkan boleh-inilah asalnya lagu fikirkan boleh, lagu tema thomas cup 1992 yang pada ssat itu ditujukan buat rashid Sidek.

Apa yang saya suka, selepas kemenangan Aaron dan Soh wooi Yik ke atas Legend indonesia-Ahsan dan Setiawan, BL Indonesia ikut senang dan berkongsi ucapan tahniah.

Kita dapat lihat komen dan ucapan tahniah mereka dimana-mana dan perkara ini agak janggal kita lihat apatah lagi bila Malaysia menumpaskan Indonesia.

Ini adalah kerana kejayaan Aaron da Soh Wooi Yik ini sedikit sebanyak menyentuh hati semua dan membuatkan kita semua percaya yang usaha tidak mengkhianati hasil..

Semua orang dapat melihat hasil ,bila kita percaya pada proses.. Its just a matter of time. And the right time for them is during world championship to get their first title.. And became the 1st Malaysian to do so.. Legend! Triple the excitement.

Tahniah buat Juara Dunia Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Semoga lebih percaya diri untuk lebih maju jaya!

*Lee Zii Jia, Hero Malaysia, Tapi juga manusia biasa*

Pada saat artikel ini ditulis, diluar meriah sambutan hari kemerdekaan disambut oleh rakyat jelata terutama selepas wabak Covid -19 beralih ke fasa endemik.

Tetapi di media sosial meriah dengan kekalahan LZJ di pusingan pertama Japan Open ditangan Kidambi. Sebelum ini di World Championship, LZJ juga tersingkir di R-16.

Apa yang menjadi bualan para badminton lovers malaysia adalah berkenaan sosok LZJ yang tidak seperti biasanya. Seakan ini bukanlah LZJ yang kita semua kenali.

Seperti yang kita kenali LZJ adalah seorang yang mempunyai misi dan ego tersendiri. Buat pemain badminton, ego itu perlu untuk menaikkan spirit players dan menaikan minded pemain ketahap tinggi..

Apa sudah jadi dengan LZJ?

Ramai mengatakan bahawa moralnya jatuh akibat mendapat serangan dari netizen setelah beliau menarik diri dari sukan komanwel

Pada artikel lepas, ada suatu pertanyaan di ruang komen yang meminta pandangan berkenaan kekalahan LZJ di world championship. Saya bukanlah orang yang tepat dan tidak expert untuk berbicara soal ini.

Tapi dari pembacaan dan temuramah yang saya ikuti dari para coaches dan pemain, dapat saya simpulkan untk menjadi pemain badminton terbaik, perlu untuk belajar menjadi all-rounders players.

Jika kita lihat, kehebatan LZJ adalah pada attackingnya dan smash yang mematikan. Tetapi kita juga dapat lihat LZJ masih sering melakukan unforced error yang menyebabkan pihak lawan mendapat mata percuma akibat kecuaian dan ketidak sabarannya mematikan servis.

LZJ juga tidak mempunyai defense yang cukup baik dan satu lagi yang saya perasan, dia sangat suka mencari perhatian untuk membuat beberapa outstanding shot yang kadang nampak *keren* tetapi tidak mempunyai meaning.

Seolah-olah suka menjadi topik perbicaraan atau dimasukkan kedalam highlight of the day.

Masalah utama LZJ, masih adalah dirinya sendiri. Lee zii jia own enemy is himself.

Dalam satu wawancara, dia sendiri mengakui bahawa dia ada pemikiran sendiri, apa yang dia ingin lakukan, tapi tidak semestinya apa yang dia suka itu baik untuknya. Again.. It come back to process..

Dalam hidup, tidak kira apa yang kita lakukan, kejayaan itu tidak datang bergolek. Kejayaan datang apabila kita dapat mengharungi cubaan-cubaan atau training terutama perkara perkara yang kita elak untuk hadapi.

Saya masih ingat salah satu imterview coach hendrawan berkenaan LZJ semasa dia masih bersama BAM. Kata coach hendrawan, LZJ masih lagi bersama BAM

“There are times he does well and there are times he doesn’t do so well. The (performance) curve goes up and down a lot.

“One of our jobs as coaches is to lessen that curve. If we can do that, it will mean that Zii Jia is starting to mature as a player.”

Dalam kata lain, jika anda dapat bayang kan curve turun naik macam wave tu, Curve untuk LZJ ni boleh kata tinggi, upper limit to lower limit..jika bagus,naik atas sangat, jika tak perform, jatuh bawah.

Pemain yang baik adalah pemain yang boleh konsisten di tengah dan curve dia lebih kecil.. Tak sure anda dapat bayangkan atau tidak. Jadi umtuk kecilkan curve tu..perlu latihan untuk jadi all roumders..

Saya ada juga mengikuti temuramah lain oleh coach hendrawan berkenaan DLCW. Kata dia, semua orang merasakan dia beruntung dapat melatih DLCW..

“Coba aja” kata pak Hendrawan.

Sambung dia lagi, dia melatih DLCW, pada saat itu DLCW sudah no 1 dunia.

Bukan mudah untuk DLCW untuk percaya pada regim latihan beliau, tapi slowly disebabkan sifat rendah hati DLCW, dia mula berlatih untuk lebih defensive, bermain secara rally, dan menjadi all rounders player.

Still..it need process and all this not happened overnight. Dan lagi satu.. Adalah percaya dan serah hati umtuk dibimbing. Jika tiada kepercayaan, process ini juga tidak dapat berlaku.

Perkara inilah yang terjadi pada LZJ, – jika saya tidak salah, yang menjadi salah satu punca dia meninggalkan BAM dan memilih menjadi independent player.

Tetapi, walaupun LZJ belum lagi menjadi all-rounders player, tetapi tidak dinafikan kehebatan dan teknik yang sudah ada pada beliau adalah suatu extraordinary yang tidak dimiliki pemain lain. Saya ada pernah melihat temuramah pemain korea, lee yong dae.

Didalam temuramah tersebut dia ada mengatakan stail pemain korea selatan adalah smashing dan mereka mempunyai fizikal yang kuat hasil training mereka, tetapi sering kalah bila bertemu pemain Indonesia kerana mereka mempunyai trick-trick yang licik dan mengelirukan.

Tetapi untuk mereka mengikuti gaya permainan Indonesia, mereka akan hilang identiti permainan mereka, jadi mereka memilih untuk tetap menggunakan stail samshing mereka yang mematikan itu dalam pertandingan dan masih memenangi pertandingn.

Dalam ertikata lain, tidak salah juga untuk kekalkan kelebihan yang kita ada, tetapi, pada masa yang sama perlu ada peningkatan dalam aspek lain. Jika tidak permainan kita mudah dibaca lawan.

Pendek kata, LZJ juga manusia, bukan superman, saat ini mungkin masa dia jatuh. And its ok not to be ok. Yang tak Ok, if you allowed yourself to do so without getting any help. Semoga dia tidak lama memilih untuk berada ditahap ini.

If need help, please look for it. You are good, but can make yourself better if you allowed yourself to do so. All the best LZJ. Whatever it is..you still our Hero!

– Meme (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *