Assalamualaikum and hi. Terpanggil untuk tulis lagi confession di sini.
Hangat diperkatakan baru-baru ini tentang Lee Zii Jia, perseorangan lelaki utama Malaysia yang memilih meninggalkan BAM dan di sanksi dengan dua tahun pergantungan dari didaftarkan ke sebarang kejohanan antarabangsa selama dua tahun.
Untuk kekal di BAM, LZJ ada mengemukakan beberapa tuntutan antaranya..
1. Dibenarkan mempunyai team dan kejurulatihan sendiri
2. Sponsor sendiri
3. Memilih kejohanan sendiri
Dalam erti kata lain, saya ada sponsor, saya ingin mengatur hidup saya mengikut acuan saya.
Tetapi keputusan yang dikeluarkan BAM, kalau kita terjemahkan, awak boleh keluar, tapi berehatlah selama dua tahun, tapi kami buka pintu pada awak bila -bila masa untuk kembali, dan tuntutan awak tak dapat kami penuhi.
Macam-macam pendapat kita dapat baca di social media tempatan mahupun antarabangsa yang kebanyakkannya menghentam BAM dan memberi solidariti kepada LZJ.
Tapi yang saya paling tak boleh ‘brain’ ramai juga yang menggunakan ayat “pindah saja ke Singapura, tukar kerakyatan, jadi player sana macam XXX” .
Pada saya komen seperti ini sangat menjengkelkan dan langsung tidak perlu disaat seperti ini yang mana badminton adalah sukan yang memupuk patriotisme dan semangat cintakan negara, walaupun hanya pada para penonton sukan ini.
Kalau tak boleh cakap yang bernas, diam itu lebih baik.
Saya setuju dengan pendapat DLCW yang mengatakan tidak ada siapa menang dalam kemelut ini jika tidak diselesaikan dengan baik.
LZJ.
Siapa Lee Zii Jia ini sampai bersungguh-sungguh BAM tidak mahu melepaskannya. LZJ seawal umur belasan tahun sudah di grooming untuk dijadikan pemain terbaik negara.
Bukan hanya LZJ, ada lebih ramai lagi MS lain yang dilatih tetapi kebanyakkannya sudah keluar sebagai pemain professional hingga pada saat ini hanya LZJ yang tinggal untuk MS senior dan dia merupakan pemain no 1 negara.
Pencapaian tertinggi beliau adalah meraih kejohanan All England pada 2021 dan menduduki tempat ke 7 perseorangan lelaki dunia.
Untuk meraih pencapaian ini bukan datang bergolek. LZJ juga dihimpit prestasi tidak menentu dan kecederaan demi kecederaan yang membantut perkembangan kariernya pad tahun 2021.
Isu perletakkan jawatan LZJ dalam BAM
Tiba-tiba, di hujung tahun 2021 keluar desas desus yang mengatakan bahawa LZJ mahu meletakkan jawatan,
Disusuli pengakuan BAM yang dikatakan menerima surat tersebut pada 10 Januari dan disusuli beberapa siri perbincangan dan LZJ tegas tidak berganjak dengan keputusannya.
Sebagai seorang yang mengikuti sukan ini dengan rapat, sebetulnya saya sedikit sebanyak kecewa dengan LZJ.
Pada saat ini dimana negara ketandusan pemain MS untuk dijadikan sandaran, disaat banyak kejohanan berpasukan yang semestinya menuntut khidmat LZJ dalam membantu misi negara tersebut,
Tiba-tiba mengeluarkan kenyataan, “saya tidak dapat hadapi tekanan” , “saya tidak mahu ikut jejak DLCW” .
Kenyataan memilih diri, dan meninggalkan team yang sedikit -sebanyak telah membawa dia ketahap ini tanpa tolak ansur langsung. Apa yang LZJ mahu sebenarnya? ..
Pada saya, itu jelas menunjukkan bahawa LZJ masih belum matang dan terburu-buru mengikut hati orang muda, dan ini bukan jiwa pejuang. Don’t make me wrong. Untuk berjaya, tiada jalan pintas.
Tiada kejayaan tanpa perlu melalui segala susah payah , pengorbanan dan tekanan. Saya tidak rasa kalau semua tuntutan LZJ dipenuhi , dia langsung boleh menjadi pemain terbaik dunia. Tidak sama sekali.
Saya ada terbaca dalam satu temuramah oleh coach Hendrawan selepas LZJ memenangi All England, katanya
“LZJ biggest opponent is himself.”
Sangat setuju dengan kenyataan ini. Pada saya LZJ masih belum ada drive yang kuat untuk lawan diri sendiri untuk dia keluar dari kemelut ini.
Jika ini masih tidak dapat di’break’, kita tidak akan dapat melihat dia progress jauh walaupun menerima servis terbaik didunia sekali pun.
The grass always greener on the other side
Bukanlah suatu dosa besar bagi LZJ meninggalkan BAM. Tapi seperti yang dikatakan coach Rashid Sidek, masa ini belum tepat.
Kalaulah dia boleh berfikir lebih dan bersabar untuk at least tahun ini, keadaan mungkin berbeza. After all, dia baru berusia 23 tahun. Kalau orang biasa, baru keluar university.
Masih banyak yang belum dia lalui dan jiwa anak muda, tidak langsung mengambil nasihat-nasihat senior sebelum membuat keputusan.
Hidup masih jauh dik. There’s a saying. Bila sudah keluar BAM, akan lebih kepada nafsi-nafsi berbanding tanggung jawab kepada negara.
Memang akan lebih kurangv. tekanan, tapi pada siapa lagi tugas itu hendak diandalkan?
“Those Who Stay will be Champions.”
“It wasn’t always the most talented athlete or the smartest kid in class that had the most success, it was the one who worked the hardest and was willing to make sacrifices when others weren’t”
LZJ mungkin sudah terbayang-bayang untuk bermain bersama victor axelson dan LKY di Dubai, atau mengikuti kejurulatihan dibawah PG ( jika saya tidak salah info) , atau hangout bersama ander atonsen di Denmark.
Not even a glance to think of those who previously help him and have high hopes on him, take a step back and think its OK to just leave them behind and asking for their blessing some more. Funny.
Walaupun saya tidak bersetuju LZJ meninggalkan BAM, tetapi saya tidak merasakan untuk memaksa dia kekal di BAM juga bukan keputusan yang tepat. Bak kata orang tua, kalau kita genggam pasir dengan kuat, pasir akan kuat, dia akan jatuh ke bawah. Bak kata KKK,
“Everyone gets to choose his or her own path. There no right or wrong decision nor the best decision in life. ”
Tidak guna menahan orang yang tidak sudi untuk serahkan jiwa dan raga untuk diuruskan. Not easy. Dan menghukum dengan hukuman yang berat juga tidak membawa kebaikan kepada sesiapa. Move on lah.
BAM mengatakan mereka sebagai organisasi, mereka adalah diatas pemain, tanggungjawab mereka bukan hanya atas LZJ seorang, tetapi atastanggung jawab mereka masih ada beratus lagi player lain.
Jika mereka membenarkan budaya ini, keluar masuk ikut suka hati, akan membebankan pihak yang sudah membuat pelbagai investment dan perancangan seterusnya menggaggu proses membentuk team negara.
Walaupun begitu, 2 tahun masih lagi keputusan yang pada saya tidak berperikemanusiaan dan penuh keegoan. Entahlah.
Masih ada ruang untuk perbincangan, moga-moga ada kebaikan buat masa depan badminton negara. Mungkin juga sudah tiba masa persatuan dan professional bekerjasama macam team bola sepak. Bila ada nasional team event, panggil balik players untuk join.
To LZJ, still, your biggest opponent is yourself. Hope you can break it and became legend in your own way. And hope this decision lead you to a better way. People talk about this because they care. All the best. And make Malaysia proud.
Adios.
– Meme (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit