Kisah Bagaimana Seorang Insan Ubah Aku Daripada Bisexual Kepada Straight

Assalamualaikum semua. Nama aku Ali (bukan nama sebenar), umur awal 20an. Aku sengaja try hantar ni, kalau lepas, alhamdulilah. Kalau tak, takpe lah. At least admin baca sudah lah, takde la aku kecewa sangat, hahaha.Aku amik hari jumaat yang mulia still ada wudhuk (cey wah berlagak sial mamat ni) untuk bantu golongan gay dan bisexual untuk berubah.Semoga dengan penjelasan ini dapat membantu golongan ini untuk bersemangat kuat berubah dengan lebih cepat dan mudah. insha’Allah.

Ada cerita ni aku alter dan simplified kan sebab kalau aku cerita semua memang sampai ke subuh aku tak habis. Aku cerita perenggan selepas ni pasal kelebihan rupa aku bukan nak berlagak tapi just nak bagitau yang walau aku ada kelebihan rupa tapi aku tak gunakan untuk berzina baik dengan lelaki mahupun perempuan. Kecuali ringan2 dengan lelaki sebab kena hisap dan menghisap lelaki lain, Itupun boleh kira dengan jari aku hisap orang dengan kena hisap sepanjang aku jadi bisexual dalam 9 tahun ni.

Kalau perempuan aku tak berani sentuh langsung. Aku actually dari keturunan arab-parsi. Belah mak aku Parsi-Malay, Ayah aku pula Arab-melayu. Atuk aku semua melayu melainkan dua nenek aku dari belah maka dengan ayah semua melayu.So memang aku dapat rahmat dari Allah yang Allah bagi aku rupa yang kacak dan tinggi. Lelaki middle east kan kacak, mata cantik,lebat bulu mata & kening dengan tinggi pula lampai. Aku 180cm tinggi.

Semua yang aku cerita ni related. So aku forward ke masa aku form 2. So actually aku ni dulu pure gay. Memang minat gila kat badan jantan sado hanya minat kat lelaki. Hahaha pelik kan. Btw Aku perasan yg aku ni gay masa umur 14 kalau tak silap. Shahwat aku naik bila nampak badan lelaki sado. Masa tu nampaklah aku ni macam lembut tapi bukan sissy ye, Masa bebudak kan mestilah lain bila dah matang sikit. Sekarang dah 9 tahun berlalu aku nampak straight macam shawn mendes kikiki.

So masa zaman gelap iaitu masa form 2, aku kena pindah sekolah di shah alam sebab ayah aku kena kerja kat sana. Masa first day aku sekolah baru tu aku ada nampak sorang budak perempuan muka macam arab sikit sebaya dengan aku cuma aku lagi tua 3 hari dari dia (aku bukan stalk tapi kawan aku bagitau) hahaha.

Aku tengok lawa gila dia ni. Tapi aku frust sebab aku tak perfect sebab tu aku tak confess kat dia. Even aku menangis dan berdoa kalau boleh at least biarlah aku jadi bisex kalau bukan straight pun. Aku faham perasaan korang yang gay dan bisexual ni memang depress rasa macam nak bunuh diri kengkadang. Dalam tempoh aku form 2 sampai form 5 ni lah paling teruk dalam hidup aku.

Then aku usaha untuk atleast jadi bisexual aku try ransang diri aku untuk suka kat perempuan. Memula tu sumpah memang susah gila tapi satu hari aku berjaya juga bernafsu kat perempuan dan aku jadi bisexual.

Tapi hidup aku masa form 2 sampai form 5 tu memang teruk. Memacam bende aku dah try. Tengok porn (korang taulah porn jenis apa aku tengok) Merokok, Beer aku minum, berjudi pun banyak kali,french kiss dengan jantan,perempuan pun sekali aku cium( yang french kiss tu dorang yang approach aku sebab aku mabuk) raba badan jantan sado, hisap lelaki punya masa mabuk dan paling teruk aku pernah benci kat tuhan aku pernah marah marah kat Allah. Nauzubillah.

Tapi walaupun macam tu aku back pada Allah masa form 5. Aku still sayang kat crush aku ni.Dan kitaorang ni dah berkawan. Masa akhir form 4,crush aku mak dia meninggal sebab kanser dan aku menyesal gila tak rapat dengan dia kalau tak boleh aku pujuk kalau bukan sebab haram untuk lelaki peluk perempuan aku dah lama peluk dia sebab aku tau bila peluk tu mampu menenangkan jiwa kita.

Alhamdulillah melalui dia aku berubah sikit demi sikit. Kan aku cakap dulu aku nampak lembut tapi bukanlah lembut sotong macam crossdresser atau sissy kan? Aku ubah cara aku cakap dengan jalan walau pun masa tu susah sikit. Aku dah start rajin solat dan lepastu aku dah zero buat semua bende tak baik tu semua. Masa form 5 memang dah start tak nampak aku ni lembut, pernah sekali tu aku datang lambat masa jumaat sebab basikal aku terhentak lsptu aku tengok ramai orang dah start baca yasin.

Crush aku barisan paling depan baca yasin. Yang lelaki datang lambat ni akan duduk depan perempuan yang paling awal. Kalau korang susah bayangkan macam dalam saf solat, lelaki paling lambat dekat depan perempuan paling awal. Perasaan ni paling aku tak lupa bila baca yasin tu aku tengok dia aku rasa tenang yang tak pernah aku rasa dan aku tak pernah lupa walaupun dan bertahun lama dah berlalu. Perasaan tu tenang yang sangat mendalam dan aku pandang dia dan aku tau inilah yang aku nak dalam hidup ni.

Fast forward ke masa aku masuk universiti, Aku apply nak jadi engineer tapi dapat kos lain memang stress gila samapi rasa penat dah sebab hampir semua aku nak tak dapat. Tapi Allah maha bijaksana dan penyayang dia tau apa aku perlu sebenarnya. Aku still bisexual lagi cuma aku pun dah tak teruk sangat dan aku still tak confess kat dia yang aku suka dia dan dia pun dah ada boyfriend dah sekarang. Kitorang pun dah loss contact lama lepas habis SPM.

Hidup kat universiti ni memacam jenis manusia aku jumpa. Yang jenis judgemental pada gay, tikam belakang, play victim, yang liberal LGBT, open minded dengan yang baik gila.So bila aku dah nak masuk final year universiti ni aku dapat berita yang ayah aku meninggal dunia sebab kanser aku memang makin depress sebab dah lah aku seorang bisexual,tak dapat ambil kos engineer, ayah aku meninggal sebab kanser, crush aku tunggu nak dekat 9 tahun.Lpstu aku try untuk aktif balik pada past time aku sebagai bisexual.

So aku join satu apps gay ni untuk try buat lebih sikit bezanya bukan aku dalam mabuklah. Then lepas tu baru aku tau rupanya aku just excited tengok badan lelaki sebab aku nak jadi sado macam orang tu je. Kalau korang yang gay atau bisexual ni perasan, tak banyak gay couple yang kekal atleast 10 tahun sebab actually perasaan bernafsu pada lelaki (bisexual atau gay) ni kau boleh hapuskan dan korang just admired body lelaki tu sebab nak jadi macam tu. Aku rasa aku memang dah straight sebab sejak dari tu aku tau aku bukan gay dan aku tengok lelaki pun dah macam tengok batu tepi jalan.

Betullah Allah kata, Perempuan diciptakan dari lelaki sebab utuk bagi ketenteraman jiwa kalau lelaki dengan lelaki korang takkan dapat “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” dalam surah ar rum ayat 21. Allah tu Maha Bijaksana dan Maha Penyayang bila aku tengok dia plan ni semua untuk aku memang banyak hikmah dan nikmat. Manusia je yang tak bersyukur. Terima kasih Ya Allah sebab sembuhkan aku.

Manusia kalau nak berjaya kena banyak sabar, puasa bebanyak solat jangan tinggal. So TIPS JADI STRAIGHT dari aku,korang kena ingat takkanlah bila nazak pun kau nak peluk jantan? Sampai bila nak jadi macam tu? Boleh kahwin ke sesama jantan ? Rajinkan bersenam dalam seminggu tu peruntukkan sejam untuk bersenam biar korang punya hormon oestrogen tak dominant sebab kengkadang pun jadi gay sebab hormon tak balance and pleas STOP TENGOK GAY PORN, puasalah bebanyak, tundukkan pandangan bila nampak jantan hensem, and bila kau nak usha body lelaki je kau elakkan, banyakkan mengingati mati, banyak kan baca al-quran, lepastu bila nak tidur tu buka ayat ruqyah sampai esok pagi perlahan as long kau boleh dengar sikit, try untuk perhatikan kecantikan perempuan sebab korang memang kena discover, usahalah sampai 10 tahun sekalipun jangan mengalah sebab korang akan lepas dari jadi gay atau bisexual juga macam aku.

Bila dah bernafsu sangat sampai tak boleh kawal sampai nak lancap korang tolonglah jangan bayangkan korang tengok sodok bontot jantan atau disodok oleh jantan lain. (Korang fahamlah aku suruh bayangkan jantina mana). Kalau boleh tiap hari bukak ayat ruqyah tu kat bilik sampai pagi biar korang boleh kawal perasaan nafsu tu dan lelama akan hilang. Aku doakan korang boleh jadi straight balik. Kepada perempuan yang terasa aku punya confession ni aku minta maaf sangat sebab ni cara aku dan pengalaman mendalam aku untuk nak tolong bakal jodoh korang (manalah tau) untuk jadi straight balik.

About crush aku, Aku minta korang semua doakan aku dapat kahwin dengan crush aku lepas ni sebab dia yang tolong ubah aku secara tak langsung dan kalau aku tak dapat dia pun aku redha je dan semoga kita semua dikurniakan semua keturunan soleh dan solehah dan moga kita semua berkumpul balik di jannah. Segala yang kelemahan dari saya dan segala kehebatan dan kekuatan milik Allah.. JazakAllahu khairan.

Assalamualaikum…

– Your brother of Islam

– Umar

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *