Kisah Bapa Tunggal Beranak Tujuh

Ramainya anak! Memang ramai. Aku kahwin masa umur 21. Masa tu ex wife umur 18. Fresh from school gitu. Setiap 2 tahun kami produced sorang anak. Rezeki Allah nak bagi melimpah ruah dari sudut zuriat. Alhamdulillah, semua anak keluar ikut pintu yang sepatutnya.

Kahwin tahun 1999. Jodoh tak panjang. Tahun 2015 kami berpisah. Masa tu ada baby bongsu dalam perut 5 bulan kalau tak salah. Kejam aku. Ceraikan bini aku masa tengah mengandung. Takper lah. Korang boleh cakap apa saja. Zalim, takder hati perut, budus etc. Salah aku. Kantoi!

Tapi bukan nak cerita pasal tu. Aku nak share bagaimana kehidupan aku selepas bercerai dengan semua 7 orang anak tu. Aku bela semua tujuh tujuh tu. Dari yang bongsu lepas bersalin sampai la yang sulong sekarang dah berumur 17 tahun. SPM tahun nie. Bongsu sekarang nak masuk 4 tahun dah tahun depan.

Anak aku 2 lelaki.. lain semua perempuan. Selalu baca kat KRT tu, ramai sangat para ibu yang mengeluh berkenaan bapa2 kepada anak anak diorang yang tak bertanggungjawab selepas penceraian. Tak jenguk, tak bagi nafkah, kahwin lain lepas tu lupa semua tanggungjawab sebagai bapa.

Untuk pengetahuan, my ex wife dah kawin tahun lepas. InsyaaAllah, bulan Nov 18 nie bakal melahirkan anak ke 8. Moga dipermudahkan segala urusan dia dan suami. Anak pertama kepada suami dia. Cuma aku pelik sikit kali nie. Sebab, selalunya bila dia mengandung, anak aku. Kali nie.. anak orang lain! Pelik tak..? ( Syukur lah..)

Bini aku seorang yang sangat baik. Lama dah dia menanggung derita perangai aku yang macam entah apa apa. Gatai tak habis. Banyak kali sangat kantoi, maka dia mohon untuk berundur diri. Seorang ibu dan isteri yang sangat sangat baik. Susah nak cari isteri macam dia. Betul. Serius cakap.

Untung suami baru dia sekarang. Pandai jaga diri. Pandai jaga suami dan anak anak. Ramai orang tanya. Kenapa dia sebagai seorang ibu tak jaga anak anak dia? Takkan sorang pun dia tak jaga. Ibu jenis apa macam tu..?

Bukan macam tu sebenarnya. Kami dan berbincang dan capai persetujuan bersama. Punca sebenar adalah sebab tak nak pisahkan diaorang adik beradik. Tak nak 3 kat mak.. 4 kat ayah.

Walaupun sebenarnya hak penjagaan macam yang diputuskan oleh mahkamah, aku dapat 3 dan selebihnya kepada dia. Lepas bercerai langsung takde isu berebut anak.. berebut harta sepencarian or anything. Semuanya berlaku dengan sangat baik.

Even lepas lafaz talak sebelah petang, malamnya kami duduk mengopi kat kedai bincang apa yang dah berlaku. Kami sangat baik. Sampailah sekarang. Sampai kadang kadang suami dia ada sikit cemburu.

Of course la kan..! Tapi kalau ada berhubung pun pasal kisah anak2. Suami dia ada berpesan pada aku dulu agar menghormati ikatan diaorang. Of course aku faham. Tak ada istilah gila talak etc. We good. Even very good.

Now, nak cerita macam mana aku handle hidup aku dengan 7 anak. Jenuh jugak la. Aku masak. Hantar diaorg sekolah tiap hari. Ambil balik sekolah. Hantar lagi kalau ada kelas petang. Pergi kerja. During lunch time, aku lari ambil diaorang dari sekolah.

Kalau sempat masak, aku masak. Kalau tak sempat aku beli kedai. Balik keja petang singgah kedai beli bahan untuk masak makan malam pulak. Seronok. Aku enjoy. Selalu kami makan sekeluarga 7 beranak ( yang sulong kat asrama).

Tapi sebelum makan, aku ambil gambar dulu. Masuk dalam FB & IG. Untuk motivasi pada diri aku sendiri. FB aku penuh dengan menu masakan. Dah nak masuk 4 tahun dah aku macam nie. Ada orang tanya. Tak nak kahwin lain ke..? Kesian kat anak anak.

Aku tak rasa macam aku patut kahwin buat masa terdekat nie. Sebab anak anak aku kecik2 lagi. Aku patut lebih kesian pada diaorang. Umur depa dari yang kecik 3, 5, 7, 11, 13, 15 & 17.

Umur aku sekarang 40. Kalau aku nak kahwin pun, aku nak cari seorang ibu untuk anak anak aku. Aku tak nak cari isteri untuk aku. Sebab, kalau dapat ibu, secara tak langsung aku dapat isteri. Tapi kalau cari isteri, belum tentu anak anak aku akan dapat seorang ibu. Betul tak?

Ingat senang nak cari seorang wanita yang sanggup nak kahwin ngan aku. Pastu nak kena jaga 7 orang anak anak aku. Tujuh beb. Bukan dua tiga! Kalau pun ada, dan kalau pun awek tu setuju, ibu ayah dia belum tentu setuju. Gila kau.. pakej kot.. kahwin 1 dapat tujuh free!

Aku happy dengan hidup aku sekarang. Yang lebih penting, sekarang aku lebih memahami jerih perih pengorbanan seorang isteri & ibu. Bebel diaorang pada kita para suami nie bukan sebab apa. Depa penat mengurus rumah. Penat sangat melayan kerenah anak anak. Pastu nak layan kita lagi.

Kita balik umah konon penat dah. Bagi alasan banyak keja kat pejabat. Tak nak diganggu. Nak tidur. Hangpa nak tau tak, sebenarnya tugas isteri dan ibu tu lagi penat tau.

Working hour diaorang bermula dari terbuka mata suami, sampai la terpejam balik mata laki depa. Tu pun lepas laki tidur, anak anak pula bangun nak susu, kencing, berak, demam dan sebagainya. Serius penat. Itu kalau surirumah sepenuh masa. Kena yang isteri bekerja..?

Bekas isteri aku duduk tak jauh. Kalau aku out station, aku hantar diaorang untuk dia jaga depa. Macam sekarang. Aku sambung belajar luar negara. Dia jaga ngan suami dia. Alhamdulillah. Diaorang dapat bapa tiri yang sangat baik & penyayang.

Tahun depan baru aku balik. Sekarang nie pening sikit sebab my ex nak bersalin bulan 11 nie. Aku bercadang nak balik during 3rd term break nanti. Tapi cuti seminggu jer. Tengoklah macam mana.

So, kepada bapa bapa tunggal yang ada ramai anak, or even dua tiga orang sekalipun, mohon untuk tidak membebankan bekas isteri korang selepas cerai. Tunaikan tanggungjawab kita dengan sebaik mungkin.

Cuba ambil alih tugas bekas isteri untuk kita lebih memahami mereka waktu masih bersama dulu. Banyak yang aku belajar. Terutama bab masak. Aku tak pandai masak pun sebelum nie. Sekarang pun tak la pandai mana.

Aku google jer semua resepi resepi. Tiap hari tanya anak nak makan apa. Aku cuba sehabis baik untuk penuhi selera depa. Tapi selalunya depa ikut selera aku. Kari! Hari hari kari.

Dengan penceraian, kita selaku ibu bapa nie dah melakukan satu kesilapan. Jangan biarkan anak-anak kita turut terkesan dengan masalah yang kita buat. Kita dah besar. Boleh handle.

Depa kecik lagi. Tak patut jadi mangsa. Berbaiklah dengan bekas isteri. Kalau bekas isteri dah kahwin, kawan la dengan suami dia. Hormati mereka sebagaimana yang sepatutnya. Demi anak anak. Buang segala ego.

Aku fokus hidup sekarang kepada anak anak. Aku nak besarkan diaorang dengan baik sedaya aku. Aku nak buktikan pada sesetengah masyarakat kita bahawa tak semua bapa selepas bercerai tak bertanggunjawab dan lalai dalam menjaga amanah yang dikurniakan.

Aku tak nak susahkan ex aku dengan keluarga baru dia. Dan kalau boleh aku nak pindah duduk jauh jauh. Tapi masalah pulak. Nanti kalau out station sapa nak jaga. Kahwin? Sebab nak ada orang jaga anak aku..? Ermmm… Doakan aku.

– Cik Dong

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *