Kisah Bapa Tunggal Beranak Tujuh II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kisah-bapa-tunggal-beranak-tujuh/).

Weh korang…. Aku dah kawin!! Hahaha. Gila ahh. Macam tak percaya. Anyway betul aku dah kawin. Baru lagi. So I would like to thanks to all of you guys dari Jabatan Netizen Negara (JNN) yang during my first serial of this story dulu mendoakan aku.

Ada juga yang kecam bagai nak rak, mengutuk & ‘memadankan muka’ aku atas perkongsian kisah hidup aku ni. Actually, tujuan aku menulis ni pun cuma dengan niat yang satu.

Kalau ada part kehidupan yang boleh dibawa balik..tapaulah. Kalau langsung tak memberi apa –apa erti kepada kalian then ikat tepi jer.

This is confession punya page kan. So.. aku confess la sekadar membuang masa aku dan masa korang jugak lah.. hehe. Kalau admin tak approved.. maknanya dia dengki la tu sebab aku dah kawin.. gitcheww..!

So.. nak cita apa ni..? nak cita pasal alam rumah tangga.. aku belum khatam lagi. Baru sebulan lebih kawin kan. Aku nak cerita pasal rezeki lah. Pasal rezeki dan jodoh yang tak salah alamat.

Sebelum tu.. Aku dah balik & dah ada kat Malaysia. Selesai sudah urusan pembelajaran di perantauan nun. Sekarang keja somewhere kat East Malaysia.

Lepas balik hari tu aku tak bawa lagi anak – anak ke tempat keja baru sebab nak bagi diaorang habiskan sekolah dulu. Dis 19 baru aku bawa diaorang datang sini.. sampai la sekarang. Aku kawin hari tu depa semua ada sekali.. bersanding sekali aku.. bertambah kemeriahan. Alhamdulillah.

Jodoh. Malu pun ada nak cakap pasal jodoh ni. Sebab dulu aku macam beriya tak nak kawin dalam masa terdekat sebab kononnya nak focus jaga anak etc.. kononnn jer la. Sekali jumpa tergedik – gedik nak menikah.

Nasib baik sempat sebelum PKP. Nyaris lagi. Allah permudahkan urusan. Dua tiga hari lepas majlis aku, kerajaan umum PKP. Sebagai pengantin baru, aku menyambut baik lah langkah kerajaan melaksanakan PKP ni. Langsung tak keluar rumah. Patuh. Tima kasih Abah.

Rezeki. Rezeki aku sebab dapat berjodohan lagi untuk kali kedua. Anak dara umur 26 tahun. Baru habis belajar. Eh..baru tak baru juga lah. Dah hampir 2 tahun dia kerja. Umur 26 beb.

Sapa – sapa yang dulu kata aku takkan dapat berjodohan dengan anak dara tu sebab pakej yang aku ada..nah..aku buktikan apa itu ketentuan Tuhan.

Aku kenal tak lama. Bulan Ramadhan tahun lepas (2019). Lepas kenal dia maklumkan kat her parents pasal aku. Aku dijemput untuk bersuaikenal dengan family dia and end up dengan majlis merisik and so called bertunanglah senang cakap.

Dia pensyarah. Ayah pun pensyarah. Ustaz lagi.. (matilanakkk). Mak dia cikgu MUET. Syukur Allah bukakan pintu hati keluarga dia untuk menerima aku yang serba kekurangan ni.

Kalau nak kira dari segi logiknya lah kan… memang macam tak dibuat orang. Kalau pun ada mungkin cuma satu dalam sejuta. Apa yang satu dalam sejuta?

Yer lah. Satu dalam sejuta lah, mak bapak yang sanggup melepaskan anak dara diaorang (sulong) yang berkelulusan luar negara.. berkarier lagi.. pada seorang duda anak 7 berusia 42 tahun. 26 vs 42. Ko rasa..?

Tapi itulah. Jodoh pertemuan di tangan tuhan. Kita merancang. Macam aku lah. Merancang untuk tak berkawin. Merancang untuk membujang sampai anak – anak besar dulu. Tapi tu semua perancangan aku. Perancangan Tuhan untuk aku, Dia tak nyatakan.

Cuma Dia hadirkan seorang gadis ni. Dan dalam masa yang sama, Dia bukakan pintu hati cik mek molek ni untuk ingin mengenali aku walaupun aku ada maklumkan di awal perkenalan yang aku ni duda hot beranak 7… ehhh.. tiberr! Blinded by love.. ehhh.

Sebelum kawin dulu, mak ayah dia dah maklumkan bini aku ni apa yang dia nak kena hadap lepas kawin nanti. Even aku sendiri bagitau dia yang perkahwinan kami takkan sama macam perkahwinan pasangan2 yang lain.

Maksudnya, suasana alam perkahwinan bagi seorang yang first time kawin tu mungkin tiada. Sebab apa? Sebab pakej buy 1 get 7 free ni lah.

Privacy mungkin takde sebab anak-anak masih kecil. Mungkin akan ambil masa sikit untuk anak – anak nak tido asing bilik sebab sebelum ni diaorg tido ngan aku. Tiba – tiba lepas kawin nak suruh tido luar.. takut depa rasa agak kejam di situ.

Then kalau time aku takde.. kena jaga anak-anak aku. Baru masuk bilik nak tido dah ada orang ketuk pintu. Baru nak berehat dah dengar ada yang menangis. Banyak kali ayah dia menekankan benda ni. Sanggupkah kamu? Sanggup katanya.

Then after almost 2 months ni.. alhamdulillah. Anak – anak aku pun happy. Dia pun dapat menyesuaikan diri dengan baik. Ada juga la kadang – kadang tu benda yang macam nak menjurus ke arah konflik.

Maksudnya, ada ketika berlaku situasi yang menyebabkan aku terpaksa handle kedua – dua belah pihak dengan cermat. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Selalunya kalau ada isu lepas solat tu aku akan basuh semua sekali. Selalu aku pesan pada diaorang.

Pada anak & pada isteri aku juga. Jangan create any situasi yang akan menyebabkan aku terpaksa memilih antara isteri atau anak. Jangan mudah terasa hati. Jangan cemburu iri hati. Pada anak2 aku berpesan. Hormat wanita ini sebagaimana kalian menghormati ayah.

Jika berkasar dengan dia, maksudnya kalian berkasar dengan ayah.. sebab dia isteri ayah. Anak – anak panggil bini aku “achik”. Dah suruh panggil ibu. Tapi mungkin diaorg dah biasa dengan panggilan tu kot. Takde isu.

Penerimaan anak – anak aku dengan ‘mak’ baru diaorg pun sangat ok. Tapi aku jelaskan pada diaorg jugak. Bahawa kehadiran achik ni bukan sebagai pengganti ‘mama’. Mama diaorang tetap mama diaorang. Takkan ada sesapa yang boleh ganti.

Kehadiran achik ni adalah sebagai isteri ayah. Bukan tanggungjawab achik untuk masak, basuh baju, iron baju hantar sekolah dan sebagainya. Itu bukan tugas utama achik. TAPI.. kalau achik nak tolong buat semua tu..

Masya Allah… tima kasih banyakk. Kalau achik tak buat, jangan salahkan achik, sebab dia berkahwin dengan ayah bukan untuk menguruskan semua kerja rumah tu. Itu tugas ayah.

Semua orang kena faham benda ni. Achik nak tolong masak Alhamdulillah. Achik tak masak kita masak sama – sama macam dulu. Allah permudahkan urusan kami.

Semakin hari aku dapat rasa ikatan antara bini aku dengan anak 7 semakin akrab. Tak fake. Samada dari pihak bini aku mahupun dari pihak anak7 aku. Syukur ya Allah.

Bukan senang sebenarnya nak handle naluri dan emosi anak dan isteri dalam masa yang sama ni. Dengar memang seronok. Dapat bini muda. Anak dara. Kena ingat.. dia takde pengalaman dalam urus anak2.. tujuh pulak tu. Bila bila masa boleh timbul konflik.

Benda yang aku kena ingat. Bini aku ni korbankan segalanya untuk aku. Dia pilih aku instead of dia boleh memilih sapa jer yang dia nak yang jauh lebih muda bergaya & kaya raya berbanding aku. Why..? Jodoh dia Allah dah tetapkan bersama aku.

Dia akur. Dia tahu apa yang dia akan hadapi dan lalui bila dah berkahwin dengan aku. Dia tahu yang dia mungkin tak sempat nak rasa indahnya berbulan madu. Dia mungkin tak sempat nak rasa masa berdua bermanja manja selayaknya lagak si pengantin baru dengan aku.

Dia mungkin letih mengurus rumah bila dia tak bekerja & ada di rumah. Dia sedar tanggungan aku yang sangat tinggi mengurus 7 orang anak. Yet, still dia bersetuju. Bukan sebab cinta itu buta tuan2.. ehh.. macam bagi ceramah plak.. hahaa.

Dia menyintai dan menyayangi aku kerana Allah. Masya Allah. Bila dia meletakkan benda tu dikedudukan paling atas, bini aku ni sentiasa yakin dan percaya bahawa aturan Allah itu adalah yang terbaik untuk dia. Jadi..aku kena sedar benda ni. Jaga dia baik2.

Moral of the story, nasib kita tak sama. Rezeki kita juga begitu. Pada aku, bahagia derita tu kita sendiri yang cipta. Kemana kita nak bawa keluarga dan apa hala tuju dia, kita yang tentukan. Kita jangan nilai orang. Apa lagi menghukum.

Selagi kita tak berada di tempat orang tu, kita takkan dapat rasa apa yang dia lalui. Dalam dunia ni ada macam macam jenis manusia. Alhamdulillah kalau kita tergolong dalam manusia yang punya rasa dan citarasa yang sama.

Kena ingat. Ada orang yang makan petai tu kata sedap. Ada pulak yang bau pun tak boleh. Rasa yang tak sama. Selera berbeza. Nafsu keinginan juga begitu.

Justeru, jangan mudah menghukum atau menyalahkan kalau kita melihat sesuatu itu tak sealiran dengan kita. Cara kita berfikir berbeza. Mungkin Allah kurniakan lebih pada kau dan tidak pada aku. Macam tu lah.

Yang paling penting adalah pengakhiran kita nanti macam mana. Tu yang kita kena jaga. Tak kisah la duda anak tujuh ke.. kawin anak dara ke.. janda ke.. apa ke. Kan..!

Finally, Selamat Pengantin Baru untuk aku. Aku dah tak duda. Moga aku mampu membawa keluarga besar aku kearah yang diredhai. Doakan keluarga aku. Doakan anak2 aku dengan mak tiri diaorang baik baik selalu. Doakan aku jugak. Babai korang.

– Mr Dong (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *