Assalamualaikum. Hakak-hakak yang masih belum berjaya temui jodoh, hakak-hakak yang dah serik bercinta, atau tak bercinta tapi telah ditipu tu boleh cuba buka lembaran baru. Saya tahu hakak-hakak boleh.
Ini adalah kisah saya. Nama saya D, saya berumur lewat 20an, status bujang (sudah bertunang), bekerja di salah satu syarikat swasta di Lembah Klang.
Saya sejak zaman universiti (umur awal 20an) dah menjadi ahli Laman portal cari jodoh, BaitulM (BM). Saya suka meneliti calon-calon terlebih dahulu sebelum benar-benar bersedia untuk membina baitul muslim.
Saya bernekad taknak bercinta selagi belum sah bergelar suami isteri. Walaupun orang kata saya poyo dan sebahagian tak percaya teori (syariat) ni. Inilah impian saya dari awal 20an. Saya berani mengaku sayalah pengguna tegar laman tersebut.
Bagi sesiapa yang belum tahu cara nak guna atau nak buka, tuan puan boleh akses guna komputer atau telefon pintar, sangat mudah digunakan.
Bayaran keahlian ada, ingat ya takda benda di dunia ni percuma. Tapi tak salah berhabis modal untuk mencari pasangan sejati kan?
Saya ambil pakej 2 tahun terus, sebab saya faham proses pencarian jodoh ini boleh mengambil sebanyak mana masa yang kita ada. Pakej 2 tahun pun lebih murah berbanding pakej2 yang lebih singkat. Sebagai pengguna tegar, saya tak rasa rugi pun. InshaaAllah.
Jadi dah dapat petunjuk, apa yang cuba sampaikan pada tuan puan?
KEBAIKAN Portal Cari Jodoh Islamik.
Saya terpanggil untuk berkongsi perjalanan saya mengenali portal dan calon-calon yang berada dalam portal ini.
Zaman belajar adalah zaman saya jadi pengguna tegar, sebab zaman ni duit TAKDA tapi masa BERLAMBAK ADA. Jujur saya katakan, calon-calon lelaki takkan layan golongan pelajar @ tidak berkerja ni. Saya ambil maklum perkara ini. Harap para pelajar wanita tidak menyerah kalah ya.
Tetapi jangan sesekali menipu dalam membina profile kita, sebab pada saya hubungan yang baik asasnya kena dibina dengan baik tanpa unsur tipu menipu ni. Kalau mereka bersetuju dan rasa boleh terima dengan pekerjaan kita, status kita atau peribadi kita mereka boleh bertaaruf dengan kita.
Sehinggalah saya bertemu dengan X (bukan nama sebenar). Kisah hidup saya mula bercorak bunga-bunga. Sebelum berkenalan dengan X mungkin lukisan hidup saya penuh dengan daun-daun, tapi kini berbunga coraknya.
Gentleman sangat gayanya berani nak jumpa ibu ayah dan penjaga saya. Setelah beberapa bulan bertaaruf dengan bermesej di BM, kami membuat keputusan berjumpa di luar.
Saya masih ingat lagi ayat yang awkward saya tanya pada X, “Saya ok tak?”
“Oh, awak ok, saya?”
Hehe, jangan risau perjumpaan tu pun kawan saya teman. Tiada yang pelik² berlaku sepanjang perjumpaan tersebut.
Bulan depannya terus kami bertunang. Plannya lagi 8 bulan nikah.
Noktah.
Sebenarnya belum noktah, ada kisah perit yang ingin saya ceritakan di sini.
Setelah 3 bulan bertunang, hubungan kami dingin, X ambil keputusan untuk memutuskan pertunangan.
Semua terkejut dengan keputusan X. Saya pun turut terkesan, lukisan bunga2 tadi kini seperti contengan budak yang tak reti menulis. Buruk dan tiada maksud apa².
Saya terima itu sebagai ujian saya. Allah sayang saya dan Allah menguji ketabahan dan kesabaran saya dan ahli keluarga saya.
Saya merajuk hati dengan BM, saya abaikan pemberitahuan keahlian saya sudah tamat, dan tak berniat nak sambung pencarian jodoh saya. Saya berkerja kuat, demi melupakan apa yang telah berlaku dan pada masa yang sama mencari kekuatan untuk mencari jodoh tanpa penggunaan portal laman cari jodoh. Merajuk.
1.5 tahun saya kerja sungguh2, alhamdullilah Boss nampak saya rajin, kawan nampak saya bersemangat. Saya dapat respect dari manusia. Itu hikmah yang saya dapat. Alhamdulillah.
Saya maklum ujian saya ini sangat ringan jika dibandingkan dengan pasangan-pasangan lain, inshaallah saya bersyukur dan berterima kasih pada Allah pada apa yang berlaku.
1.5 tahun dah berlalu, saya beranikan diri daftar keahlian di BaitulJ (BJ) pula. Kalini tak setegar zaman belajar sebab komitmen kerja. Alhamdulillah pengalaman-pengalaman yang saya dapat sepanjang menjadi ahli BM & BJ jadikan saya seorang penyabar dan positif.
Saya telah bertunang kali ke-2 dengan Y pada tahun lepas.
Saya juga telah bersedia kalau² Y ni bukan, saya telah ambil pakej keahlian yang lebih panjang. Supaya ada backup plan. Dan motto saya masih sama iaitu bercinta lepas nikah.
InshaaAllah awal perenggan lagi saya dah pesan, hakak² jangan mudah putus asa, Allah uji kita sebab nak tarbiahkan kita, supaya menjadi lebih baik.
Jangan giveup tau, hakak tak sorang, saya sentiasa doakan hakak yang belum berjodoh Allah kurniakan jalan dan kesabaran.
Salah satu jalan, hakak² boleh cuba BM atau BJ. Inshaallah kalau betul kat situ jodoh hakak, bertemulah kalian, kalau bukan cuba minta tok penghulu carikan.
Selamat mencuba ya hakak². Pilih jangan tak pilih.
PENEGASAN : Saya bukan agen BM atau BJ, Saya cuma salah seorang pengguna laman cari jodoh.
– D
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit