Kisah Berjimat Cermat

Assalamualaikum. Hai.. Terima kasih admin kalau siarkan confession aku. Aku suka dengan confession si Alia pasal hal berjimat cermat. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/tips-dapur-cara-alia/).

Aku pun nak share apa yang aku buat untuk save lebih banyak duit gaji laki aku. Dulu laki aku niaga. Lepas business dia down. Dia cari kerja makan gaji. Dapat la 1K++ sebulan. Time business dulu duit 8-10k sebulan. Memang betul-betul Allah uji.

Kat sini peranan isteri penting nak bantu suami berjimat. Apatah lagi lepas business suami down, aku lahirkan anak. Memang perit. Aku nak cakap tips. Takdelah tips sangat, aku nak share je cara aku berjimat. Ok terus pada point

Hal Dapur

1) Aku selalu beli bawang kat Econsave. Bawang yang murah kalau korang perhati kulit luarnya dah tertanggal. Nampak dah isi bawang tu kat dalam. Ha tu bawang murah. Ramai taknak beli sebab cepat buruk. Tak boleh nak pakai lama.

Aku suka beli banyak2. Balik rumah boleh blend dengan bawang putih. Simpan kat chiller je. Letak garam sikit. Tahan 3 minggu. Time masak letak je. Jimat duit. Jimat tenaga. Jimat masa.

2) Barang makanan yang dalam bungkusan korang boleh beli jenama tesco. Nampak murah tapi berkualiti tau. Contohnya serbuk coklat tesco untuk bancuh dengan air tu memang sedap.

Lagi satu kalau korang nak beli barang-barang kat tesco pergi jam 5-7 petang. Masa tu dorang nak clearkan stok. So dapatlah stok ikan, sayur murah2. Aku suka beli ikan kat tesco yang clear stock punya. Pernah satu hari tu aku dapat ikan tuna RM6, 2 pek plak tu. Balik rumah masak kari Ya Allah sedapnya!!

3) Kat giant plak aku suka intai barang ‘reduce to clear’. Dulu suami aku malu nak ambil barang-barang macam ni. Dia tak bagi aku ambil, dia kata ambillah yang elok. Satu hari tu aku amik reduce to clear 2 pek rusuk kambing. 1 pek 4 rusuk harga RM12, harga asal RM26.

Balik rumah masak gulai kambing (tapi tak selalu lah beli, teringin je baru beli). Raya haji laki aku plak pegi beli 3 pek kambing reduce to clear. Ha baru dia tau barang elok lagi buat apa nak malu. Bukan beli barang buruk. Dapatlah makan kambing di pagi raya hihi.

Korang selalu lah intai2 barang reduce to clear ye jangan malu, rugi. Kat tempat penimbang pun ada sayur dan buah yang dorang nak clearkan. Korang pandailah pilih.

4) Lagi satu kedai jimat lain yang WAJIB korang pergi kedai eco RM2.10 tu. Kicap, sos, santan kotak, barang-barang kuih beli je kat eco. Sebelum nak cari sesuatu barang aku akan pastikan cari kat eco dulu. Kalau tiada, baru cari tempat lain.

5) Kat kedai eco ada benih sayur-sayuran. Tanah, baja dan pasu pun ada. Korang belilah. Tanam sayur berdaun sendiri. Jimat tau. Aku tanam kangkung sampai 3 pasu. Dah 2 kali tuai. Bawang yang ada kat dapur, aku tanam dah jadi daun bawang.

Cili yang korang beli tu, ambil biji nya sedikit, keringkan dan tabur dalam pasu. Tumbuh lah pokok cili. Korang search je kat youtube cara tanam. Taugeh tak pernah beli aku buat sendiri je. Kacang hijau rendam semalam.

Lepas tu letak dalam raga dan balut plastik hitam (plastik sampah hitam) Letak bawah singki , siram 3 kali sehari. 4 hari lepas tu dah makan taugeh. Boleh buat kue tiaw goreng taugeh melimpah.

Barang Bayi

1) Baju bayi 4 tempat aku akan pergi. Bundle, shoppe, kedai pakaian hari-hari dan Aeon

2) Barang-barang bayi. Kebanyakannya aku beli kat shoppe. Kat Aeon pun korang kena intai juga. Sebab Aeon banyak buat promo. Baju tidur bayi lengan panjang aku dapat RM5 je. Baju jalan RM10. Biasa Aeon buat sale time cuti umum. Rajin2 pergi Aeon masa tu.

3) Barang baby pun banyak kat eco. Korang kena pandai pilih. Cecair basuh botol bayi, sapu tangan, stoking, berus pencuci botol, kapas, cotton bud, bantal, bantal peluk semua aku beli daripada eco. Botol susu aku tak beli kat eco, sebab tak yakin. Untuk botol susu aku beli yang berjenama sikit tapi still murah macam pureen.

4) Lampin pakai buang yang paling terbaik FRED AND FLOW ye jenama tesco juga. Tak bocor dan bayi sangat selesa. Aku dah cuba banyak brand, drypers, cutie, mamypoko, petpet. Tapi fred and flow yang paling jimat dan berkualiti.

Anak aku pakai saiz M RM26 untuk 81 pcs. Sekarang ni mak2 gila beli Mikubo. Tapi bagi aku takdelah murah sangat saiz M RM22 untuk 60 pcs. Masih berbaloi lagi dengan fred n flow tambah RM4 je dapat lagi 21pcs.

5) Anak aku minum susu formula. Susu fm ni sebenarnya ikut kesesuaian anak. Cuma aku nak bagi tau je. Aku dah kaji kandungan susu murah kat pasaran. Semua ada maltodextrin (gula jagung) yang tak elok untuk bayi kecuali susu lactogen sahaja bebas maltodextrin.

Sebab aku ada baca artikel doktor yang dia bagi tau maltodextrin ni gula tiruan. Kira tahap manisya lebih tinggi daripada gula biasa. Ia menyebabkan anak hiperaktif.

So kalau korang nak beli susu murah boleh beli lactogen. Susu mahal macam s-26, frisolac, anmum tu semua memang tiada maltodextrin. Tapi mahal la. Kalau ada susu badan lagi jimat. Tapi anak aku tiada rezeki untuk susu badan.

Itu je perkongsian daripada aku. Maaf lah kalau confession ni kurang membantu. Tapi aku memang banyak jimat. Kadang2 RM40 dah cukup barang dapur untuk aku pakai sampai seminggu. Minggu ni aku nak buat cheese dan ais krim sendiri pula. Harap2 jadi.

Korang pun boleh share kat komen cara korang berjimat plak. Kita saling membantu dalam ekonomi yang tak stabil ni.

– Hannah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *