Kisah Bersiri Gangguan S3ksual

Haritu aku ada terbaca confession pasal c*bul daripada abang sendiri. Mengintai di bilik mandi dan menc*bul fizikal semasa sedang tidur. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/300am222021/).

Sejak terbaca tu aku jadi tak ada mood dan marah2 pada hari pertama dan kemurungan (menangis tak tentu pasal) pada hari kedua. Aku dok pikir pasal apa lah aku jadi macam tu rupanya datang trauma akibat teringat kisah silam.

Aku tak pernah menulis di mana-mana ruangan tapi setelah berfikir panjang mungkin aku patut menulis pengalaman sendiri untuk mengubati trauma gangguan s*ksual di masa lampau.

Ok jom kita start…

Aku Minah. Bertubuh rendah, agak berisi dan berkulit cerah. Berpersonaliti mudah ketawa dan sentiasa tersenyum. Rupa biasa-biasa saja dan tidaklah cantik mana pon.

Untuk rekod aku mempunyai beberapa kisah gangguan s*ksual. Aku cerita kan kisah by kisah secara ringkas untuk memudahkan pemahaman.

Kisah 1.

Gangguan s*ksual semasa akil baligh.

Sama macam confession yang aku baca haritu. Diintai semasa mandi.

Pada waktu itu aku darjah 6. Time tu balik kampung. Bilik air nenek ade 2. 1 bilik mandi dan 1 lagi tempat buang air. Terletak bersebelahan. Seperti biasa atas dinding memang ade ruang kosong. Jika dipanjat dinding tersebut confirm boleh nampak orang sebelah.

Semasa sedang mandi tiba-tiba aku dengar suara 2 lelaki bercakap dan ketawa kecil. Aku mendongak ke atas dan ternampak sepupu aku sedang memanjat dinding dan mengintai.

2 adik beradik lelaki. Berumur 1-2 tahun lebih muda daripadaku. Lantas aku menjerit2 memanggil mak dari bilik air. Apabila mak datang mereka pon cabut lari.

Sejak itu aku memang trauma bila masuk ke bilik mandi mana-mana rumah, pejabat mahupun tandas awam.

Kisah 2.

Gangguan s*ksual seorang flasher.

Ketika itu aku Form 3. Sekolah sesi pagi dan aku pergi sekolah masih gelap lagi walaupun setelah azan subuh. Ketika berjalan kaki ke sekolah aku terserempak dengan seorang flasher.

Dari jauh aku dah nampak seorang lelaki dewasa berjalan dari arah bertentangan. Apabila jarak menghampiri dalam 10 meter agaknya (maaf aku lemah menganggar jarak),

Lelaki tersebut berhenti berjalan, menghadap aku, mengangkat baju dan membuka zip seluar serta menurunkan seluarnya sedikit. Saje buat ayat panjang dan banyak tanda koma.

Aku sebenarnya blur2 sebab bangun tidur sangat awal sebelum subuh namun berjaya juga panik. Lantas aku bertindak menjerit sekuat hati lalu membuka langkah seribu. Padahal beg sekolah sangat berat dan pakai kain baju kurung ya.

Apedehal itu semua bukan masalah asalkan dapat menyelamatkan diri dari kejadian tak diingini.

Sejak itu aku trauma dan mengambil langkah keselamatan iaitu cuba jalan bersaing2 dengan budak2 sekolah yang lain atau ikut berjalan agak rapat dengan pejalan kaki lain yang pada hemat aku tidak mencurigakan dan selamat.

Nak buat macamane sekolah kena juga pergi kalau tak macamane nak masuk universiti. Tiber.

Kisah 3.

Gangguan s*ksual rakan sekolah.

Kisah ini agak aneh pada pendapat aku. Kisah ini berlaku masa aku Form 1 ke Form 2 entah aku pon dah lupa.

Pada masa itu aku agak menjadi tumpuan sedikit rakan sekolah. Aku tak tau nak cerita macamana atau nak start dari mana. Tapi aku seringkali dilanggar oleh beberapa budak2 lelaki sekolah.

Dilanggar ketika aku sedang berjalan di kantin sekolah. Orang yang melanggar akan berjalan cepat atau berlari kemudian bertindak melanggar/ merempuh aku dari arah hadapan.

Aku cuma boleh menjerit woi giler ke ape langgar aku weh. Takpon aku jerit woi sakit lah ko buta ke ape. Lepas langgar pastu cabut lari. Of course kalau tak cabut lari mau kena penampar aku.

Pada permulaan aku takdelah nak bersangka buruk tapi bila kejadian lebih dari sekali dan dengan orang yang berbeza aku dah rase semacam. Mereka ade buat sejenis bet ke apeni.

Masalahnya kejadian yang berlaku sangat cepat ye. Bukan jenis slow motion pastu ade masa nak raba2 geli2 ke ape. Kalau niat nak meraba sempat ke die feel in split second. Eh confuse lah aku seorang diri.

Tapi aku tetap mengkategorikan kes ni sebagai gangguan s*ksual sebab bersentuhan fizikal semasa pelanggaran.

Sejak itu aku seringkali aware setiap kali berjalan dan sering lihat di sekeliling. Pandang jauh 100 meter ke hadapan dan sentiasa bersedia. Tangan harus bertindak lebih laju ye agar boleh hadang badan mahupun menolak jika tiba-tiba dirempuh.

Kisah 4.

Dic*bul teman lelaki.

Pada waktu itu umur aku 19 tahun. Teman lelaki aku sebaya. Bercinta sakan. Masalahnya teman lelaki jenis tangan menjalar. Aku bukanlah alim sangat namun tau batas agama.

Setelah beberapa bulan berhubungan aku mulai susah hati kerana merasakan akan terlanjur jika meneruskan hubungan.

Aku mempunyai prinsip “no sex before married” ye. Lantas aku pon memutuskan hubungan walaupun rase macam itulah cinta sejati cinta matiku. Konon poodahhh hahahaha. Couple pon tak sampai setahun ye.

Kisah 5.

Gangguan s*ksual di tempat kerja.

Ketika itu aku berumur 24-25 tahun macamtu. Belum berkahwin. Dipeluk bahu dari belakang. Setelah aku terkejut, menjerit dan menoleh penc*bul cabut lari. Tak sempat aku nak lempang ke ape.

Bila nak confront pon dia berjaya cabut lari (penc*bul jenis kerja luar dan tak duduk di pejabat) Lantas aku naik angin dan terus berjumpa HR. Mengadu dan mengugut jika tiada tindakan dari HR aku akan buat kecoh.

Alhamdulillah lega aku bila penc*bul tidak mengulangi lagi. Tak tahu lah macamane HR boleh sekolahkan penc*bul tersebut. Hebat dan terima kasih.

Kisah 6.

Kisah ni aku tak rasa nak huraikan panjang2. Trauma tak sudah ye. Aku diperangkap dan dipaksa untuk bersetubuh dengan suami orang. Juga diugut jika tidak mahu bersetubuh akan dirog*l.

Tuhan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Maha Pelindung dan Maha Berkuasa atas semuanya. Atas izin Allah aku berjaya meloloskan diri dari bersetubuh mahupun dirog*l. Alhamdulillah. Itulah perkara paling aku syukuri sepanjang hidup aku.

Selain dari kisah yang aku sebutkan di atas, ada juga kisah lain yang aku tidak ceritakan dengan lebih lanjut.

Aku pernah diraba foreigner di dalam bas awam. Aku pernah diekori orang tidak dikenali ketika berjalan di tempat awam. Aku juga pernah mengalami gangguan s*ksual melalui perbualan/ percakapan dengan rakan sekerja.

Mungkin para pembaca rasa courious dengan penampilan aku. Aku tidak berpakaian ketat atau sexy. Aku bertudung menutup dada dan memakai stokin. Suka mengenakan pakaian berwarna gelap. Tidak memakai aksesori, perfume mahupun mekap.

Jenis muka bare-face pucat lesi. Takde makne nak pakai lipstick sampai bibir mungil bak delima ye. Filter handphone kan ade. Eh tiber.

Para pembaca yang budiman, setiap orang diuji dengan ujian yang berbeza.

Walaupun aku ceritakan pengalaman di atas secara ringan dan bersahaja namun di dalam diri aku seringkali berasa trauma yang aku agak tak mungkin hilang selama-lamanya. Lagi2 bila terbaca confession mahupun news di dada akhbar.

Macamana lah agaknye perasaan wanita-wanita yang dic*bul mahupun dirogol tanpa belas kasihan. Bagaimana mereka menempuh dan meneruskan kehidupan sambil meratapi trauma dalam diri. Entahlah.

Kini aku telah berkahwin dan memiliki beberapa orang anak. Pabila terpandang wajah anak perempuanku, aku berasa risau dan seringkali berdoa agar anakku dilindungi Allah dan tidak mengalami ujian ini.

Marilah kita semua berdoa agar semua wanita di seluruh dunia tidak lagi diganggu oleh jantan durjana.

Ini adalah sejenis confession untuk meluahkan apa yang terbuku di hati. Sila komen murni2 ye. Semoga tiada kecaman. Jika tidak pernah melalui jangan mempersoalkan ujian yang dilalui orang lain. Takut-takut terkena ke diri sendiri ataupun ahli keluarga sendiri.

Salam sayang daripada Minah insan yang trauma. Yang buruk datang daripada saya dan yang terbaik tentulah daripada Allah swt.

Maaf panjang sebab tak pandai nak lukis. Sekian, terima kasih.

– Minah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *