Kisah Budak Gemuk

Namaku Kuntum (not my real name). Badanku chubby sejak berusia 7 tahun lagi dan aku memulakan journey for my diet gaya hidup sihat seusia 24 tahun.

Dalam lingkungan 17 tahun aku bergelumang dengan keadaan badan yang mencecah obesiti ditambah pula dengan saudara mara, adik beradik dan kawan-kawan suka meng”shaming” keadaan diri aku yang gemuk ini.

Perjalanan aku untuk memulakan gaya hidup sihat ini tidak begitu mudah, aku cuba belajar slow-slow untuk dapat impak yang berhasil untuk menurunkan berat badan aku.

Seingat aku masa aku di alam persekolahan dahulu iaitu di bangku sekolah rendah, ada budak-nakal menggelar aku dengan panggilan “dugong” (biasa la budak-budak time tu, bukan cerdik sangat pun suka mengata orang, haha).

Jujur aku katakan sewaktu aku chubby memang aku tak cantik, selekeh, berbau, dan aku tiada ramai kawan. Aku dulu pun pernah jugak dibuli dan orang suka mengata aku tapi aku banyak bersabar time tu.

Journey kehidupan aku time tu banyak aku lalui walaupun amat perit but now alhamdulillah banyak benda aku pelajari memandangkan umurku tahun depan mencecah 25 tahun.

Mungkin bersebab aku pernah merasai tubuh badan yang chubby asbab kerana family aku ada keturunan kencing manis, know that yang suka makan manis banyak-banyak boleh menyebabkan obesiti dan kegemukan.

Bila aku dah matang dan pandai bermain medsoc yang bermanfaat, aku dah banyak dapat new knowledge dan aku sendiri jugak banyak buat research mengenai pemakanan dan gaya hidup sihat.

Di saat aku slow-slow cuba memulakan diet yang sihat masih still lagi saudara mara aku mengata keadaan diri aku but aku tak pernah give up slowly but surely and trust to process even have long journey.

Aku suka stay di asrama universiti sebab di dalam bilik, aku stay sorang diri bukan apa ia memudahkan aku plan my meal everyday, setiap petang aku workout dalam bilik je, refer channel workout kegemaran setiap hari.

Masa mula-mula aku beli penimbang berat, berat aku dalam 80kg lebih macam tu, aku banyak study, aku rajinkan makan makanan yang sihat likes sayur dengan banyak, makan cukup protein, aku amalkan intermittent fasting,

Ada kalanya juga aku berpuasa sunat 2x atau 1x setiap minggu, lama-kelamaan aku dah terbiasa dan mula jadi habit life style kegemaran aku.

Alhamdulillah penghujung pada tahun 2022, fizikal dan mental aku sudah mula kekal bertenaga, rasa sihat, rasa badan ringan, rasa mudah untuk bergerak dan beribadat,

Ianya make me positive in my day and the same time kita rasa mood kita sentiasa happy bila dah terbiasa amalkan healthy life style.

Aku jarang sangat minum dan makan makanan yang manis, even buah yang terlalu manis pun aku jadi tak berapa gemar sama juga ais krim, kek, kuih muih, makanan fast food apa semua,

Melainkan aku betul-betul craving time nak dekat waktu bulan, aku akan jamah sedikit untuk satu hari tu likes Mcd dan Kfc yang menjadi kegemaran aku, tetapi sekarang dah jadi terlalu jarang untuk aku menikmati.

Kebanyakkan meals aku setiap hari mesti kena makan sayur dan minum air masak dengan cukup. Apa-apa yang aku makan sekarang ni mesti aku beringat untuk mengawalnya. Aku bersyukur baju yang aku pakai makin terasa longgar.

Is not easy to be easy to start new journey with new nawaitu to change our life.Apa yang aku nak ubah ini semata-mata aku nak sihat dan happy sahaja, dapat menjadi cantik itu satu bonus,

Tipu la dengan keadaan diri aku yang pernah chubby sebelum ni tak pernah nak rasa bercinta dan mempunyai partner dalam hidup,

Dengan keadaan diri aku sebelum ni ade je aku tersuka ramai orang tapi tak pernah ada layanan disebabkan aku chubby dan tak cantik memandangkan kalau dapat aku mesti memalukan,

Pernah je aku diejek oleh mak tiri aku, aku gemuk begini + tak cantik, tiada orang nak tapi perjalanan aku untuk aku nak ubah gaya hidup aku perlukan masa, pasti aku mengubah jugak.

Tuntasnya pada pengakhiran cerita aku di sini, kita kena yakin yang kita boleh ubah diri kita disertai dengan usaha dan doa pasti akan mengubah seluruhnya bila tiba waktu yang tepat,

Saya nasihatkan kepada sesiapa yang tiada keyakinan diri untuk mengubah diri sendiri , yakinlah bahawa setiap usaha tanpa jemu pasti akan membuahkan hasil yang lebih baik.

Saya nak menurunkan berat badan di kala usia menghampiri 25 tahun dan berfikir mengenai kesihatan kita pada waktu yang akan datang, please do healty lifestyle and care about any foods what you take, healthy body come to healthy food and exercise.

Always positive and happy in your life…

– Kuntum (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *