Assalamualaikum semua. Tahun ni dah masuk tahun ke-4 aku bercerai.
Sejujurnya benda yang paling aku ingat bila nak proses cerai, ramai macam saudara mara, kawan, pejabat agama yang anggap alasan aku ni remeh, pada mereka yelah tapi pada aku tidak.
Aku kenal bekas suami ni dari zaman belajar habis belajar lepas dah kerja kami terus ke rumah tangga.
Aku bab makan ni ada satu benda yang sangat allergic iaitu ikan, aku memang dah bagi tahu awal dan banyak kali dekat bekas suami aku.
Dari kami mula kenal, bercinta dan berkahwin aku dah cakap “abang saya memang tak boleh makanan ada bahan sekian sekian”
Bila keluar makan aku mesti akan tanya bahan dia ada letak ke tidak benda ni. Bila dah clear baru aku boleh order,
Bekas suami aku ada lah macam bebel “cerewetnya awak ni sayang” aku take that as a joke ye lah sebab dia pun gelak.
Aku ni mak ayah tak ada, anak tunggal dan bila mak ayah aku meninggal dunia aku membesar dengan nenek. Yang tahu allergic aku ni arwah mak ayah dan nenek. Saudara mara aku ada yang sorang dua tahu.
Sepanjang hidup aku waktu tu 2 kali kena dan memang sejujurnya sangat lah terseksa memang rasa macam nyawa di hujung tanduk.
Sejak haritu memang aku sangatlah sangat berhati hati dalam pemakanan even minyak kalau contain ingredients ikan tu pun aku tak boleh.
Fast forward, bekas suami aku masak. Selama ni dia kalau masak setakat meggi dan telur mata tapi ni dia cakap nak masak full package ada ayam, daging, sayur dan 2-3 lauk lain lagi.
Aku pun makan, tengah sedap makan ayam goreng kunyit ni tiba tiba sesak nafas aku pun tanya dia letak apa je dalam makanan ni tapi dia cakap tak ada apa-apa.
Bergegas ye ke hospital nasib baik tak jauh. Waktu tu muka, tekak aku dah rasa cramp aku cuma fikir mati je ni.
Lepas dah dapat rawatan of course memang aku consume benda yang tak sepatutnya. Aku tanya bekas suami aku dia masak guna apa. Dia cakap bukan dia yang masak tapi beli kat luar aku pun tanya dia beli mana tapi berdalih je..
Lepas dah berejam ulang alik siasat dapat tahu yang bekas suami aku ni SENGAJA, dia beli yang macam fish chop tu dia campur gaul dengan ayam lepastu goreng.
Aku terkejut memang muka aku waktu tu dengan sakitnya lagi, boleh rasa pucat muka aku.
Dia cakap “curious” betul ke aku ada allergic lepastu dia dengar lah kawan dia, saudara dia dan ada dia baca kat internet ceramah ustazah, mungkin yang aku ni bukan allergic.
Aku ni macam ada psychological problem so dia cuba lah. Dia ingat kalau aku allergic pun reaction dia tak teruk sebab alasan dia tak pernah nampak orang allergic.
Aku bila dengar tu bermacam benda dalam kepala otak aku. Geram, marah, kecewa hampir sebulan.
Selepas doa, solat dan fikir panjang aku pun bagitahu dia elok kita bercerai. Memang reaksi ramai sekeliling aku cakap, “weyh benda simple, picisan, biasa macam tu pun kau nak cerai”
Aku selama kenal bekas suami aku, bertunang sampai kahwin hal allergic aku ni selalu aku tekankan. Aku selalu cakap, “jangan buat main boleh buat mati”.
Boleh dia nak “try” nak tengok betul ke aku ni ada allergic. Pergi pejabat agama, reaksi pun sama. “Ini benda mudah maaf bermaafan InshaAllah baik”
Jujurnya kalau suami aku tak sengaja macam dia beli luar aku boleh terima sebab bukan dia sengaja. Tapi, dia sengaja.
Aku pun banyak kali tanya dia kenapa tak fikir panjang. Kenapa boleh ada terdetik niat nak tengok aku punya allergic reaction.
Lantik peguam, jumpa hakim dia marah bebel tengking aku cakap isu aku ni remeh.
Selepas hampir setahun akhirnya aku pun selamat bercerai. Proses memang rumit, kalau kau ada ternampak video ke, penulisan tentang cerai percayalah memang payah.
Bila dah sah cerai bekas suami aku hantar wasap panjang dia cakap aku ni betina bodoh kena sikit pun nak bercerai, aku cuma mampu gelak.
Yang ada allergic reaction yang teruk macam aku ni tahulah serious dia macam mana.
Sebenarnya ramai kot orang kita macam ambil mudah apa lagi macam “betul ke kau allergic kacang”.. lepastu dalam diam cuba selit makanan yang ada kacang bila dah nampak orang tu mengelupur baru menyesal.
Banyak kes ni apa lagi dengan kawan-kawan, pasangan yang sambung belajar tu lagi lah. Sebab ramai yang kalau pernah nampak allergic reaction cuma jenis yang biasa macam ada merah kat kulit atau yang symptoms mild biasa.
Tapi yang jenis kalau dah cramp tekak, muka, badan tu memang tidak lah sakit dan rasa hujung hujung nyawa.
– Nur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Para as-satizah selalu sebut; hal nikah kahwin ni bkn mengenai ‘cinta’ shj, tp meliputi semua hal ehwal yg berkaitan dlm kluarga spt; belas kasihan, t/jwb, amanah dll., so termasuk jugalah perasaan prihatin (concern) tentang apa yg disukai atau yg xbole dimakan (allergy) dsb.., tp klaw suami tu x sengaja atau lalai pd mse tu, dan memohon maaf serta janji akn lbh berhati2 slepas itu, tersebut mngkin bole dipertimbangkn dan diterima, serta hidup diteruskn spt biasa.. suami juga perlu lah ‘rendahkn ego’ tu ckit, sbb isteri tu bole ‘maut’ klau x berhati2.. slalunya apa yg jadi penyebab perceraian tu bkn oleh satu ‘sebab’ shj, ada sebab ‘utama’, di samping faktor2 lain yg turut mnyokong.. bak kta seorang ustaz, kita mngkin x suka atau x setuju dgn sikap atau perangai pasangan kita tu, tp yg kita xsuka tu ‘sikap’ or perangai nya shj, bkn dirinya yg kita pernah suka n syang.. wallahu a’lam bissawab..
Allahu, suami jenis apa tu? Mental ke? Tolonglah, benda2 melibatkan penyakit ni akan berkaitan dengan nyawa. Ada kawan yang allergic tomato. Termakan sikit terus naik ruam dan bengkak2 muka dia. Plus sesak nafas. Setiap manusia diuji dengan ujian yang berlainan jadi jangan anggap remeh.
Mungkin dia ingat allergic cam gatal gatal merah kulit kut……tapi teruk la suami tu kata kata pun kesat.
Hi, saya suka makan, cookies , junk etc. Tapi pasal allergic itu bukan perkara yang kecil and di pandang remeh. Semenjak cik ada cube bagi tahu kepada suami mu. Ini belum sampai anak2, adik kecik2 lagi. Sila berhati2 ya. Memang boleh ragut nyawa if terlambat dapat perubatan bantuan / kecemasan.
Segala allergic symptom harus ambil perhatian dan kene berhati – hati.
Kalau boleh dan mampu, Boleh pergi cube buat allergic test ye.
I bukan bidang medical jadi tidak boleh bagi tahu lebih terperinci. Info2 boleh dapat dari internet atau boleh lawat di klinik atau hospital.
Kenapa nak buat main pasal allergic ni ek? aku pernah tengok sorang tiktokers “SHIV” @shiv_sewlal, dia ni mmg dikenali sebab ada allergic teruk, salah satunya kacang. Ada sekali tu, dia sentuh makanan yang ada sikit je kacang, then dia gosok mata (maybe sebab masa tu mata dia gatal kot). Mata dia sumpah bengkak. And its life-threatening. Nasib dia cepat pergi hospital.
Takpa la awak. Awak dah berjaya tinggalkan orang bodoh, takda common sense. Apa kena mengena ceramah agama dengan allergic. Aduh bebal betul. Dan pada sapa-sapa yang marah sebab kes cerai pasal allergic tu, biar benda tu jadi depan mata dorang. Nak tunggu orang hilang nyawa dulu ke baru nak caya?
Buat ex suami awak tu, kalau dia dah kahwin, ada anak, kalau diizinkan Allah anak dia ada allergic teruk, baru la dia tau langit tinggi ke rendah.
STUPID MAN
Betul2
pasal allergic itu bukan perkara yang kecil and di pandang remeh. Semenjak cik ada cube bagi tahu kepada suami mu. Ini belum sampai anak2, adik kecik2 lagi. Sila berhati2 ya. Memang boleh ragut nyawa if terlambat dapat perubatan bantuan / kecemasan.
Segala allergic symptom harus ambil perhatian dan kene berhati – hati.
Kalau boleh dan mampu, Boleh pergi cube buat allergic test ye.
I bukan bidang medical jadi tidak boleh bagi tahu lebih terperinci. Info2 boleh dapat dari internet atau boleh lawat di klinik atau hospital.
good job , u buat benda yg betul.. semoga ex u dapat allergic lagi teruk dan biar bini baru dia nanti ”sengaja” test dkt dia pulak..what a stupid man ! aishh menyirap aku baca..
Bagus lah awak dah keluar dari hidup dia. Sejenis bangsa lelaki yg bodoh. Kalau masih dengan dia, dan dia nak bunuh awak secara senyap pun senang sangat dgn cara bagi makan benda yg awak allergy tu.
Bodohnya laki tu
Dia tak tau ka
Allergic boleh bawak maut
Bila bengkak semua termasuk saluran pernafasan
Yang allergic teruk memang faham je perasaan sesak nafas tu paling tak boleh tolerate. I allergic ketam, bau masakan pun tak boleh. Memang teruk bila kena allergic reaction. Pergi hospital dapat cucuk and nebuliser okay sikit, tu pun doctor monitor lama and pesan kalau tak elok terpaksa warded.
Awk da buat keputusan yg tepat! Tu je nak cakap sbb kalau pasangan kita tak boleh nk terima segala apa yg kita da cakap..die xnk dgr angkat kaki saja..xperlu kisahkan sgt org sekeliling..org nk ckp masuk tlinge kanan kua tlinge kiri..sebab yg hadapnye kita.
saya berharap bila baca ayat awak selepas bercerai ex minta maaf. rupanya dia carutkan awak ye. Memang ptut awak tinggalkan dia. main test2 nyawa org pulak tu. Nmpk sgt dia bukan suami yg baik. Unless kalau selepas kejadian tu dia minta maaf dan janji x buat lagi. Saya faham situasi ni. Anak saya sendiri alami mild eczema. kulit kering 1 badan dan gatal2. susah hati sangat ye..ni pulak tahap sesak nafas. sampaihati nak main test2. semoga ex awak hadap benda ni dan dia paham. allergic bukan benda main2.