Kisah Cinta yang mengharapkan pada Allah

Assalamualaikum semua, first thing first terima kasih dekat admin jika sudi siarkan confession aku ni. Seorang bunga yang akan aku gelarkan diri aku sebagai Bulan.

Aku cuma nak minta pendapat semua, dan sudi share apa-apa diruangan komen. Mengharapkan komen yang baik baik dari kalian.

Aku sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa?? Tapi berkaitan jodoh dan kuasa Allah. Semoga kalian sudi baca penulisan aku ini.

Ceritanya, aku ada berkenan dengan seseorang ni yang mana aku gelarkan dia as N. Di mana aku kenal dia, macam mana aku kenal dia, biarlah Allah sahaja yang tau.

Kami pernah bersua muka, sekali sahaja. Itupun sekali pandang, terserempak, bukan tatapan lama. Tapi yang menjadi buat tertarik apabila dia mempunyai ciri-ciri yang aku nak.

Boleh kata serba cukup pada pandangan aku. Sebab untuk cari orang yang seperti itu sangat susah. Aku tak mahu ceritakan cirinya bagaimana, cukup aku kata ciri cirinya diidamkan ramai gadis.

Aku tidak pernah bercinta, setakat cinta monyet, sekali tu jelah zaman sekolah. Selepas itu, no more, sebab aku malas dan bagi hati sesuka hati dan aku mula letakkan pendirian aku sendiri.

Berbalik pada N, dia seorang yang menjaga hubungan dan batasan. kami sedang berkawan yang mana kadang kadang berhubung lah. Aku bukan sejenis yang 24/7 nak berchatting atau bergayut.

Oleh hal demikian, aku juga jaga batas aku, memandangkan aku juga sedemikian. Pernah satu hari tu, aku terbagitahu dia, yang aku berkenan dengan dia (in a serious way).

Pada saat tu, aku rasa aku tersilap langkah. Tak sepatutnya aku bagitahu. Menyesal sedikit. Selepas daripada perkara tu, ada benda jadi yang membuatkan aku ingin dekatkan diri aku dengan Allah.

Kan ustaz/ ustazah kata, kalau kita nakkan seseorang, cari cinta Allah dulu, dan nanti Allah hadirkan dia dan jika ada jodoh, insyaa Allah dipermudahkan urusan. Berbulan juga, aku mengaplikasikan teori itu pada diri aku.

Allah Maha Baik, setiap hari, setiap selesai solat, tak lekang, tak tinggal satu pun. Aku minta pada Allah yang Maha Esa. Minta dengan bersungguh-sungguh dan penuh yakin. Serahkan segala urusan kepada dia.

Alhamdulillah, Allah Maha Baik, aku rasa seperti doa aku dimakbulkan satu per satu. Terasa urusan dipermudahkan.

Sebenarnya ada waktu yang aku give up, tapi bila ingat balik rasa doa dikabulkan tu. Rasa bersemangat balik kan? Kalau kalian ada di tempat aku, pasti berasa benda sama juga bukan? Hampir dah nak ke peak ni, takkan nak patah balik.

Memandangkan aku juga serious dalam bab ini, jadi aku terus doa dan berdoa, itu prinsip aku.

Disini, aku ingin sampaikan, jika kau nakkan sesuatu dan berharap, serahkan urusan kau dekat Allah sebab dia Maha Menguasai segala sesuatu.

Aku bukan mempamerkan kebaikan, tapi aku juga hamba yang sedaya upaya berharap pada Allah.

By the way, aku ingin tanya kalian, apakah ada kemungkinan untuk seseorang lelaki itu berubah hati untuk buka hati jika ada orang benar-benar inginkan dia?

Ada ke kisah yang sebegitu rupa? Jika ada, mengharapkan sudi share di ruangan komen, nanti aku akan baca.

Akhir kalam, maaf andai penulisan ini tidak menarik dan semoga juga kalian tidak give up untuk sesuatu.

Khusus buat N, andai kau baca penulisan ini, terasa yang ini buat kau, semoga kau terbuka hati. InsyaAllah aku akan tunggu dengan berharap pada Allah yang Satu dan yang Menguasai segala Sesuatu.

Selama mana Allah hadirkan perasaan ini, aku akan jaga hati aku. Sem0ga kau sedang melakukan benda yang sama.

Semoga kita dipertemukan semula dan dapat disatukan hati di tempat pertama pertemuan kita dengan izin-Nya. Aamiin.

Sekian, terima kasih.

– Bulan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *