Kisah Derita Disebalik Lailatul Qadr

Bismillah. Test test. Hai everything. Terima kasih buat IIUMC sudi menyiarkan cerita aku. Aku nak kongsi sikit lah sirah Nabi berkaitan dengan penderitaan disebalik malam lailatulqadar.

Khusus untuk umat Nabi Muhammad SAW. (Kita semua la kann) ok say what? Alhamdulillah. Hampa nak tahu tak ni? Ok, Kisahnya bermula daripada apa? Daripada seorang Nabi mulia yang bernama Syam’un Al Ghazi AS.

Ok copp satt! Kisah Nabi Syam’un Al Ghazi AS ni tak diceritakan dalam Al Quran tau, hampa semua jangan dok struggle cari pulak naaa, tak jumpa la alamatnya sampai qiamat. Kisah ni diceritakan dalam kitab ” القصص الأنبياء ” (kisah-kisah Nabi).

Dalam kitab tu, diceritakan Nabi SAW tersenyum ketika duduk bersama dengan para sahabatnya, lalu ditanya dari salah seorang sahabatnya :

“Apakah yang menyebabkan kamu tersenyum ya Rasulullah?”

Rasulullah menjawab :

“Telah diperlihatkan kepadaku pada hari akhirat nanti ada seorang Nabi yang membawa sebilah pedang disisinya, namun dibelakangnya langsung tiada kelihatan umatnya dan dia memasuki ke Syurga secara berseorangan, dialah antara Nabi Allah bernama Syam’un.”

Dalam kitab bertajuk “Muqhashafatul Qulub” karangan Al Imam Ghazali RH ada menceritakan yang Nabi SAW duduk bersama dengan para Sahabatnya pada bulan Ramadhan dan baginda bercerita kisah Nabi Syam’un Al Ghazi AS.

Nabi Syam’un AS dianugerahkan oleh Allah SWT kelebihan luar biasa iaitu boleh melembutkan besi, menewaskan binatang buas dan mampu merobohkan tiang-tiang istana. Mashaallah. Hebat ke hebat sangat? Haaa tudiaaa.

Kalau hampa semuaa nak tauu, Nabi Syam’un ni antara Nabi yang tegas mempertahankan syariat Allah SWT dengan mengikut kitab Taurat dan menentang keras kaum Bani Israel yang ingkar dengan perintah Allah.

Time tu zaman gunakan kitab Taurat lagi, Nabi Muhammad SAW pon belum diutuskan sebagai rasul ketika itu.

12 Ketua kepada Bani Israel antara yang paling keras banyak menentang syariat Allah, Nabi Syam’un tak pernah berhenti untuk menyeru kaumnya supaya kembali kepada Allah. Tak kenal erti putuih asa naaa.

Jadi, sifat istiqamah Nabi Syam’un dok seru berdakwah ni lah menyebabkan ketua Bani Israel kurang selesa dengannya dan berkomplot dengan isteri Nabi Syam’un nak tewaskan baginda.

Haa yang paling geramnya depa ni kat baginda, sebab kudrat Nabi Syam’un terlalu kuat. Siapa tahu apa kelemahan Nabi? Angkat tangan!

Sabakkk dulu, sebelum hampaa nak tauu kelemahan Nabi Syam’un ni apa. Ok ok dah boleh turun kan tangan naa. Kebaih pulokk satgi nok makan berbuko puasoo. Aku teruskan dulu cerita plan jahat ketua bani israel dengan isteri baginda. Kira tikam belakang laa isteri Nabi Syam’un ni.

Pandainya bani israel ni, dia kaburkan mata isteri baginda dengan harta dunia, jadi dari situlah isteri Nabi Syam’un sanggup nak berkomplot untuk hancurkan suami dia sendiri.

Haa jaga-jaga wanita yang dok kejakk harta macam tak dak hari esok! Dok aihh gughau ja naaa. Jangan maghahh. Tarik nafas lepaihh, senyum siket. Dok aih, tak saloh nak kumpui harta. Bulihh, tapi biarlah niat untuk ke jalan islam naa.

Ok sambung. First day, Nabi kena ikat dengan rantai besi. Tahu apa jadi? Macam celah taik gigi jaa laa Nabi boleh terlepaihh. Second day, Nabi kena ikat lagi tapi dengan besi yang lagi kuat.

Apa terjadi? Sama jugak naa, kacang goreng jaa Nabi nak tanggaikan besi. Ibarat macam hang putuskan tali getah tu haa.

Ok last sekali, isteri dia tak puas hati aihhh pasaipa kuat sangat suami aku nihh. Dia pon umpan suami dia sampai dapat tauu apa kelemahan suaaminya yang sebenaknyaa. Nabi bagitahu kaaa?

Yess! Tepat sekali. Nabi bagitahu la sebab bini kan! Opkoslaa Nabi percaya. So, Kat mana kelemahan Nabi? Kelemahannya terletak pada rambut baginda yang panjang. Nabi Syam’un dikhianati isterinya sendiri. Rambut Nabi diikat oleh depa semua.

Haa, time tu laah muqaddimah Nabi Syam’un kena seksa guys!. Tamak halobanya isteri Nabi sampai sanggup gadaikan suami demi harta dunia! Wa na’uzubillahiminzalik!

Nabi Syam’un ditangkap, diseksa sekejam kejamnya, dibutakan kedua matanya, disiat-siat kulitnya oleh pemerintah yang zalim tu.

Masa Nabi Syam’un diikat, waktu tu lah baginda berdoa kat Allah SWT dengan meminta, jika dia dikembalikan kudratnya dia bernazar untuk berjihad di jalan Allah selama 1000 bulan. Allah SWT makbulkan doa Nabi dan guess what?

Runtuhlah setiap tiang-tiang istana dan menghempap Ketua-ketua bani israel dan isterinya. Padan muka hang semuaa dok naya kat oghang pasaipa!! Rasain luhh!! Geghamm naa ?! Finally, matilah kesemua yang ada dalam istana tu.

Dalam seronok bercerita, para Sahabat yang ada kat sisi Rasulullah SAW rasa cemburu dengan amalan Nabi Syam’un pasai hidupnya selama 1000 bulan tersebut hanyalah berjihad di jalan Allah.

Layan sangat kalau banding hat cembughu kita naa. Cembughu dengan kemewahan dan keberjayaan oghang. Astaghfirullahalazim.!! Moga Allah jauhkan kita semua dari fitnah dunia aamiin.

Jadi, datanglah wahyu daripada Allah melalui Malaikat Jibril AS membawa Surah Al Qadr untuk menggembirakan hati Sahabat-sahabat Nabi SAW.

إِنَّآ أَنزَلۡنَٰهُ فِي لَيۡلَةِ ٱلۡقَدۡرِ :1

وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ :2

لَيۡلَةُ ٱلۡقَدۡرِ خَيۡرٞ مِّنۡ أَلۡفِ شَهۡرٖ :3

تَنَزَّلُ ٱلۡمَلَـٰٓئِكَةُ وَٱلرُّوحُ فِيهَا بِإِذۡنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمۡرٖ :4

سَلَٰمٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطۡلَعِ ٱلۡفَجۡرِ :5

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. (1)

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2)

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3)

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (4)

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (5)

( Surah Al Qadr 1-5 )

Aku nak suggest laa kat hampa semua, kalau yang susah nak banguin malam. Bulih la tekan link hat bawah ni. Ada yang confess cara nak bangun malam. Tajuk confess tu (Tahajjud ku Tahajjud mu jua)

https://iiumc.com/tahajjud-ku-tahajjud-mu-jua/

Pastu alang-alang tu. Rebutlah sekali naa ganjaran besaakk ni dengan sedekah subuh.

Ni pon ada orang confess kat IIUMC. Tak rugi naa. Aku pon ada try-try start buat. Seronok. Rasa tenang jaa. Macam ada mengalir air terjun dalam hati! Gitu. Haa nak ghasa? Buat dulu. Tajuknya (Ajaibnya Sedekah subuh)

https://iiumc.com/ajaibnya-sedekah-subuh/

Kayakan harta kita kat akhirat, jangan lupaa!! Aku doakan hampa semua dapat bertemu lailatulqadar tahun ni dan untuk masa akan datang juga.

Hampa usaha sampai dapat tauu!! Pasai Ramdahan tahun ni special sangat, rebut! Jangan lepaskan! Doa, taubat semua Minta banyak-banyak kat Allah. Jangan lupa doakan oghang lain juga naa.

Semoga kita semua dapat sama-sama kumpui dalam syurga di akhirat kelak, aamiin.

Sekian ceghita dari aku, angah yang hensem. Wassalam. Maaf salah silap naa. Ingat jangan balik kampung! Tiberr.

– Angah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *