Kisah Di Bulan Ramadhan

Tiap kali menyambut Ramadhan, pasti akan terkenang mereka yang telah pergi. Ntah mengapa saya tiba2 teringat kisah Ramadhan beberapa tahun lalu.

Lebih kurang 2,3 hari sebelum menyambut Ramadhan, saya menerima mesej daripada salah seorang kakak saya yang sedang sarat mengandung 7 bulan. Katanya dia di hospital.

Beberapa hari lepas, dia tergelincir terpijak lantai licin.

Baru hari ini menjalani pemeriksaan doktor setelah bayi dalam kandungan tidak bergerak. Doktor sahkan bayi telah meninggal dan sedang menunggu proses melahirkan.

Kami tiada saudara di Sabah. Abang ipar pula sedang belayar. Tiga orang anaknya diserahkan kepada jiran untuk dijaga sementara menunggu abang ipar balik.

Saya memohon cuti seminggu daripada bos saya untuk fly ke Sabah.

Setelah cuti saya diluluskan, saya menelefon mak meminta izin ke Sabah untuk menjaga kakak.

Juga memohon maaf kerana tidak dapat menemani mak di awal Ramadhan seperti kelaziman. Mak izinkan dengan berat hati.

Petang itu juga saya memandu sendirian ke KL selepas uruskan hal cuti, kerja dan menempah tiket flight ke Kota Kinabalu.

Bermalam di rumah kakak di Selangor. Pagi esoknya kakak menghantar saya ke KLIA. Flight delay 2 jam daripada waktu dijangka berlepas.

Saya tiba di KK waktu maghrib.

Kandungan kakak kali ini merupakan yang kelima. Anaknya yang keempat meninggal selepas sehari dilahirkan kerana jangkitan kuman dalam paru2.

Saya bimbang jika kakak saya mengalami Postpartum Depression (meroyan) setelah dua kali berturut anaknya meninggal.

Sebagai adik, tentunya saya tidak sanggup melihat kakak sendiri sakit dan sedih. Penting untuk memberikan sokongan emosi agar kakak tabah menghadapi dugaan kehilangan anaknda dua kali berturut2.

Buat pertama kali, merasai sambutan Ramadhan di negeri bawah bayu seperti yang saya pernah berangan2 mahu berbuka puasa awal.

Rupanya sama saja tempoh masa berpuasa. Mujurlah saya jenis mudah menyesuaikan diri dengan perubahan masa di sesuatu tempat.

Seawal jam 3 dah bangun tidur panaskan menu bersahur, hidang dan kejutkan anak2 saudara untuk bersahur. Siap makan, kemas meja dan dapur kemudian tunaikan solat subuh.

Sempat lelapkan mata sekejap sebelum bangun untuk hantar anak saudara no 2 ke sekolah sesi pagi.

Pukul 10 pergi pasar beli barang dapur dan lauk basah. Balik rumah siang ikan, ayam, prepare bahan2 dan masak untuk menu berpantang kakak saya.

Basuh dan sidai baju. Kemudian hantar si sulung bersekolah sesi petang dan menjemput adiknya balik sekolah. No 3 tidak ke taska kerana saya ada di rumah.

Balik rumah, prepare masak untuk menu berbuka merangkap sahur sekali. Rehat sekejap kemudian ke sekolah semula menjemput si sulung balik sekolah.

Sampai rumah dah hampir waktu berbuka. Terus hidang, makan dan kemas dapur. Solat maghrib kemudian mengajar anak2 saudara mengaji.

Kemudian ke masjid terdekat namun jaraknya agak jauh daripada rumah dengan anak2 saudara. Balik dah jam 10, lipat kain baju dan terus tidur.

Begitulah rutin seharian menjadi surirumah menjaga kakak berpantang dan menguruskan tiga orang anaknya selama seminggu.

Walaupun cuma seminggu, penat sebenarnya menguruskan urusan rumahtangga.

Kerana itu, saya sangat kagum dengan wanita bergelar isteri dan ibu. Tidak kira sama ada mereka berkerja ataupun suri rumahtangga. Kerja rumah yang tidak pernah akan habis sampai bila2.

Ramai kawan cakap, kakak saya beruntung mempunyai adik yang prihatin. Tapi bagi saya, saya juga beruntung lahir dan membesar dalam family besar dan saling menjaga satu sama lain.

Selepas mak meninggal, adik beradik yang menjaga kebajikan saya. Malah ipar2 saya berjanji akan jaga selagi saya tak kawin.

Kepada yang mempunyai keluarga, hargailah family yang kita ada. Sempena Ramadhan ini, eratkanlah hubungan sesama kita. Bimbang2 jika ini Ramadhan terakhir kita.

– Cik bunga Dahlia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *