Kisah Doa Dari Mekah

Assalamualaikum semua sebenarnya ni kisah kawan pejabat saya. Saya dah mintak izin dia untuk share kat sini. Maaflah coretan ni sedikit panjang.

Saya terasa nak kongsi mengenai keistimewaan dan keajaiban berdoa di tanah suci ni kan.

Nak dijadikan cerita, kawan office saya didapati kena kanser pangkal rahim stage 2. Masa tu dia nampak makin lemah dan selalu MC.

Mula tu kami pun tak tahu dia sakit apa. Lepas tu dengar dari kawan lain, katanya dia kena kanser. HR pun dah bagi-bagi hint suruh berhenti dan focus rawatan.

Kawan saya ni muda lagi. Umur 42 tahun tapi tak kahwin lagi. Sebenarnya dia macam kena kerja jugak untuk support keluarga walaupun dia sakit.

Sebab tu dia masih tak bagi surat berhenti dan masih gagah datang kerja walaupun dalam keadaan lemah.

Saya sebenarnya tak de la rapat sangat dengan dia, sebab saya pun baru ja kerja kat sini. Saya tau dia kena kanser pun dari orang lain.

Sebab dia pun kurang bergaul dengan orang dan agak pendiam. Dia hanya buat hal dia ja dan bercakap bila perlu.

Memandangkan skop kerja kami berkait antara satu sama lain, dan selalu kena berkomunikasi. So mungkin dia jadi selesa dan cerita sikit-sikit hal dia kat saya selepas saya sendiri yang buka mulut tanya pasal kanser dia tu.

Satu hari dia bagitau saya, dia rasa nak pi umrah. Hati dia selalu teringat-teringat tanah suci lately ni katanya. Dia mintak tolong saya survey pakej untuk dia sebab dia tak de pengalaman dalam ni.

Tapi time tu adalah time pakej umrah kat malaysia naik harga mendadak. Sebab time tu sedang hangat isu hotel-hotel kat arab naik harga tak masuk akal secara tiba-tiba, dan cancel booking hotel sesuka hati.

Banyak travel umrah masa tu letak harga tinggi untuk cover kos hotel tak masuk akal tu. Dia pun tak mampu dengan harga tu sebenarnya sebab dia ada banyak komitmen lain. Tapi bila Allah dah panggil, sapa mampu halang.

Kebetulan ada satu ustaz ni buat pakej umrah murah yang dia pun mampu bayar. Cuma jarak hotel dengan mekah dalam 400 meter, lepas tu makan sendiri tanggung dan bilik kongsi 4 orang.

Kawan saya ni nak pergi jugak dengan ustaz tu walaupun saya keberatan. Sebab ustaz tu bukan agent travel, tapi sekadar bantu-bantu bawak orang pi umrah.

Lepas tu saya pun tak kenal ustaz tu sangat. Hanya tahu pasal dia melalui kawan saya. Dan orang yang pergi dengan dia pun tak ramai.

So saya takut kawan saya hadapi kesulitan apa-apa hanya kerana murah. Sebab travel yang famous pun ramai jemaah terkandas dan banyak masalah lain.

Ni kan pulak kalau pergi dengan orang persendirian yang kita tak kenal. Lagi banyak risiko yang saya kena ambik kira. Dah la saya yang rekomen, so risau la jadi benda tak sepatutnya macam yang selalu orang viral tu.

Dia nak pergi sana 2 minggu, saya macam-macam benda fikir pasal dia. Saya risau takut hotel jauh dia tak larat jalan.

Lepas tu takut dia tak cukup duit untuk dia makan dan belanja kat sana. Sebab saya dapat rasa dia pun hidup serba kekurangan jugak.

Lepas tu jujurnya takut hak-hak dia tak dilindungi bila pergi dengan orang tak dikenali dan tak berdaftar. Saya mula tu sekadar bagitau ja pasal pakej ustaz ni.

Tapi dia nekad nak pi dengan ustaz tu jugak kerana memenuhi kemampuan dia walaupun saya tak menggalakkan.

So saya tolong uruskan apa yang patut dan berserah kepada Allah saja la untuk bantu dia. Sebab kawan saya ni dah excited nak pergi dengan ustaz tu jugak, dah tak mau dengar tentang pakej lain dah.

Alhamdulillah, Allah mudahkan semua untuk dia. Dia pergi dan balik dengan selamat tanpa sebarang masalah.

Sebenarnya sebelum tu, saya sedih la tengok keadaan dia masa sakit tu. Nak bercakap pun suara macam tak terkeluar. Lemah sangat keadaan dia. Sedih terbayang kesakitan dia.

Saya pun selalu berdoa mintak dia sembuh dan dipanjangkan umur. Sebab saya selalu rasa dia orang yang Allah sayang.

Saya tahu dia pun mesti pergi sana nak berdoa sungguh-sungguh untuk kesihatan dia. Sebab tu saya beriya tolong carikan pakej yang dia mampu pergi.

Balik malaysia bila dia join kerja, lain sangat diri dia. Badan dah berisi, cergas. Suara pun dah kuat dah. Ceria la tengok dia.

Dia bagitau saya, balik malaysia dia pergi chek balik kat hospital, yang hairannya sel kanser tu dah tak de. Doktor pun hairan katanya.

Tapi dia percaya dan dapat rasa bila dah balik malaysia, mesti dia tahu berita yang dia dah bebas dari kanser. Sebab memang dia yakin kalau dia doa kat sana mustajab.

Lagipun, dari sana dia dah dapat rasa yang doa dia dimakbulkan. Lagi satu dia kata, dia mula pergi mekah dulu, lepas tu baru Madinah. So tinggal lagi 3 hari nak balik malaysia, malam tu dia masuk Raudhah.

Dia dapat rezeki berdoa dan solat dekat dengan tiang-tiang yang mustajab doa tu. Lepas tu dekat dengan makam nabi. Dia kata dia orang last keluar tu pun sebab polis halau sebab dah pukul 12.

Masa tu baru dia sedar hanya dia sorang ja kat situ. Jemaah lain dah lama balik. Dia tak sedar sebenarnya dia solat merata-rata kawasan dekat Raudhah tu.

Lebih dari sejam rupanya dia kat situ. Esok pagi dalam 3 lebih dia dah pergi semula ke masjid untuk solat subuh. Tapi pagi tu dia sangat mengantuk dan sangat lemah.

Dia rasa sangat letih sampai nak berdiri berjalan pun tak larat katanya. Tapi dia gagah jugak pergi masjid. Sampai kat masjid, dia duduk sandar kat tiang untuk tunggu subuh.

Entah macam mana, tanpa sedar tiba-tiba dia tertidur. Lepas tu dia mimpi, ada satu orang datang pakai jubah merah. Dia tak pasti jantina apa, dia cuma nampak bahagian perut dengan pakaian merah ja.

Yang lain-lain dia tak nampak. Orang tu datang usap perut dia. Lepas tu dia terjaga secara terkejut sebab dengar bunyi azan.

Dia masa tu rasa blur dan terpinga-pinga sangat sampai la dia balik malaysia. Dia tak tahu la apa maksud mimpi tu ke apa, yang dia rasa dia akan sembuh. Sebab dia kata dia langsung tak de mimpi apa-apa dari mekah sampai ke Madinah.

Cuma mimpi tu ja sekali dia dapat selama dia kat tanah suci. Dia mula rasa aneh jugak dengan mimpi tu tapi dia tak cerita kat sapa-sapa pun. Hanya saya ja tahu katanya.

(tapi saya dah bocorkan kat sini pulak) tapi dia bersyukur Allah makbul doa dia hilangkan sakit dia. Sebab dia kata dia betul-betul nak dia sihat dan panjang umur.

Sebab keluarga dia perlukan kudrat dia untuk kelangsungan hidup. Kalau dia sakit lemah, keluarga dia akan makin susah katanya. Saya pun berat mulut nak tanya perihal keluarga dia, tapi saya gembira dia dah sihat.

Saya tahu ramai ja yang pergi sakit-sakit ke tanah suci, tapi bila dah balik terus sihat. Cuma terasa nak share kisah dia sebab rasa cemburu sebenarnya bila Allah bagi kenikmatan dalam kesulitan buat hamba yang dia pilih. Lagipun saya selalu teringat kata ustaz saya.

Kita di tempat lain, Allah gelarkan kita hamba, tapi hanya di tanah suci sahaja, Allah gelar kita tetamu.

Betapa istimewanya insan yang dijemput Allah ke tanah suci ni. Sebab Allah jemput tak lain tak bukan, nak bagi keampunan dan nak makbulkan semua permintaan kita.

Lagi satu, dia mana-mana pun, yang ada hanya waktu mustajab doa sahaja. Tapi satu-satunya tempat mustajab doa dalam dunia ni hanya ada di tanah suci sahaja, tak ada di tempat lain.

Sebab tu orang selalu cakap, ada duit pun belum tentu dapat pergi sana selagi Allah tak jemput jadi tetamunya.

Akhir kata saya mendoakan semua saudara Islam saya dijemput menjadi tetamu Yang Esa tak lama lagi.

– Shifa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *