Kisah Dsyfunctional Family

Nama diberi ialah Melur (bukan nama sebenar). Mungkin cerita ini akan mencetus kesedihan kepada sesiapa yang sedang menghadapi situasi yang lebih kurang sama.

Perkongsian ini adalah salah satu kisah keluarga yang tidak berfungsi secara optimum.

Terima kasih diucapkan kepada admin sekiranya cerita ini disiarkan. Cerita ini bukanlah cerita yang pada saya perkongsian yang berguna kepada semua, tetapi lebih kepada luahan.

Saya tidak meminta simpati cuma sekiranya ada idea bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini, bolehlah berkongsi dengan saya.

Saya juga ingin menyeru kepada pembaca yang budiman supaya memberikan komen secara berhemah dan nasihat yang membantu. Sekiranya luahan ini tidak menarik atau tidak berkaitan, pembaca bolehlah abaikan.

Saya telah berkahwin dan mempunyai anak. Alhamdulillah Allah kurniakan pasangan yang baik. Tiada masalah besar di antara kami kerana cuba menjadi pasangan yang berkomunikasi secara sihat tentang perasaan masing-masing.

Masalah yang saya hadapi ialah keadaan ibu dan bapa yang tiada persefahaman dan tidak berkomunikasi dengan baik.

Saya tak pasti kenapa mereka masih stay married. Terlalu banyak salah faham berlaku di antara mereka dan dengan anak-anak.

Menurut ibu, ayah seorang yang tiada ciri-ciri pemimpin, tidak pandai menguruskan ekonomi keluarga dan tidak pandai berkomunikasi tentang masalah berkaitan perniagaan yang turut melibatkan ekonomi rumah tangga.

Ibu ialah suri rumah setelah meletakkan jawatan lebih 20 tahun lalu dan ayah adalah single income earner. Ayah pernah complaint pada saya yang ayah tidak setuju ibu berhenti kerja.

Ayah memang tidak pernah berkongsi dengan kami sekeluarga tentang perniagaannya dan apabila saya bertanyakan hal perniagaannya ayah cuma memberitahu perniagaanya cukup-cukup makan sahaja.

Ayah mempunyai sikap yang suka berleter pada anak-anaknya walaupun anak-anak dah besar panjang. Ayah berleter tentang bagaimana nak cari kerja yang lebih bagus dan berbisnes. Ada anak-anak yang dah ok kerja dengan G*L dan ada yang kerja swasta.

Pada ayah, mungkin kami boleh jadi lebih bagus. Itulah sikap ayah yang membuatkan anak-anak rasa rimas. Sebagai anak sulung, saya banyak menjadi orang tengah di antara mereka sebab tiada komunikasi di antara mereka.

Banyak keputusan yang dibuat ibu atau ayah tanpa persetujuan antara mereka berdua. Seperti kita semua maklum, unit perkahwinan adalah terdiri daripada suami isteri membuat keputusan bersama-sama. Tapi dalam hal ini, masing-masing degil dengan keputusan sendiri.

Sebagai contoh ibu telah memaksa ayah membeli rumah kedua sebagai investment. Ayah memang tidak setuju tapi mengalah. Akhirnya, ayah tidak dapat bayar pinjaman dan terpaksa menjual rumah tersebut.

Ibu memastikan duit hasil jualan digunakan untuk mengubahsuai rumah yang sedang diduduki. Ibu tidak mahu ayah menggunakan wang tersebut untuk tujuan perniagaannya.

Menurut ayah, perniagaan ayah cuma cukup-cukup makan untuk bayar commitment bulanan dan semasa pandemik kena gunakan duit savings untuk bantu perniagaan.

Jadinya duit simpanan semakin berkurangan. Ayah juga memerlukan duit untuk tanggung bil hospital kerana ayah tidak sihat oleh kerana sakit kronik.

Nak dijadikan cerita, berlaku perselisihan faham yang besar antara saya, adik dan ibu, semasa adik ingin berkahwin.

Adik tidak berbincang dengan ayah tentang menggunakan kad kredit untuk melangsaikan urusan perkahwinan seperti membeli keperluan kahwin serta hantaran yang kosnya melebihi anggaran RM15,000.

Ayah mengadu pada saya tentang sikap adik yang menggunakan kad kredit tanpa berbincang dan pada ketika adik tiada pekerjaan yang tetap untuk membuat pembayaran balik.

Saya memang risau tentang perangai adik yang saya lihat tidak bijak dalam menguruskan kewangan dan tidak mempertimbangkan keadaan kewangan ayah ketika itu.

Ibu memang marah dengan saya kerana saya konfrontasi adik tentang sikapnya. Kata ibu sudah jadi tanggungjawab ayah untuk membayar semua kos perkahwinan adik.

Saya tidak berhubung dengan adik dan ibu lebih setahun kerana mereka terasa hati dengan perbuatan saya konfrontasi adik.

Setelah setahun berlalu, selepas saya ambil inisiatif ambil tahu hal ibu walaupun ibu marah dengan saya, ibu mula memaafkan saya. Walaupun adik maafkan saya apabila saya minta maaf, adik dan isterinya masih menjauhkan diri dari berjumpa dengan saya.

Adik masih tiada pekerjaan yang tetap dan saya suspek adik masih tidak dapat melangsaikan hutang perkahwinan yang menggunakan kad kredit.

Sebenarnya semasa kejadian itu berlaku, saya memang marah dengan ibu sebab support adik dan sikapnya. Tapi saya kuatkan hati untuk maafkan ibu. Tapi mungkin salah saya juga kerana tidak membantu adik dari segi kewangan semasa weddingnya.

Saya ada bertanya jika perlukan wang boleh beritahu saya tapi katakan semuanya di bawah kawalan.

Sekarang, saya, dan adik beradik yang lain bantu ayah dan ibu dari segi kewangan untuk pembayaran bil di rumah dan sebagainya bagi meringankan beban mereka.

Saya berdoa kepada Allah untuk diberikan rezeki yang berpanjangan untuk terus membantu ayah dan ibu.

Keadaan ayah dan ibu masih berterusan. Mereka sampaikan tidak bertegur sapa walaupun duduk dalam rumah yang sama. Saya buntu akan keadaan ayah dan ibu.

Saya sedang fikirkan cara untuk mereka duduk bersama dan berbincang secara baik lagipun usia sudah lanjut, anak-anak pun sudah besar dan juga dah ada cucu.

Saya berdoa pada Allah diberikan ilham macam mana nak selesaikan masalah mereka.

– Melur (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *