Kisah Emakku, Mentua Dan Poligami

Salam semua, betul2 viral kisah poligami dan kes saman hutang di social media sekarang ni.

Oleh itu aku terdetik ingin share kan kisah emakku sendiri hadapi poligami, mertua dan kes faraid. Emak ni wanita kampung biasa je.

Kerana kecekapan dia membaca alquran dan hafazan, emak dijodohkan dengan anak daripada golongan agamawan dan hartawan. Ayah aku seorang guru sekolah agama.

Sejak memasuki rumah mertua, emak dilayan seperti hamba. Yelah, menantu2 lain semuanya bekerja, boleh bagi hadiah cantik2.

Emak kalau datang pun, kerja2 rumah semua diberi kepadanya. Kononnya sebab tak bekerja, tak ada fungsi dalam rumah tu.

Nasib baik ada kuarters guru, so bolehlah emak dan ayah hidup berdikari. Sehingga aku dan adik lahir ke dunia dan masing sudah meningkat remaja, ayah buat perangai nak kahwin lain.

Aku ingat lagi emak malas nak gaduh, dia izinkan je ayah kahwin. Bakal mak baru aku ni muda. Baru abis sekolah. Tua 3 tahun dari aku.

Nenek aku (mak kepada ayah) yang meminang gadis tersebut. Emak bagitahu aku waktu tu berumur 15 tahun, sebenarnya ayah tak mampu nak kahwin lagi.

Emak banyak makan hati, try untuk tidak minta apa2 kat ayah sebab tahu ayah tak ada duit. Tapi ayah senang2 habiskan kat rumah nenek.

Aku tanya mak, kenapa bagi jugak ayah kahwin lagi? Mak cakap, biarlah.. Mak pun dah tak sanggup dengar ayah dok sebut nama budak perempuan tu.

Dia cuma minta sedikit kebebasan je untuk cari nafkah. Sebab dia tahu ayah pasti takde duit nak sara kami anak beranak.

Maka kahwinlah ayah dengan mak muda. Kami tak dijemput langsung.

Sejak dah dapat isteri baru, aku adik dan mak tak pernah berpeluang untuk beraya bersama di kampung. Ayah pun jarang balik rumah.

Emak pun tak ada nak bising bebel. Aku kagum dengan sifat emak.

Emak sibuk dengan kelas al qurannya dan dapat kumpul duit untuk buka gerai.

Selesai je spm, aku terus tolong emak di gerai sehingga ada seorang hamba Allah ini yang menjadi pelanggan tetap datang offer untuk bukakan restaurant.

Dia sanggup investkan duit dan emak hanya bertanggungjawab dalam masakan. Profit pulak 50 50 setiap bulan.

Bermulalah hidup kami sebagai pengusaha restoran. Yang seronoknya, ayah tak tahu pun yang kami dah start berniaga.

Ayah makin jarang balik rumah. Bila emak sudah stabil, emak mohon fasakh di mahkamah.

Dengan mudahnya ayah lafazkan cerai di mahkamah. Itulah kali terakhir kami dapat melihat ayah.

Tiada setitik pun air mata kami jatuh melihat dia dengan mesranya datang bersama isteri muda dan anak2 mereka. Selepas itu kami teruskan perniagaan seperti biasa.

Sewaktu aku berumur 25 tahun, kami sudah ada 2 cawangan di kuantan.

Emak usulkan aku untuk sambung belajar, waktu itu ada tawaran belajar terus ke degree dalam perniagaan sekiranya aku ada pengalaman dalam pekerjaan.

Alhamdulillah aku dapat tawaran universiti swasta tersebut dan mulakan hidup aku sebagai student. Adik lelaki bongsu aku telah ke mesir dalam bidang perubatan.

Semua rezeki kami ini tidak kami hebohkan kepada sesiapa. Kami masih tinggal di rumah lama, pakai kereta lama walaupun emak sudah ada 2 rumah sewa.

Sejak emak menjadi single mother, rezekinya datang mencurah2. Cuma dia berpesan kepadaku untuk hidup sederhana, supaya kami tidak diganggu oleh sesiapa.

Keluarga ayah masih ingat kami orang susah. Tapi aku faham maksud emak, biar mereka tahu kami susah, supaya kami tidak diganggu.

Dengar katanya ayah mengalami masalah duit. Anak bersama isteri muda sudah 6 orang.

Ayah sudah tua dan berpencen. Ayah tak pernah call aku minta duit, baginya mungkin dia rasakan kami ni tak ada duit. Dia memang 100% lupakan kami.

4 tahun lepas, ayah meninggal dunia. Itu pun lepas 2 hari baru kami dapat tahu. Tiada siapa yang nak call emak bagitahu.

Kerana emak ada anak lelaki, sepatutnya harta faraid perlu dibahagikan kepada adik dan sedikit kepada aku.

Walaupun kami tidak meminta, tapi emak hanya ingin melihat bagaimana keluarga beragama ini menguruskan hak faraid kepada yang berhak.

Ya, seperti diduga, tiada langsung hak kami diberikan.

Pernah emak terserempak dengan ex-madunya, dengan sombong mak muda tu tunjuk kereta proton personanya kepada emak.

Dia mengatakan emak takkan dapat duit pun harta ayah. Emak sekadar ketawa dan mengatakan.. 

“Makanlah kenyang2 harta hak orang”.

Kerana hidup ni tak lama. Ayah banyak berhutang nafkah dengan mak, aku dan adik.

Alhamdulillah sekarang hidup kami aman dan stabil. Emak masih tinggal di rumah lama.

Aku sudah pindah ke kl mengikut suami. Adik sudah balik ke malaysia dan menjaga emak.

Alhamdulillah dia dapat posting di hospital yang berdekatan dengan rumah. Emak selalu nasihatkan kami adik beradik.

Tak perlu nak bergaduh dengan orang sombong, kalau hati mereka sudah tiada untuk kita, lepaskan je. Guna kudrat sendiri untuk mencari rezeki.

Emak kata, kita perempuan, sudah biasa diuji, kita berjiwa kental, so jangan menjadi selamanya bodoh kerana manusia lain.

Terima kasih emak, kerana kekuatan beliaulah aku hidup dengan bahagia sekarang ni.. Sama juga aku practice kan kepada suami aku.

Awal2 lagi aku katakan, kalau hatinya sudah dimiliki oleh orang lain, tak perlu nak tipu, tambah dosa, bagitahu aku baik2, dan kita pisah dengan aman. Tak perlu gaduh, maki hamun.

Kita tetap boleh jadi kawan selepas berpisah kelak. Sebab bagi aku, manusia ini hanyalah temporary, yang kekal hanya Allah swt.

Aku tahu aku kekuatan aku sendiri yang tidak rela dimadukan, so better aku bagitahu awal2 kepada suami supaya tidak berdendam. Alhamdulillah masih bahagia hingga sekarang.

– Puteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *