Kisah Gadis Perasan Kaya

Assalamualaikum. Terima kasih iiumc kalau sudi publish coretan ini. Bersempena total asset aku baru sahaja mencecah RM1 juta dan cash mencecah RM100 ribu, aku ingin raikannya dengan berkongsi sedikit kisah hidup aku dan sedikit tips yang aku amalkan sebagai motivasi buat anak muda di luar sana. Semoga bermanfaat.

Aku kini gadis berusia 32 tahun. Aku berasal dari keluarga yang sangat miskin. Namun Allah anugerahkan aku sedikit kepintaran dalam pembelajaran. Dengan kepintaran itu, aku gunakan untuk mendapatkan kurus pengajian yang menjanjikan bidang kerja professional dengan gaji yang agak lumayan berbanding bidang lain.

Di matrikulasi dan universiti, aku belajar bersungguh-sungguh dengan harapan terus dapat kerja sebaik sahaja tamat belajar dengan niat untuk membantu keluarga aku. Mungkin asbab niat itu, aku mendapat pekerjaan sebaik sahaja submit tesis, sebelum majlis konvokesyen berlangsung.

Walaupun pada awalnya gaji yang ditawarkan agak sedikit iaitu RM1,800 sahaja namun aku bersyukur bila melihat ramai kawan-kawan aku masih struggle untuk mendapatkan pekerjaan tetap. Dan aku niatkan pekerjaan yang aku dapat tu sebagai permulaan untuk bertapak.

Alhamdulillah, setahun kemudian aku mendapat tawaran di syarikat lain dengan gaji yang lebih tinggi. Di situ aku mengorak langkah demi langkah sehingga aku dinaikkan pangkat dan gaji yang tak terlalu tinggi tapi cukup untuk aku sumbangkan buat ibubapa dan adik beradik aku.

Cukup setakat itu rentetan hidup yang nampak macam smooth. Sekarang aku nak share sedikit tips menjemput rezeki tersebut dengan cara aku.

1. Berjimat cermat untuk saving

Aku buat budget bulanan dalam excel file. Setiap kali berbelanja aku akan catat dalam file tu. Sampai tengah bulan aku akan check. Kalau agak-agak hampir melebihi budget, aku akan slow down dan cut apa yang patut. Contoh budget untuk shopping RM100 tapi dah berbelanja RM80. Maka aku akan tahan diri dari shopping sampai akhir bulan.

Dalam budget tu, aku allocate untuk perkara-perkara yang perlu sahaja. Segala kemahuan aku letakkan limit dan cari alternatif yang paling jimat. Contoh internet aku hanya pakai celcom prepaid RM30 sebulan dapat 5GB. Kadang-kadang tak subscribe internet, hanya pakai yang basic free sahaja untuk whatsapp dan facebook. Astro aku pakai njoi sahaja.

2. Harta yang berkat

Sebelum aku membeli rumah pertama, aku nekad mengumpul duit untuk membawa mak ayah aku menunaikan umrah. Alhamdulillah impian aku tercapai. Tak lama kemudian aku berjaya membeli rumah pertama dan ke seterusnya. Duit yang aku ada memang aku jarang sedekah dekat orang luar, aku banyak bagi dekat family aku sebab adik-beradik aku tak berapa bernasib baik dalam hidup.

3. Doa ibu ayah

Sejak dari zaman sekolah sehingga zaman bekerja, aku banyak meminta mak ayah doakan aku. Tiap kali nak exam, aku akan call mak ayah untuk mintak maaf dan mintak dorang doakan aku berjaya dalam exam. Begitu juga semasa aku nak attend interview. Dorang siap solat hajat dan berzikir di sejadah sampai aku habis exam/interview.

4. Amalan dan istiqamah

Amalan aku tak banyak dan sangat simple cuma aku cuba untuk istiqamah. Antaranya aku amalkan membaca ayat seribu dinar setiap kali selepas solat 5 waktu, membaca al-ma’thurat setiap pagi dan petang, dan membaca al-quran selepas maghrib setiap hari. Dan aku bertawassul dengan amalan-amalan ini untuk meminta kepada Allah supaya dikurniakan kebahagiaan, kekayaan dan kejayaan buatku di dunia dan di akhirat.

5. Jangan hanyut dengan dunia

Dalam mengejar harta dunia, jangan tamak dan jangan sombong. Ketamakan dan kesombongan akau buat kita hanyut dengan dunia. Untuk mengelakkan perkara ni, aku selalu berpesan kepada kawan-kawan aku, tolong tegur dan nasihatkan aku andai nampak aku semakin hanyut dengan dunia. Tolong ingatkan aku semua ini hanyalah pinjaman dariNya. Sekelip mata Allah boleh tarik balik semua ni.

Namun disebalik anugerah harta dunia yang aku miliki, aku akui harta bukanlah segala-galanya. Hidup aku masih belum lengkap kerana sehingga sekarang aku belum bertemu jodoh. Entah kenapa aku bernasib baik dari segi rezeki harta, tapi sentiasa bernasib malang dalam cinta, banyak kali dikecewakan oleh lelaki.

Tolong doakan aku bertemu jodoh yang membahagiakan di dunia dan di akhirat, jodoh yang terbaik, pada masa yang terbaik dengan cara yang terbaik. Aku doakan pembaca semua dikurniakan rezeki yang berkat. Ameen.

Yang masih berharap untuk bertemu jodoh,

– Jane (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *