Kisah Graduan Gred Rendah, CGPA 2.4

Salam Admin,

Saya tulis karangan ini selepas baca post berkenaan graduan CGPA tinggi vs graduan CGPA rendah.
Post ini dari sudut perkerja sektor swasta dibahagian IT.
Saya tidak bersetuju dangan pandangan graduan gred rendah merosakkan market pekerjaan & saya akan menerangkan dalam post ini dengan pengalaman kerja selama 5 tahun sejak graduate.

Sedikit info tentang saya;
Kolej kptm MARA
Jurusan Diploma Business IT
CGPA 2.4

Selepas tamat Diploma pada Mei 2010, saya mula mencari kerja berkaitan IT. Pada masa yang sama bekerja sebagai saleman buku pada siang hari, 6 hari seminggu dan penghantar pizza dari jam 7malam sehingga 11malam, 5 hari seminggu.

Gaji salesman: rm800
Gaji penghantar pizza part time: rm350-500

Pada bulan Jun 2010, saya dapat kerja data entry kontrak selama sebulan dengan gaji rm1400, kerja isnin-jumaat, 8 jam sehari. Saya juga masih bekerja sambilan sebagai penghantar pizza.

July 2010, kontrak data entry hampir tamat, tapi saya bernasib baik sebab bos rekomen saya kepada department lain untuk kerja data entry. Kontrak dilanjutkan selama 3 bulan dgn gaji yang sama.

Pada pengujung bulan july, saya mula buat kerja part time lain pada hari sabtu & ahad disebuah syarikat penerbitan. Kerja translate document dari Bahasa melayu ke Bahasa inggeris & vice versa dengan gaji rm60 sehari dari 7am-3pm, kontrak sebulan. Secara keseluruhan, saya buat 2 kerja, data entry isnin-jumaat dan translator dokumen sabtu & ahad.

Gaji data entry: rm1400
Gaji part time: rm480

September 2010, kontrak kerja parttime translate document tamat. Saya kekal bekerja data entry sehingga November 2011.

November 2010, dipanggil interview kerja disebuah bank sebagai data center operator. Sehari sebelum interview, saya sudah mula mengoogle information berkenaan company & system yang dipakai mereka. Thanks to google & Wikipedia, banyak maklumat berguna dapat dipelajari.

Semasa hari interview, semua berjalan lancar dan interviwer tidak bertanya tentang subjek yang belajar dikolej atau CGPA tetapi lebih berminat tentang kerja2 part time yang saya buat. Beliau hanya menerangkan skop kerja disana, cabaran2 yang ada & stress kerja yang akan dihadapi. Saya Berjaya mendapat kerja walaupun dengan broken English.
Kerja: Computer operator

Skill: AS400 operator, media management, server operator & data backup.
Gaji: basic rm1450 + shift elaun rm300 + special elaun rm200. Total gaji rm1950 sebulan
Extra income: 180-500, sebulan bergantung pada OT & work on public holiday

April 2012, saya mendapat jemputan interview dari sebuah company IT di cyberjaya. Mereka menggunakan fungi ‘search’ di jobstreet dan berminat dengan resume saya. Mereka menawarkan kerja IT Operator & bersedia membayar gaji lebih, saya berminat untuk tukar kerja kerana 2 sebab. Pertama gaji yang lebih tinggi dan sebab kedua, skop kerja yang lebih luas.

Semasa interview, mereka tidak bertanya tentang diploma atau CGPA tetapi lebih berminat tentang skop kerja sebagai computer operator dibank. Interview berlangsung selama 2 jam dengan test English (speaking, writing, translating).

Kerja: Computer operator
Skill: AS400 advance operator, media management, server operator & data backup.
Gaji: basic rm1800 + shift elaun 350 + transport elaun 500 + standby elaun 100. Total gaji rm2750
Extra income: rm200-900 sebulan bergantung pada extra shift & work on public holiday.

May 2015, Sebuah company yang menjalankan business gedung beli belah menghubungi saya untuk menawarkan kerja sebagai IT executive & skop tugas utama AS400 admin. Mereka jumpa resume saya menggunakan fungsi ‘search’ di jobstreet & skill2 saya memenuhi kriteria kerja dicompany tersebut. Saya merasa bersedia untuk ke ‘Next level’ dan bersetuju untuk sesi interview.

Interview pertama dihadiri HR supervisor, assistant HR manager & IT manager. Sesi interview berjalan lancar & mereka berpuas hati dengan skills & pengalaman yang dimiliki, seterusnya mereka akan menjadualkan sesi interview kedua.

Seminggu kemudian, saya menghadiri sesi interview kedua, sesi kali ini lebih berkisar skop kerja dan perbincangan gaji. Saya mengambil 2 minggu untuk buat keputusan dan akhirnya bersetuju dengan tawaran kerja kerana 1 sebab, Skop kerja yang lebih luas dan lebih mencabar.

Kerja: IT executive
Skill: AS400 admin, media management, server operator & data backup, PC technician
Skop: system admin, train IT staff dan lain2 tugas berkaitan IT support.
Gaji: basic rm3000
Extra: tak ada OT, kerja lebih masa diganti dengan cuti.

February 2016, saya mendapat panggilan interview di company oil & gas dari eropah yang mempunyai data center di Cyberjaya. Sesi pertama interview berlangsung selama 2 jam dan soalan2 semuanya berkaitan tentang pengalaman kerja dicompany2 sebelum ini.

Selepas 2 minggu, saya mendapat panggilan untuk sesi interview kali kedua. Interview kali kedua lebih sukar dengan beberapa siri ujian speaking, writing, translating, IQ test, unix command test & focus test. Saya berjaya mendapat offer kerja dan sebab saya pilih untuk tukar kerja adalah kerana gaji yang lebih, bekerja dengan system yang baru (Linux).

Kerja: Computer operator
Skill: linux basic level
Skop: data center operator for 3 data center
Gaji: basic rm3500 + shift elaun rm350 + transport elaun 450. Total gaji rm4300
Extra income: rm300-2000 bergantung pada extra shift & work on public holiday.

Point yang saya cuba ketengahkan adalah, pointer/CGPA bukanlah penentu. Sepanjang 5 tahun bekarja, tak pernah sekali majikan tanya pointer. Attitude, skills & pengalaman memainkan peranan penting dalam kerjaya. Rezeki tu, tuhan yang bagi & kita sendiri pun perlu berusaha.

P/s: kalau tak dapat kerja tu, buat la part time sementara belum dapat kerja yang berkaitan dengan kelulusan. Kilang, Mcd, kfc, pizahut, domino’s, direct selling banyak je kekosongan. Jangan angkuh sangat.

#Sila abaikan kesalahan tataBahasa dalam post ni, dah 5 tahun tak mengarang dalam Bahasa melayu.

– Muhammad Arif

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit