Kisah Hidup

Tadi aku baru lepas scroll Instagram aku. Nampak seorang kawan aku punya gambar di atas awan. Dalam flight. Entah kemana pula dia kali ni. Dalam hati aku, banyaknya duit dia asyik travel je. Ada juga kawan lain, tiap bulan dia pergi travel. Entah bila kerja. Entah bila simpan duit. Entah berapa gaji setiap bulan. Tipu kalau aku tak jeles. Kadang aku cuba membanding-bandingkan dengan diri aku. Nak bercuti dalam Negara pun fikir dua tiga kali. Tapi, aku masih percaya pada Tuhan. Setiap yang Dia tentukan pasti itu yang terbaik.

Selepas aku habis degree. Aku dah tak fikir lain da. Aku just nak kerja. Tak perlu mesti dalam jurusan yang aku ambil di university, tapi cukuplah pekerjaan yang boleh memberi aku duit tiap bulan untuk aku survive dan bayar hutang belajar dan sewaktu dengannya. Tak tunggu lama aku dapat kerja sebagai admin. Gaji permulaan aku sebagai admin disebuah company dengan gaji bersih RM1200. Duit tu aku gunakan untuk bayar hutang study, hutang lain-lain, duit sewa bilik, makan, transport dan barang keperluan. Tak cukup pun bila duduk di kota metropolitan ni. Selang sebulan bf aku ajak tunang. Gila. Aku banyak benda nak guna duit, baru je kerja. Dengan dia pun kewangan tak kukuh, saving pun tak de selamba je nak ajak aku tunang. Aku cakap nanti la. Lagipun aku memang tak pernah fikir pasal tu semua. Tapi beberapa hari lepas tu, aku da fikir masak-masak untuk teruskan misi tunang tu. Start bulan Januari, aku dan bf aku start kumpul duit untuk tunang. Kami target bulan 7 nak tunang sebab time ni adalah bulan raya, so semua keluarga senang berkumpul. Dan, tak perlu nak masak macam-macam cukup hidangkan lemang ketupat lontong. Mungkin ada yang kata, buat apa tunang kalau tak de duit, kahwin je la terus. Ye, itu memang perancangan awal tapi ditentang oleh keluarga ayah aku. Maka untuk puaskan semua pihak, kami teruskan je mission tunang tu. Dalam tempoh 6 bulan, alhamdulillah dipermudahkan. Duit kami cukup dan majlis berjalan lancar. Baju tunang just baju raya, tiada pelamin cukup hanya sofa berlatar belakangkan langsir raya.

Ikut perjanjian, kami ikat 2 tahun tempoh pertunangan. Tapi biasa la kalau anak perempuan ni, family aku kalau boleh nak buat cepat. Tapi aku tahu kedudukan kewangan aku dan tunang aku. Lepas je tunang, maknanya duit simpanan kami kosong semula. Tapi aku masih mempertimbangkan permintaan keluarga aku. Aku fikir ada baiknya juga majlis perkahwinan ini dipercepatkan. Dan atas sebab-sebab tertentu, selepas da timbang itu ini, aku dan tunang aku decide kami akan berkahwin 1 tahun 5 bulan kemudian.

Hantaran family aku minta 10K. tapi jangan risau. Aku tak biarkan tunang aku terbeban sorang-sorang. Sebab dalam diri aku dan tunang aku, tak de istilah duit hantaran mesti pihak lelaki seorang yang kena sedia kan. Tak de istilah majlis dia, dia punya pasal, majlis aku dia kena tanggung. Cuma duit mas kahwin je la kan wajib dari duit dia. So dalam tempoh 16 bulan tu aku la yang jadi planner segalanya. Kami kumpul duit sama-sama. Cut semua expenses yang tak penting. Ikat perut. Memang kami da plan dah, tak nak guna duit parents. Kebetulan beberapa bulan lepas aku tunang tu, gaji aku naik. Setiap bulan gaji aku RM1600. Gaji tunang aku pun lebih kurang sama. Alhamdulillah, Tuhan permudahkan segalanya. Benda baik kan. Aku dan dia sah jadi suami isteri. 97% boleh dikatakan dari duit kami sendiri. 3% tu ada lah orang hulur sikit untuk tambah-tambah doorgift.

Lepas 3 bulan kahwin, saje kami cuba nasib untuk apply loan rumah. Alhamdulillah loan lepas. Dapat rumah landed dekat Negeri Sembilan. Kemudian kami buat kerja gila lagi. 5 bulan lepas kahwin kami apply lagi satu loan rumah. Sebab aku nak sangat belikan rumah untuk mak aku, Alhamdulillah. Loan lulus lagi. Maknanya dalam tempoh tak sampai 6 bulan kahwin kami da berjaya beli 2 buah rumah landed. Walaupun aku tak dapat nak merasa pergi travel kesana kemari buat masa ni, atleast aku dah punya asset.

Setiap orang punya jalan yang berbeza. Sebelum ni banyak aku baca pasal graduan degree, master bekerja sebagai promoter, admin, dispatch. Tak kisah la kerja apa sekalipun, kalau niat kau baik inshaallah tuhan permudahkan.

Nasihat aku:
1) Kena pandai buat plan dalam hidup. Tetapkan apa yang kau nak dalam hidup ni.

2) Jangan banding-bandingkan kehidupan kau dengan orang lain. Rezeki kita tak sama dengan orang lain. Mungkin tuhan bagi dia lebih dalam sesuatu perkara tetapi tidak pada perkara yang lain.

3) Jangan down sangat bila kawan-kawan kau lebih daripada kau. Kawan-kawan aku kerja gempak-gempak dari aku. Tapi aku still proud to announce yang aku kerja sebagai seorang pembantu tadbir sahaja.

4) Sosial media ni ibarat racun. Ia akan bunuh diri kau perlahan-lahan. Bukan bunuh yang hilang nyawa tu, tapi bunuh keyakinan diri kau. Bila nampak orang lebih, kau pun nak lebih sebab tu kau sanggup berhabis untuk nampak kau pun berduit. Tu yang sampai sanggup berhutang dan ada sampai mencuri.

5) Pentingkan mana yang penting dahulu. Ini penting!

Mungkinlah ada yang akan tanya macam mana aku manage duit aku. Susah nak explain in details. Korang baca macam smooth je kan semua ni, tapi hakikatnya tak mudah juga. Apa yang aku boleh cakap, just play some trick and DOA =)

**Bukan cerita rekaan

– trickster

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit