Kisah Hidup

Salam para pembaca IIUM Confession. Aku lahir tahun 1995 bulan Ogos. Kalau yang lahir tahun sama dengan aku, mungkin fasa hidup kita hampir sama dari upsr, pmr, spm dan seterusnya.

Jujurnya, dari bangku sekolah aku tak yakin dengan masa depan aku. Bukan aku seorang sahaja tapi keluarga, cikgu, kawan, jiran, saudara mara semua boleh di kata kan tak percaya yang aku ni seorang insan yang ada masa depan cerah.

Aku ni terlalu fokus kepuasan diri. Orang lain belajar aku keluar main bola, badminton, pergi kedai main playstation sejam 2 ringgit lepastu pergi cyber cafe kalau cuti dari pagi cc tu baru buka sampai ke petang baru aku balik. Mak dengan ayah aku membebel tapi macam biasa masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

UPSR orang dapat A aku satu A pun tak ada. Tapi aku buat tak tahu. Aku dalam hati “lantaklah baru upsr” sambung tingkatan 1 dan tak ada perubahan aku tetap ulang benda sama. Belajar tak fokus, tak ulang kaji, kerja sekolah last minute buat tiru kawan punya kerja sekolah.

Aku sebenarnya tak ada rasa apa sangat waktu ni maklumlah kawan aku yang lain semua lebih kurang. Pada aku benda tu macam jadi aku punya ‘comfort’ sebab bukan aku sorang tapi ada orang lain macam aku. Tingkatan 3 dan PMR pun datang aku pun jawab dengan ilmu yang ala kadar.

Sepatutnya aku sedar waktu PMR ni tapi tidak. Aku terus fikir “baru PMR ada SPM lagi” kawan dalam circle aku waktu ni ada yang dapat result gempak banyak A aku cuma ada satu A sedangkan yang lain aku tengok dapat 2 atau 3 A.

Bila saudara mara kongsi sepupu aku punya result mak dengan ayah aku terpaksa diam sebab keputusan aku ni teruk diorang cuma mampu diam.

Percubaan SPM. Aku ambil 9 mata pelajaran termasuk matematik tambahan dan keputusan aku paling teruk dalam kelas. 2 gagal guru tingkatan aku sampai membebel cakap dalam sekolah aku punca graf menurun. Aku masih kekal degil macam biasa masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

SPM sebenar tiba waktu ni baru macam aku sedar dan perasan yang kawan aku lain ada kesedaran dan fikir tentang masa depan. Bila habis peperiksaan semua berbincang aku pula melopong sebab banyak tak tahu. Tapi aku masih fikir nak main game dota, blackshot dan lain lain dekat cc.

Bila keputusan spm keluar aku cuma mampu pasrah dan balik rumah terduduk. Kawan aku yang dulu aku rasa sama teruk dengan aku tapi waktu spm diorang keputusan bagus aku pula ada gagal dan A cuma satu lain tu c dan d yang banyak.

Balik mak dengan ayah aku membebel cakap aku nak jadi apa besar nanti tak ada masa depan kerja berpanas macam diorang.

Kawan sekolah aku sibuk pasal upu, ipta, ipts aku pula waktu ni buntu. Bila diorang dapat panggilan sambung belajar waktu ni baru aku tersentak teruk.

Aku paling berat nak sambung tingkatan 6 sebab pada aku takkan lah nak belajar lagi dan pakai baju sekolah untuk setahun setengah dan jawab peperiksaan lagi. Dalam hati aku sebenarnya dah menyerah kalah mungkin ini nasib aku.

Sepupu aku waktu ni mak ayah diorang semua heboh sana sini dari Facebook ke Instagram sebab anak dapat sambung belajar. Tapi entah kenapa waktu ni aku pergi jumpa cikgu bahasa melayu aku. Cikgu Sarah ni tingkatan 1 dan 3 guru tingkatan aku.

Aku pun jumpa tanya dia terus “cikgu rasa saya ni ada masa depan ke?” Cikgu Sarah tanpa fikir panjang cakap “ada, mestilah ada” aku pun luah cakap cemburu tengok kawan semua dekat Facebook dengan instagram kongsi diorang punya kejayaan.

Cikgu Sarah bagitahu aku ambil tingkatan 6 dan kali ni belajar betul-betul berhenti fikir nak main, nak enjoy dan lain-lain lagi. Aku pun teruskan pengajian ke tingkatan 6. Stalk media sosial cemburu juga tengok kawan semua dah ada universiti life aku pula tetap kena pakai seragam sekolah.

Tingkatan 6 itu kali pertama aku balik sekolah aku buka buku dan ulang kaji, itu juga kali pertama aku buat kerja sekolah dan tak meniru kerja dari orang lain.

Tingkatan 6 tu tak ada sorang pun kawan sekolah dari sekolah lama aku. Kawan dari circle aku yang kami selalu pergi cc, main bola, badminton semua dah sambung belajar tempat lain.

Pertama kali dalam hidup aku pergi perpustakaan nak study dekat sana sebab sejuk ada air con. Aku rasa yang ambil tingkatan 6 tahu pengalaman dia macam mana. Aku masuk semester ke-2 boleh di katakan ada beberapa orang juga yang dah give up.

Tapi masa ni aku fikir tentang kerja part time aku lepas SPM aku benci betul. Kerja dekat F&B kerja rushing, teruk nak berehat pun tak ada masa dengan manager yang membebel. Dari sini aku takutkan dan hypnotized diri aku nak kerja tempat ‘sedap’ atau kerja tempat sengsara. Aku belajar, hafal, semua pukul 2-3 pagi baru tidur.

Tingkatan 6 bagi aku bukan setakat belajar subjek sahaja tapi pada aku waktu ni banyak benda yang aku explore. Kalau dulu sekolah aku setakat ‘just for the sake it’ asal pergi dan tak ponteng sudah. Walaupun belajar aku teruk tapi sekolah rendah dan sekolah menengah aku cuma total 8 hari tak hadir ke sekolah.

Stress tapi dalam masa yang sama seronok juga. Bila dah masuk semester 3 perasaan cemburu tengok kawan dekat instagram, Facebook itu semua dah tak ada.

Alhamdulilah segala usaha tu mendatangkan hasil. Bayangkan dalam 90 lebih orang dalam aliran aku cuma 13 atau 14 orang dapat pointer 3.0 ke atas dan pointer aku antara yang tertinggi.

Masa nama kena panggil ambil sijil atas pentas tu sebab pointer tinggi itu kali pertama aku rasa mampu buat diri aku dan mak ayah bangga sebab aku ni anak tunggal. Bila balik rumah dalam bilik tu menangis sebab dalam hidup aku ni ‘achievement’ pertama aku.

Zaman universiti ni sebenarnya tak banyak sangat cerita aku memang straight forward lagipun first time duduk jauh dari rumah belajar dekat UM. Bila aku dah graduate lepastu fasa mencari kerja ini yang pada aku next challenge sebelum ke alam kerjaya.

Rasanya selepas dalam 20 interview baru aku dapat panggilan kerja itupun sebab aku terpaksa filter beberapa tempat. Bermacam research aku buat dari ex staff punya review, aku siap dm bekas pekerja company ni dekat twitter.

Kalau banyak red flag aku akan letak tepi. Pada tanggapan aku tak kisah kerja penat, payah tapi sekurangnya aku boleh nampak result susah payah tu.

Akhirnya, aku pilih satu company ni dan sampai sekarang masih dekat tempat sama. Bagi aku selesa walaupun stress biasa kerja mana yang tak stress. Yang paling utama mesti gaji, ini yang nombor satu. Bila tahu setiap benefit dan increment tahunan tinggi aku tak fikir panjang dan terus setuju.

Selalu kalau aku jumpa kawan, saudara-mara kalau dengar pasal ‘backhanded compliment’ ni dah biasa sangat. “Weyh dulu kau belajar pun tak pandai banyak main tapi kerja bagus ye” , “siapa kata orang tak pandai tak boleh berjaya” aku biarkan je benda tu masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Cukup lah dapat bagi duit dekat mak ayah setiap bulan dapat belikan itu ini untuk mak ayah dan untuk diorang sekurangnya dapat ‘show off’ sikit dekat saudara mara dan kawan-kawan yang anak tunggal diorang ni dapat juga kerja bagus.

Selalu aku dengar adik adik generasi sekarang cakap “kami dah tak ada masa depan dah bang/akak” aku selalu bagitahu adik-adik ni ada masa depan lagi banyak cabang tu cuba. Aku sendiri elak pandang rendah dan cakap “itulah belajar malas generasi korang” sebab aku ni datang dari generasi sebelum ni dan aku juga jenis yang malas.

Usaha. Aku dulu selalu fikir masa depan tak ada dan mungkin ini takdir aku. Jangan putus asa, usaha dan doa. Aku terus terang bagitahu dulu aku ni solat sekejap lengkap sekejap tidak.

Tapi tingkatan 6 tu aku usaha lengkapkan solat. Setiap hari tidur dalam 2-3 pagi lepastu bangun pergi masjid solat subuh. Balik aku baca buku dan cuba hafal balik.

Alhamdulilah sejak haritu sampai sekarang dengan izin Allah aku dapat lengkapkan solat.

Bila beraya aku lawat cikgu Sarah. Nanti bermacam benda dia kongsi pasal pelajar sekolah dia cakap generasi aku ke, generasi dia dan generasi sekarang ragamnya lebih kurang sama.

Jadi teruskan usaha masing-masing. Memang belajar tu penat aku pun selalu mengeluh tapi dalam masa yang sama pada aku sangat lah berbaloi.

– Yusri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Definisi berjaya tak selalu sama antara lelaki dan perempuan.

    Adakalanya kalau latar belakang keluarga semasa mereka kecil tidak terlalu mementingkan material, material akan jadi pengukur berjaya.

    Kalau latar belakang family tidak seperti orang lain, kehidupan yang tenang, boleh hidup rukun damai dengan orang lain adalah pengukur berjaya.

    Orang yang dah biasa dikelilingi orang yang dipandang orang lain sebagai berjaya (pencapaian dari sudut kerjaya), mereka mula ukur kejayaan dari sudut yang personal seperti ada bersama ahli keluarga saat mereka uzur atau sukar, bantu anak-anak untuk sesuaikan diri untuk fasa tertentu, ambil gap year atau pikul tanggung jawab lebih untuk jadi aktivis atau buat kerja kemanusiaan, jadi caregiver. Sebab bagi mereka, untuk apa kalau saya seorang sahaja berjaya tetapi semua yang tersayang rasa terabai. Perempuan lebih mudah gembira bila orang tersayang mereka gembira meskipun cita-cita (peak potential) mereka belum tercapai.

    Sebab itu adakalanya perempuan walaupun berjaya capai apa mereka mahu, mereka tetap mahu ada kelompok sosial seperti keluarga atau sahabat yang mereka rapat, dan lelaki pula mereka ukur berjaya bila mereka dapat apa yang dicita-citakan dalam hidup, walaupun bagi keluarga mereka, mereka sudah berjaya.

    Selalu perempuan bila tengok Instagram orang lain untuk tengok keletah anak comel, hari ni masak apa, comelnya anak dah pandai baca Al-Quran, bercerita tentang isu semasa seperti penindasan terhadap rakyat Palestin, gambar cantik bila berjalan, pakaian cantik sopan, tips ibadah, masjid mana kids friendly, cafe mana family friendly, food review. Perempuan juga suka menyokong perempuan lain bila gambar mereka cantik atau bisnes seperti baking, menjahit, bersenam etc (beri banyak love di Instagram).

    Tetapi orang yang mengikut perlumbaan kejayaan, mereka selalunya akan FOMO bila mereka tidak mengikut timeline berjaya seperti orang lain. Sebab itu ada orang bila tengok Instagram orang lain mereka ada perasaan negatif.

    Contoh, umur begini perlu sudah beli ini, umur begini, dah habis bayar ini. Paling berjaya ialah berjaya di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.

  2. Aku tak ada la malas sangat tapi Sejak ayah aku meninggal umur 15tahun hidup hura hara sebab duduk umah nenek belah ayah kejap belah mak kejap dah tua2 ni mak baru beli rumah ..so hidup pon serabut ..pergi kolej dengan kawan naik bas ,kerja tak pernah tetap ..umur 31 tahun baru nak smbubg belajar gagal ke bagi aku tak gagal . isyaAllah walaupun tak ada la confession aku berjaya ke apa atleast aku nak bagitahu hidup jangan berputus ASA biar la orang tengok kite macam tak Hebat tak kahwin ,tak kerja tetap tapi kita jangan putus asa.bangkit 🤲

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *